Showing posts with label Malaysian cuisine. Show all posts
Showing posts with label Malaysian cuisine. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Nasi Kerabu di Perantauan

Dok di perantauan ni ...apa makanan yang teringin nak makan kena masak sendiri. Bahan-bahan pun terpaksa guna yang mana ada kat kedai kat sini. Hari ni tekak mama ni teringin sesangat nak makan nasi kerabu ala mek. Nasi kerabu mek ni  bila-bila je mek datang kuantan or kami balik tualang salak mesti habis seperiuk nasi.

Resepi

A. Nasi

3 cawan beras
4 cawan air
pewarna makanan biru dan merah (2 titik setiap warna)
sehelai daun pandan

Cara:
Cuci beras sehingga bersih. Masukkan air, pewarna makanan dan daun pandan. Tanak nasi sehingga masak.

B. Sambal Kelapa

1 cawan kelapa kering putih (dibasahkan semula dengan sedikit air)
3 ulas bawang merah#
1 inci halia#
1 batang serai#
1 bahagian ikan mckerel (dari tin mackerel in water)#
½ tbs gula#
½ tsp garam#

Cara:
1. Goreng kelapa kering yg telah dibasahkan sedikit diatas api kecil sehingga kering dan bertukar warna keperangan. Kelapa goreng akan mengeluarkan bau yang sangat harum.
2. Ricik serai halus-halus dan tumbuk bersama halia sehingga hancur. Masukkan bawang merah, tumbuk lagi sehingga bawang merah hancur. Kemudian masukkan isi ikan, garam dan gula, tumbuk sehinga semua bahan bersatu.
3. Keluarkan campuran halia, serai, bawang dan ikan yang telah siap ditumbuk tadi kedalam bekas.
4. Tumbuk kelapa kering bersama sedikit bahan# yang telah ditumbuk tadi berselang seli sambil menumbuk sehingga habis semua kelapa kering. Kelapa kering tidak perlu ditumbuk sehingga pecah minyak. Sekadar bercampur antara kelapa kering dan semua bahan # tersebut.
5. Masukkan sambal kelapa kedalam bekas dan gaul rata.

C. Tumis santan
1 cawan santan pekat (dari tin)
1 cawan air
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawan putih*
1 inci halia*
1 tbs cili giling
1 keping asam keping
1 batang serai dititik
½ tbs gula#
½ tsp garam#
1 tsp budu
1 tbs minyak masak

Cara:
1. Blender hancur bawang merah, bawang putih dan halia
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah diblender sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan cili giling dan tumis sekejap.
3. Masukkan santan, air, asam keping dan serai. Masak sehingga mendidih. Masukkan budu, gula dan garam. 
4. Masak lagi sehingga tumis santan sedikit pekat dan naik minyak.

D. Ulam-ulaman
Daun Salad, seleri, pudina dan dil di hiris halus dan dicampurkan dengan ricikan nipis sebatang carot.



Nasi kerabu kali ni mama hidangkan dengan keropok kering, telur masin, budu, ikan goreng dan sambal cili. Ikan yang dalam gambar tu adalah ikan yellow perch yang papa pancing. Isinya sangat sedap dan lembut ala-ala ikan kerisi. 

Selamat menjamu selera :)

Sunday, February 8, 2015

Pulut sekaya ...all time favourite ^^

Hari ni mama masak pulut sekaya...dalam peti ais tu still ada sebekas agar-agar santan tapi tekak terasa nak makan pulut sekaya la pulak. Disebabkan mama takde periuk kukus mama improvise sikit masak pulut sekaya ni ala double boiler hehehe. Boleh la asalkan pulut dan sekaya tu masak.



Bahan-bahan:
5 biji telur ayam
2 keping gula melaka (yg diameter kecil tu)
1.5 cups beras pulut
1 cup santan pekat
1/8 tsp garam
1/4 tsp esen vanilla
1/4 cup air

Periuk berisi air panas mendidih diatas api sederhana (untuk double boiler)
Aluminium foil (untuk menutup loyang kuih)

Cara-cara:
1. Basuh beras dan rendam dalam air panas mendidih selama 15 minit. Selepas 15 minit buang air dan tos beras menggunakan penapis.
2. Campur garam ke dalam santan pekat.
3. Masukkan beras kedalam loyang kuih yang bersesuaian. Masukkan santan pekat setakat paras beras sahaja. Jika kurang santan boleh ditambah sedikit air sehingga mencecah paras beras. Sekiranya paras santan+air melebihi paras beras dikuatiri pulut akan masak lembik.
4. Tutup loyang kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih. Paras air mendidih setakat separuh tinggi loyang sahaja. Tutup periuk dan biarkan air terus mendidih di atas api sederhana. Selepas 30 minit pulut akan masak.
5. Apabila pulut telah masak, keluarkan loyang daripada periuk. Tekan pulut mengunakan senduk sehingga pulut menjadi padat di dalam loyang. Ketepikan.
6. Untuk sekaya, panaskan 1/4 cup air diatas api sederhana, masukkan gula melaka dan kacau sehingga larut di dalam air. Apabila telah larut, tutup api dan biarkan larutan sejuk.
7. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Pukul telur bersama esen vanila, dan masukkan larutan gula melaka yang telah disejukkan tadi kedalam bekas telur. Kacau sebati dan tapiskan campuran telur ke dalam loyang yang berisi pulut.
8. Tutup bekas kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih dan tutup periuk. Paras air mendidih setakat separuh tinggi loyang sahaja. Biarkan air terus mendidih di atas api sederhana selama 30 minit sehingga sekaya masak.
Siap

Tuesday, January 20, 2015

Kuah Yong Tau Foo

Alkisahnyer jadinya masak kuah yong tau foo ni sebab papa salah beli barang yg mama kirim. Papa pergi Asian Market so mama kirim keow teow tapi papa terbeli rice rolls. So apa nak buat dengan rice roll ni? ingat nak masak kuah laksam, takde santan pulak, nak buat kuah tteokbokki tak cukup bahan so mama buat kuah yong tau foo je la...

Bahan-bahan

2 cups air
2 tbs gula perang
1 tsp cili kisar (kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi)
1/4 tsp belacan
1 tbs sos tiram
1/4 tsp garam
1 tbs tepung jagung dicampur 1/4 cup air (kacau sehingga jadi larutan air tepung jagung)

Cara-cara:
Panaskan air bersama gula perang sehingga larut. Masukkan cili, belacan dan sos tiram sehingga mendidih. Kemudian masukkan garam dan air tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Boleh tambah garam, gula dan cili lagi mengikut selera masing-masing. Siap :)

resepi ni mama adaptasi daripada banyak blog mengikut bahan yang ada kat dapur :P

Monday, September 29, 2014

Ikan Bass masak 3 rasa ...simple recipe

Papa bawak balik sekor ikan bass yg besar. rasanya dalam 1kg beratnyer. Papa cakap ikan ni bukan dia yg dapat tapi syed yg tangkap so  mama kena masak sedap, papa nak ajak syed dan rizal datang makan.

Mama decide masak ikan 3 rasa, rasa manis, masam dan pedas (masin include :P). So as ususal resepi mama ni simple dimple jek...tak sempat nak  buat kalu very complicated. Kena jimat masa sebab asignment bertimbun, term paper mama tak start reseach pun lagi, tesis nyer literature review baru siap rough draft huhuhuhu.

Dan resepinya adalah.....

Ikan Bass masak 3 rasa

Bahan Ikan:
1 ekor ikan yg dibasuh besih dan dilumurkan garam kunyit
Minyak sekuali untuk mengoreng
Cara:
1.  Panaskan minyak didalam kuali yang bersesuaian diatas api sedrhana selama 5 minit.
3. Apabila minyak panas, goreng ikan sehingga hampir garing di kedua belah bahagian ikan.
4. Angkat ikan dan letakkan diatas pingan yang dihias daun salad.


Bahan Sos 3 rasa

1 biji bawang besas dihiris memanjang
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia di mayam halus
1 tbs sos ikan*
1 tbs sos tiram*
4 tbs sos cili*
1 tsp gula putih*
1 tbs cili giling* (kalu cili giling tu pedas, letak 1 tsp pun ok dah)
1/2 kiub ayam*
1/2 cup air
1 tbs minyak untuk menumis
Sebiji tomato dipotong dadu#
3 helai daun bawang dipotong kasar#
1 tbs jagung #
1 tbs peas#
2 tbs nenas dipotong halus#


Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. masukkan air dan bahan bertanda * sehingga mendidih.
3. Apabila sos mendidih , masukan semua bahan bertanda #. Kacau rata selama 3 minit.
5. Tuangkan sos 3 rasa ke atas ikan yg telah siap dihidang.


Senang kan :)

Nota:
Mama guna sos magi cili pedas manis. Kalu kat Malaysia boleh guna sos cili magi atau sos cili life. kalu guna sos cili brand lain mama takpasti rasanya jadi 3 rasa atau terlebih pedas. Mama pernah try guna sos cili masala. Memang rasanyer kureng.

Friday, September 12, 2014

Keropok Lekor made in Kingston

Mama teringin sesangat nak makan keropok lekor. Tapi mana la nak cari kat bumi Canada ni. Masa mama gi beraya kat Waterloo hari tu, alhamdulillah dapat makan keropok lekor. So mama pun mintak resepi ngan member mama, Yani dan sambil tu try gak la google resepi kat internet. Mama dah adaptasi dan simplified resepi untuk menyenangkan hidup mama so that bila-bila craving for keropok lekor, mama boleh siapkan dalam tempoh less 1 hour. Bestnyer!!

Bahan-bahan.

1 tin mackerel in water
1 cup tepung ubi kayu
1 tbs tepung gandum
1/2 tsp garam
2 tbs air ais

1 periuk air mendidih


Cara:
1. Isi air ke dalam periuk. Paras air 3/4 periuk dan didihkan diatas api sederhana.
2. Buang kesemua air dari tin mackerel, guna isi ikan je. Lenyek/ramas isi ikan tu sampai hancur.
3. Masukkan tepung gandum, ubi kayu dan garam kedalam, bekas yg berisi ikan. Gaul rata, renjiskan air sedikit demi sedikt sambil mengaul semua bahan sehingga semua bahan bercampur sebati dan menjadi doh. Kalau terlebih air dan doh menjadi lembik, tambah kan sedikit tepung ubi kayu sehingga mencapai kosistensi doh yang tidak melekat ditangan.
4. Bentukkan doh menjadi panjang berdiameter 1/2 inci. Panjang doh keropok tu buat la besesuaian dengan saiz periuk.
5. Masukkan doh keropok lekor ke dalam air mendidih. Doh yang masak akan timbul dipermukaan air. Masak selama 10 minit.
6. Angkat dan toskan .
7. Keropok lekor ready untuk digoreng. Kalau nak frozen, masukkan je keropok lekor dalam ziplock dan bekukan.



Senangkan :)

Tuesday, May 6, 2014

Ikan Bakar Belacan cicah Air Asam

Sukanyer bila dapat makan ikan bakar...mama papa ni favourite la apa-apa seafood yg di grilled...masa dok Kuala Selangor dulu ...menu tetap ikan bakar...pastu bila pindah dok Kuantan...macam dok dalam 'syurga' ikan bakar...mana tak nye Planet Seafood kat depan rumah je..bila Sara Thai buka kat Balok..lagi la syok...bila dok kat Kingston ni...dapat je ikan tilapia..mesti papa akan bakar...lepas la rindu...

Ikan Bakar Belacan

Bahan
2 ekor Ikan Tilapia ( apa-apa ikan yg bersesuaian dgn selera)

2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Bahan bertanda * diblender terlebih dahulu

2 tbs cili giling/boh
1 tsp garam
1 tsp belacan
1 tbs gula

2 tbs minyak utk menumis.

Cara

1. Blenderkan bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah diblender sehingga keperangan. Masukkan belacan, cili, garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga keluar bau semerbak belacan. Dah masakla tu. Sejukkan seketika
3. Letakkan ikan di atas aluminium foil. Gaul rata bahan yg telah ditumis tadi keseluruh ikan.
4. Bungkus ikan dan bakar selama 45 minit pada 300F.
5. Bila Ikan dah masak, akan keluar bau harum belacan yg membuatkan perut minta nasi hehehe.

Air Asam

Bahan

1 tbs asam jawa
1/2 cup air
1/2 tsp garam
1 tsp gula
1 biji bawang besar (mayam kasar)
1 biji cili padi (potong halus)
1 tsp air limau nipis/lemon
1/2 tsp belacan
1 biji tomato (potong dadu)

Cara
1. Ramas asam jawa di dlm air dan tapis.
2. Campur kan  gula, garam bawang, cili, belacan, air limau dan tomato di dalam bekas yg berisi air asam jawa. Gaul rata dan kacau sehingga garam dan gula larut. Siap.


Thursday, April 17, 2014

Karipap Ranggup

Papa suka makan karipap. Everytime ada apa-apa event, bila mama minta pendapat papa apa nak bawak utk event tu mesti mama akan dpt jawapan yg sama. Karipap paling best! So jangan bosan bila buah tangan mama adalah karipap ek. Everytime buat karipap mesti teringat kenangan silam tolong mek buat karipap pusing inti ubi stelo (keledek). Upah tolong bukan dpt duit tapi mek akan belikan tudung baru :).
*Resepi ni utk Karipap Rangup bukan karipap pusing. Karipap pusing next time ye. Banyak resepi utk kulit karipap ni. Yg ini kalau goreng sampai ke petang kulit dia tetap tegang dan ranggup.



Bahan utk kulit karipap:

2 cups tepung gandum
1tbs tepung beras (optional)
1tbs tepung ubi kayu (optional)
1/4 cup minyak masak
1/2 cup air ais
2 tbs butter
1/2 tsp garam

Cara-cara:
1. Sukat gandum, tepung beras dan tepung ubi kayu dan ayak ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan butter ke dalam camuran tepung dan gaul/ramas butter bersama tepung sehingga sebati dan tekstur menjadi seperti serbuk roti yg halus.
2. Panaskan minyak di atas api sederhana (electric stove no 5) selama 5 minit. Apabila minyak telah panas, tuangkan minyak ke dalam bekas gandum dan kacau dgn spatula/senduk kayu sehingga sebati.
*Peringatan:
Sila berhati-hati semasa mengendali kuali berisi minyak panas ni. Sebaiknyer bekas gandum diletakkan bersebelahan dapur utk memudahkan penuangan dan mengelakkan kecederaan tanpa sengaja.
3. Masukkan air ais ke dalam bekas tepung dan uli sehingga menjadi doh. Uli selama 10 minit.
(Mama guna bread maker so mama just masukkan air ais diikuti tepung dan pilih Dough. Biarkan je mesin tu menguli sehingga siap)
4. Apabila doh telah siap di uli, masukkan ke dalam plastik. Tutup kemas dan masukkan ke dalam peti ais selama 30minit - 1 jam.
5. Apabila doh dah sejuk. Keluarkan dan bahagikan doh ke 5 atau 6 bahagian. Golehkan setiap bahagian doh tu menjadi panjang , seperti keropok lekor (diameter max 2 inci). Potong doh yg dah digolekkan tu 1/2 inci tebal dan start canai guna rolling pin. Doh yg dicanai tu jangan terlalu nipis dan seeloknya bulat cantik supaya senang nak letak inti dan kelim tepi.

Bahan utk inti

10 biji potatos (dipotong dadu)
2 tbs serbuk kari (dibancuh dgn 1tbs air dahulu)
1 tbs cili giling
1/4 cup daging/ayam cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji bawang putih (di dadu halus)
1/2 inci halia (di mayam halus)
2 tbs minyak utk menumis
1/2 cawan air
2 tbs gula
3/4 tbs garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau/keperangan.
2. Bancuh serbuk kari dgn 1 tbs air dan tumis bersama bawang sehingga pecah minyak
3. Masukkan cili giling dan air. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daging/ayam dan gula+ garam. Kacau rata. Biarkan sehingga daging masak.
5. Masukkan potato, kacau supaya daging dan potato bercampur sekata. Tutup kuali dan biarkan sehingga potato masak empuk. Jangan lupa kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah hangus. Biasanya dlm 30 minit inti ni akan masak, bergantung dgn kuantiti potato yg digunakan.
6. Biarkan inti sejuk seketika dahulu sebelum gunakan.

Apabila sudah siap, karipap ni boleh digoreng utk hidangan petang atau boleh dijadikan karipap frozen. Mama biasanya akan goreng sekejap karipap sebelum frozenkan. Takut melekat kalau simpan karipap raw. Kalau nak kurang berminyak boleh bakar sekejap dalam oven suhu 300F selama 10 minit. Then boleh pack untuk frozen.

Saturday, April 5, 2014

Nasi Lemak Ringkas...simply irresistible...

Every saturday mama akan masak nasik lemak. masak seperiuk penuh terus. blh mkn dari pagi sampai ke ptg. free flow. anak-anak tak sekolah, lapar je buka periuk makan la nasik lemak tu sampai kenyang. Mama masak mudah je dan yg pasti anak-anak dan papa suka.



Nasi Lemak

Bahan:
4 cup beras
1 tin santan segera (400ml)
400 ml air (sukat guna tin santan tu je)
2 helai daun pandan
1/2 inci halia (diketuk)
3 biji bawang merah (di mayam halus)
1 tsp garam
1 tbs gula

Cara:
Basuh beras di dalam periuk rice cooker sehingga bersih. Masukkan santan dan air. Ukur aras cecair berbanding beras. Pastikan paras air cukup utk jenis beras yg digunakan. Mama guna beras wangi so jumlah airsantan tu dah ok. tetapi kalau guna beras biasa mungkin kena tambah 1/4 cawan air. Kemudian, masukkan daun pandan, halia, bawang merah, gula dan ram kedalam periuk. kacau bagi semua bercampur rata. Masak menggunakan rice cooker. Bila masak nasi akan semerbak wangi.

Sambal untuk Nasi Lemak

Bahan
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
Bahan * dikisar menggunakan blender

1 biji bawang kuning besar (dimayam kasar)
4 tbs cili kisar/cili boh
1 keping asam keping atau 1 tbs air asam jawa
1tsp garam
2 tbs gula
1/4 cup ikan bilis
4 tbs minyak

Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali diatas api sederhana. mama guna electric stove so mama guna api no 5. apabila minyak dah panas masukkan bahan yg telah diblender. Tumis dan kacau sehingga naik bau/keperangan. kemudian masukkan cili kisar dan bawang kuning. Masak sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan asam keping, garam, gula dan ikan bilis. kacau rata. Kecilkan api ke no 2 dan biarkan sambal mereneh selama 20 minit di atas api kecil. kacau sekali sekala bagi mengelakkan sambal di dasar kuali hangit. Rasa dan tambah garam/gula mengikut citarasa masing-masing. mama dah ok dah macam tu.

Biasanya mama akan masak nasi dulu dan kemudian baru masak sambal. Sambil kacau sambal tu mama akan rebus telur, goreng bilis, potong timun atau basuh daun salad. By the time nasi masak, sambal pun dah masak. Boleh terus hidangkan panas-panas. Yummy!



Saturday, March 15, 2014

Nasi Ayam Roasted Chicken

Rindu nak makan nasi ayam sedap kat Foodcourt Melawati tu. Masa Papa kerja kat Gombak dulu, selalu gak mama lari gi lunch ngan Papa kat situ dari Tabung Haji. Walaupun susah nak parking, tetap nak gi makan gak. So hari mama dan anak-anak mama, Kakak dan Adik masak nasi ayam yg simple dan senang sangat nak buat.

Bahan utk Nasi

4 pot beras
1 tsp serbuk kunyit
3 ulas bawang merah (di mayam halus)
1/2 inci halia (diketuk)
1 stalk serai
1 kiub ayam

Cara:
Basuh beras sehingga bersih. Sukat air secukupnya. Masukkan serbuk kunyit, bawang merah, serai dan kiub ayam. Masak di dalam rice cooker.

Bahan untuk Ayam Bakar.

1/2 ekor ayam
2 tbs sos tiram
2 tbs kicap manis
3 ulas bwhg putih (ditumbuk halus)*
1 inci halia (ditumbuk halus)*
1 btg kulit kayu manis*
2 bunga lawang*
5 bunga cengkih*
3 buah pelaga*
1 tsp butter
1tsp honey

Cara
Gaul ayam dgn sos tiram, kicap manis, bahan bertanda *, perap selama 1 jam. Selepas 1 jam, preheat oven 300F/150C. Bakar ayam selama 20 minit. Keluarkan dari oven dan sapukan butter dan honey ke atas ayam. Masukkan kembali ke dalam oven, sambung bakar selama 10 minit.

Sup:
1 bunjut sup adabi
3 ulas bawang merah (mayam halus)
2 ulas bawang putih (mayam halus)
1/2 inci halia
1 mangkuk air
1/4 cups ayam (potong kecil)
1/2 tbs minyak
1 kiub ayam
Segengam sayur campur (carot/turnip/brocoli/peas dll)

Cara:
Panaskan minyak di atas api sederhana. Tumis bawang merah, bwg putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan air, sup bunjut, ayam. masak sampai mendidih. masukkan sayur campur dan kiub ayam, dan tutup api selepas 3 minit.


Sambal cili.

2 tbs cili merah (di blender/tumbuk)
2 ulas bawang putih (di blender/tumbuk)
1/2 tsp cuka makan
2 tbs air
1 tsp gula
1/4 tsp garam.

Cara:
Campur semua bahan dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih.

Sambal Kicap:
Mama guna gravvy ayam bakar je...dah sedap sesangat dah.

Sayur:
Salad, timun dan tomato

nota: Resepi ni mama tak sempat nak rebus ayam buat stok, sebab anak2 + papa dah kelaparan. (sebenarnyer terlupa...dah perap ayam baru teringat...so selongkar cabinet cari kiub ayam je hehehe)

Thursday, February 13, 2014

Murtabak Mini Simple, Senang dan Sedap

Murtabak. Bila sebut murtabak je terus teringat Murtabak Raja Kota Bharu yg pastinya marbelosss tu. Dicicah ngan kuah jeruk bawang merah. Ohh..sungguh sedap. Tapi di bumi Kingston ni, mana nak cari murtabak yg sedap? So, this is resepi yg mama dah try, dan hasilnya masak satu habis satu, laju je anak2 mama makan. Berebut lagi.hehehe..

Resepi ni simple dan senang sebab mama guna kulit popiah segera as penganti kulit murtabak. Hero mama tak abis lagi belajar tebar menebar ni.  Jeruk bwg pulak Adik buat one day earlier. Memang cukup masam manis.


Bahan
Kulit popia segera
2 biji telur

Inti:
1 cup daging kisar
2 garlic (mayam halus)
3 onion (mayam halus)
1 tbs serbuk kari (cairkan guna 1 tsp water)
1 yellow onion ( potong dadu)
1/2 cup sayur campur
1-2 potato (potong dadu)
1 tbs Minyak utk menumis ( mama guna minyak sapi)
Salt & sugar secukup rasa
1/2 cup air

Cara:
1. Panaskn minyak dan tumis garlic+onion. Masukkan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air,  daging kisar dan potato.
3. Apabila air mendidih dan kentang empok, masukkan yellow onion, sayur campur, garam dan gula.
4. Masak sehingga inti hampir kering.
5. Angkat dan biarkan sejuk

6. Apabila inti dah sejuk, pecah telur ke dalam bekas inti. Kacau rata. ( pastikan inti sejuk, kalau tak telur akan half cook by the heat)
7.Panaskan kuali leper (flat). Griskan kuali dgn sedikit minyak. Mama guna minyak sapi. Letak kulit popiah di atas kuali dan letak 1 tbs inti di tengah kulit popiah tu. Lipat dan bungkus inti tu.
8. Masak sehingga kedua belah murtabak garing.
9. Angkat dan hidang

Kuah Jeruk Bawang
Bahan
3 biji bawang merah ( mayam)
15 ml cuka mkn
15 ml air*
1 tbs gula*
Food coloring -red*
(* blh ganti dgn 15ml sirap ros)

Cara
Campur semua bahan, gaul sebati, biarkan semalaman di suhu bilik.

Friday, February 7, 2014

Kuih Bahulu Simple yg pastinya Sedap

Pagi tadi mama tanya Nina nak bawak apa bekal ke sekolah. Nina ni cerewet pasal makan. 1st sebab gigi dia kurang. 5 batang je. 2nd, memang dia ni memilih makan dan ikut mood. Bak kata mek, "buat la gajah rimau pun, kalu dio toksir makae, dio takkan makae'. Semalam mama beli loyang bear dan love, so mama tanya Nina nak makan bahulu macam yg kita selalu beli kat depan Giant tu ke? Nasib baik dia jawab nak. If not poning kepalo  mama nak pikir apo nak masak.

As usual resepi mama ni versi simple dan senang. Ibu-ibu berkarier yg superbusy sure boleh buat nyer. Resepi ni tak perlu nak genjok telor macam zaman kecik dulu. Ingat lagi masa tolong Mek buat bahulu kat rumah Padang Lati. Berlumba genjok telor ngan Mail. Sampai lengguh tangan baru telur naik dan full of air bubble.

Kat Kingston ni, Mama kena masak within 30-45 minit, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah. So, resepi mama biasanya jenis yg cepat siap, jimat masa dan tenaga. hehehe. dan one more, kat rumah ni kuih yg dah overnite, memang tak laku. Anak2 taknak mkn. terlebih kena manja budak2 ni =='. so yg kena perabih kalu tak mama, mesti papa.

Bahan:

3 biji telur (telur suhu bilik, tapi if nak guna telur direct dari peti ais pun boleh, cuma kena beat lama sikit la)
1/2 cup gula putih/gula perang/nisae (gula melaka)
1/2 cup tepung gandum
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
1 tbs air berkarbonat (tak kisah perisa apa, mama guna ice cream soda) #Optional.
Butter (utk gris loyang)

Cara
1. Goreng tepung gandum diatas api kecil selama 5 minit. Tepung kena sentiasa di kacau takut hangus.Lepas tu, Ayak tepung yg dah digoreng tu ke atas kertas yg bersaiz bersesuaian. ini utk senang nak angkat dan masukkan tepung dlm bekas telur nanti. Masukkan garam ke dalam tepung dan gaul.
2. Beat telur dan gula selama 15 minit. Kalau guna telur direct dari peti ais kena lama sikit beat tu, say 30 minit. Guna kelajuan no 1 dulu 5 minit, lepas tu no 2 for 5 minit, then kelajuan tahap maksima, no 3 selama 5 minit.
3. Masukkan air bercarbonat dan esen vanila, beat sekejap, bagi bercampur. Masa ni dah boleh preheat oven 350F atau 180C. Sapu butter ke seluruh loyang dan masukkan loyang ke dalam oven tu utk bagi loyang tu panas (*ni tips utk kuih tak melekat kat loyang bila masak)
4. Masukkan tepung, putar sekadar tepung tu sebati dgn campuran telur. 15 saat  sahaja. (*Kira dlm hati 1-15 then Stop, jangan overbeat ye)
5. Keluarkan loyang yg dah panas tu, Masukkan 1 tsp batter ke dalam setiap mangkuk loyang. Mama guna loyang Bear dan Heart. 1 tsp dah cukup sebab kuih bahulu akan naik sedikit.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 8-10 minit. Oven mama, 8 minit dah masak cantik. Kalu 10 minit tu sedikit garing. Biasanya, Mama akan garingkan 1 loyang, sebab mama memang suka kuih bahulu yg sedikit hangus, ada rasa pahit-pahit skit.
7. Ulang langkah dari no. 5.

NOTA: Batter Kuih Bahulu ni cukup utk 2 batch masak je, sekali masak, guna 2 loyang. Hasilnya pun cukup2 utk bekal ke anak2 sekolah dan brekfas kat rumah. Kalau nak buat banyak, boleh double kan je respi tu TETAPI, jgn campur semua tepung sekali gus. Bahagi 2 atau 3 adunan telur dan tepung secara even. agak2 je. Pastu setiap kali nak masak baru campur 1 part adunan telur dan 1 part tepung. Kacau sekadar tepung bercampur dgn telur sahaja. Jangan kacau lama. Nanti kuih tak naik dan padat. Bila dah habis batter 1st, baru campur batter 2nd. Ini kerana apabila tepung dah dimasukkan dlm adunan telur, ia akan start deflated, nanti hasil kuih seterusnya tak secomel kuih yg 1st bakar. (I learned the hard way)


ps: Mak Zleq Kha kata Yaya mcm pegang nugget je, bukan nugget la Mak, ni kuih bahulu version Kingston.

Thursday, January 30, 2014

Ayam Percik Putih ( Kelantan Style)


Hari ni mama cuba buat ayam percik macam mek selalu buat. Pertama kali buat tanpa mek. rasanya masih tidak mencapai rasa air tangan mek. Mek punya percik memang dah terkenal di kalangan sanak saudara. mek tak pernah mengkomersialkan ayam percik dia. Mek masak utk menjamu anak2 dan kekawan anak2 mek je. Cuma sekali je masa dok ngan arwah Aziz di Kertih dulu, mek pernah buka gerai jual nasi kerabu ayam percik masa bulan puasa. ini resepi yg mama copy paste dari note FB Kak Zleq Kha



Bahan utk Ayam Bakar:
seekor ayam saiz sederhana
2 sudu kecil garam
4 ulas bawang putih*
½ inci halia*
½ sudu kecil cuka putih
*tumbuk/blender

Cara
Perapkan ayam dengan bawang putih, halia,cuka dan garam. biar seketika. Bakar dlm oven 150C sehingga separuh masak. Percik kuah ke atas ayam dan sambung bakar sehingga ayam masak.

Bahan Kuah percik
3 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah - mayang
2 batang serai - ketuk
1 sudu besartepung gandum
I inci halia (diketuk/ tindik)
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
½ keping asam keping @ 2 sudu jus kecil limau nipis

kalau nak pedas, boleh letak cili kisar secukup rasa, tapi nanti color kuah percik tak putih lah.

Cara
Blender bawang dan tepung gandum bersama secawan santan pekat, hingga hancur. Masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk, masukkan baki 2 cawan santan, halia, serai, garam, gula dan asam.kacau sehingga mendidih dan pekat.kuah percik mesti dimasak sampai pecah minyak

Wednesday, January 29, 2014

Akok Kedut ( Akok Kelantan )

Akok memang all time favorite food mama. Sweet dan berlemak. Pantang tgk ada org jual akok mesti berenti beli. Bulan puasa lagi la, everyday nak makan akok je takpun jala mas ke, buah tanjong ke, or nekbak. Meleleh air liur dah ni teringat kuih muih Negeri Cik Siti Wan Kembang ni.

Bila dok jauh dari mek ni mula la nak makan macam-macam kuih Kelate. Masa ada ngan mek, tak pernah nak berguru. Tetapi bila Nina start mintak nak mkn Akok TokWan, mama kena la cari resepi yg senang, simple dan sedap. Senang maknanya blh buat dlm tempoh 30 minit max. Dari pecah telur sampai keluar oven. Mama guna loyang muffin je. Untuk resepi penuh Akok TokWan. Boleh tgk di FB Kak Zleq Kha

Bahan:
1/2 cup santan
1/2 cup air
1/2 cup gula perang/gula melaka (org kelate panggil nissae kerek)
1/4 cup tepung gandum
3 biji telur
1tsp butter
secubit garam
2-3 drop vanilla esen


Cara-cara
1. Pecahkan telur di dlm blender. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend sampai sebati. 2-3 pulse dah ok.
2. Preheat oven 300F atau 150C
3. Sapu butter atau spray veg oil di loyang muffin
4. Masukkan batter akok separuh atau 3/4 muffin cup di loyang tu
5. Bakar sehingga 20-25 atau dah keluar bau. Bila harum semerbak tu maknanya masak la tu. Mama biasanya biar hingga 30 minit sebab mama suka makan akok garing.

Masa bakar akok akan naik tinggi. dont worry. Bila keluar dr oven, akok tu akan collapse kembali ke saiz asal dan berkedut.