Showing posts with label Downtown. Show all posts
Showing posts with label Downtown. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Bus Stop Swings- 21 Balancoires, Downtown Montreal


Best kan kalau dapat naik buaian ni....mama dah target nak gi montreal sebelum mama datang canada lagi bila mama tengok gambar bus stop swings ni circulated dalam FB. So bila start spring dan kereta pun dah ada, mama ajak papa gi jalan-jalan kat montreal ni.

Masa mama tanya kawan mama pasal buaian ni dia cakap tak pernah nampak pun kat montreal, so mama pun google and luckily kami ternampak masa nak ke McGill. Apa lagi papa cari parking dan anak-anak suka la dapat naik buaian yang ada music. Buaian ni kalau dapat synchronize ke empat-empat buaian akan menghasilkan satu lagu, tapi kalau masing-masing buai hanya akan hasilkan music biasa je.

Yang penting anak-anak mama enjoy!

More on 21 Balancoires click here

Friday, March 14, 2014

Halal Pizza di Pizza Pizza Downtown Kingston

Hari ni papa belanja anak2 makan pizza. Lepas potong rambut kat Sossan's, anak2 mengadu lapar. Kat Kingston ni ada satu je kedai pizza yg jual Halal pizza ni, iaitu Kedai Pizza Pizza kat Downtown. Masa order tu make sure minta topping yg halal. Kali ni papa order Pepperoni and Cheese Pizza. Yummy!

Friday, January 31, 2014

Kingston Multicultural Arts Festival


Kingston Multicultural Arts Festival ni masa fall hari tu. Masa ni baru mula nak familiarize dgn town Kingston, so bila ada event macam ni rasa excited nak bawak anak2 gi check out apa yg best. Kami naik bus dari rumah ke downtown. Pastu tanya driver bus kat mana Confederation Part tempat event tu. Rupanya dekat je park tu dari downtown tranfer point. Ramai org menghala ke situ so kami just follow the crowd je.

Bila sampai, ada persembahan gendang dari Japanese community. So tengok jap. Anak2 dah bergerak ke depan duduk betul2 depan stage. Banyak juga la persembahan as list out tu:


Lepas tgk show, kami picnic kat bawah pokok makan lunch. Mama bawak bekal nasi goreng udang dgn biskut je. Anak2 berlari-lari sana sini. They really enjoy themselves. Pastu adik dtg bagitau, dia nampak ada org buat face painting. So, ok la, semua ke khemah face painting tu. Ramai yg tengah beratur. CAD5 donation per person. lepas tu kami go around the park tgk khemah dari pelbagai community mcm Chinese, Japanese, Egypt, Africa ect. Anak2 cuba buat origami kat khemah Japanese Community. 

Lepas tu berjalan keliling downtown dgn muka berface painting tu. Makan ice cream kat McDonald. Singgah Metro jap, window shopping je. Bila nak balik tak tau nak tunggu bus kat mana dah, 1st time gi towndown hehehe. Tanya org baru tau, rupanya kat tranfer point, lokasi bus ke rumah different dgn lokasi bus dari rumah. Otw balik Adik, Nina + Yaya dah tertido kepenatan. macam balik naik kereta sendiri je diaorg ni. Tak sabar nak tunggu Papa dpt lesen, so that blh beli kereta.




Monday, January 27, 2014

Sinaran Mentari Sejuk


Masa winter ni, bila nak keluar rumah tu, jangan terpedaya dengan sinaran matahari terik cam tu. Cahaya menyilau mata sampai terkenyit-kenyit. Bak kata ore kelate, bechar weh! 

Kena check weather forecast b4 keluar sebab suhu memang sejuk. Snow pun relak je tak cair pun eventhough kena direct sunlight dari pagi sampai ke petang. Today, suhu -12C. Hari ni mama kena pakai 3 lapis dan kena tukar baju lagi sebab baju 1st adik tegur mama pakai baju mengandung ke? aiseh..sensitif betul dgn komen mcm ni...hehehe..tukar baju lain lah bagi nampak ilusi optik kurus skit.

Ok. Back to kenapa matahari terik tetapi suhu -ve, sebabnya masa winter, daylight sekejap je, angle matahari pun low. Itula sebabnya sinaran matahari tak sempat nak modify suhu sekeliling tu. Pernah berborak ngan auntie kedai Asian Food kat Downtown, dia citer masa mula-mula berhijrah ke Canada ni, dia+suami pun tertipu ngan cahaya matahari winter ni. Auntie ni dari Vietnam, pernah tinggal di one of island in Terengganu before menetap di Kingston ni. Diorang keluar tanpa berbaju sejuk sebab ingat panas terik ni mcm kat Malaysia la kan, panasss. Berlari-lari balik ambik baju sebab tak tahan sejuk.

Sejak winter ni, kalau mamapapa nak keluar, kami suka hari yg turun snow sebab suhu maybe dlm range -4C ke -10C je. Tapi kalau sky clear or sunny skit, siap la berlapis baju kena pakai sebab suhu boleh turun sampai -15C hingga -20C. Kalau ada wind lagi la, sesekali kena hembus boleh kena cold shock. Macam iklan ubat gigi kat tv tu, makan ice cream terus ada electrik shock ke otak :P