Showing posts with label Ontario. Show all posts
Showing posts with label Ontario. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Window shopping Correlle di Pickering, Ontario, Canada

Dalam busy menulis ni sempat gak  mama ikut kekawan mama gi shopping pingan mangkuk kat World Kichen, Pickering tu. Bila masuk dalam kedai tu ...mak oi banyak nya pinggan correlle...macam-macam design tu...kalu ikukan hati nak beli semua tapi nak buat camne mampu tengok je la... kena berjimat cermat bukan datang sini makan gaji ...datang sini ngan elaun belajar jer...so sambil tengok kekawan dok isi penuh trolley ngan kotak-kotak correlle ...mama ngan anak-anak dok sibuk posing...then ada makcik mek salleh ni datang tanya.."may I help Youuu.." ...ni mesti bosan tengok kitaorang tak beli apa buat menyemak kedai dia jek...

Harga pingan mangkuk kat sini memang murah bedoah la tapi ongkos nak bawak balik ke tanahair tu mahal bebenor...kalu pos mau mahal pos dari harga pinggan so kena la tunggu sesaper nak share kontena baru la lepas bawak balik sekotak dua dik non oii..



Friday, October 2, 2015

Day 1 : Montebello & Rieviera Du Loup

Hari pertama...semangat berkobar-kobar nak pergi mlancong ke Canada Timur. Perjalanan bermula dari Ottawa, Ontario menuju ke Riviera du Loup, Quebec. Papa jangka akan sampai selepas 6 jam drive tapi hahaha...macam biasa banyak tempat tersinggah on the way tu like Montebello.























Thursday, August 13, 2015

Summer Road trip: Ontario - Quebec - New Brunswick - Nova Scotia - Prince Edward Island

Summer road trip yang ni dah lama di rancang tetapi baru beraya di laksanakan. Setahun gak la berjimat cermat untuk kos perjalanan melalui 4 province di Canada ni , maklumla kami datang sini dengan elaun belajar je. Tetapi sebab alang-alang daah sampai ke canada ni kami ambil peluang untuk berjalan-jalan kenal negara orang.

Perjalanan di mulakan di Ottawa selepas ambil kereta sewa dari Enterprise. Kenapa kami guna kereta sewa sedangkan ada kereta sendiri? sebabnya enterprise ni ada di semua destination yg kami nak pergi dan sekiranya ada teradi apa-apa di perjalanan kami boleh dapatkan kereta ganti terus dan tak perlu pikir kos tambahan untuk ke bengkel kereta. Satu lagi sebab adalah untuk keselesaan perjalanan sebab kereta sewa kat sini semuanya kereta baru, kereta kami tahun 2007 huhuhu.

Destinasi hari pertama Riviera du Loup di Quebec. Dalam perjalanan tu kami singgah sekejap di Fairmont de Montebello, hotel dari kayu log yang terbesar di dunia. Biasanya kalau kita tengok rumah dari susunan kayu log pun dah ter impress kan, n boleh tengok sebesar-besar hotel yang dibina dari susunan kayu log dan dihias dengan langkap yang cantik.

kakak dan adik depan Hotel Fairmont de Montebello, Quebec


Ombak besar di atas darat, Halifax Waterfront, Nova Scotia 



Nina takut Smaug! Windsor Park, Montreal, Quebec


Wednesday, June 3, 2015

Kenduri di Kg Mawar aka Roseneath

Weekend hari tu kami jalan-jalan ke Roseneath, Cobourg, rumah Abg Harim dan Kak Suryani.


Kat rumah ni ada kambing dan ayam. Yaya asyik dok kejar kambing, tapi bila kambing tu dekat ngan dia, teredek-kedek lari plak. Ayam kat sini pun jinak, senang je kakak tangkap.




Selain kenduri ada sesi mancing. Papa suka betul dapat ikan Walleye.


Friday, August 22, 2014

Bunga Matahari di Ottawa's Experimental Farm


Mama suka makan kuaci. Seingat mama lah dari kecik sampai la ni, kalu mama jumpa kuaci mesti beli punya. So, bila mama tengok kawan mama bergambar dengan bunga matahari, mama pun dapat idea nak gi situ gak. Nak tunjukkan anak-anak pokok bunga 'kuaci' yang mama suka makan tu.

Kami sampai kat Ottawa's Experimental Farm tu agak lewat jugak la sebab bertolak dari Kingston pun lepas mama meeting ngan supervisor mama. Hari pun dah petang masa tu ditambah pulak dengan langit Ottawa yang jo'on semacam je, bunga-bunga matahari pun takde la tegak mengadap sun, bunga dah lentok tunggu masa nak tidur je tu.

Tanpa membuang masa, kami pun memulakan sesi fortografi dengan bunga matahari ni. Nina ngan Yaya tak pernah tengok nunga ni, suka betul masuk celah-celah pokok bunga.

more about this farm, click Experimental Farm

Wednesday, June 18, 2014

Fishing di Cataraqui Creek, Kingston ON

Papa sejak dah ada geng mancing ni, everyday gi mancing. Kalau tak siang, dia gi malam. Tempat fishing tu dekat je dengan rumah kami, dalam 5 minit drive. Apa yang buat papa suka sesangat dengan spot ni-sebab ikan banyak. melompat-lompat dalam air sungai tu tapi biasa la kan adat orang memancing, tak semestinya ikan tu nak makan umpan.

Ha..cerita pasal umpan ni...papa mancing mula-mula tu guna cacing, tapi bila tengok geng fishing lain dapat ikan besar-besar...papa pun tanya la apa umpan yang diaorang guna. Rupa-rupanya diaorang guna umpan jagung manis. Ikan kat sini vegetarian rupanya hehehe

2 ekor ikan carp lepas tukar umpan jagung manis

Ikan yang ni papa bawak balik rumah, seekor lagi papa bagi member.

Wednesday, April 2, 2014

Lepak jap kat tepi tasik di Deseronto, Bay of Quinte

Kami singgah di tepi tasik ni masa on the way balik dari Tyendinaga. Kebetulan lalu dan tengok part of Lake Ontari kat sini still frozen so kami pun stop jap. ambil angin dan menikmati keindahan alam kat sini. Anak2 as usual investigate tempat baru. Panjat batu-batu kat tepi tasik tu. Kutip batu. Cuaca pun ok takdela sejuk sangat.










More on Town of Deseronto, click here

Monday, March 31, 2014

Jalan-jalan ke Tyendiyaga Mohawk Territory

Sunday afternoon lepas brunch nasi goreng kampung, anak-anak ajak papa keluar. Bosan dok rumah. Mama tengok cuaca pun baik dan temperature above zero, so ok lah kita keluar. Bila semua dah masuk kereta, papa tanya kita ni nak gi mana. So mama teringat masa mama pergi Toronto dgn geng Queens, mama ada ternampak sign Tyendiyaga Mohawk Territory kat tepi Highway 401. So lets go to Tyendiyaga Mohawk Territory...kita tengok mohawk.

Bila masuk kereta, anak-anak start tidur. Aiseh, saper nak jadi model mama bergambar? So terpaksala mama posing sendiri alternate ngan papa. Nasib baik Yaya bangun nak susu. Sebab sampai pun dah lewat kebanyakkan gift shop kat sini dah tutup so sempat masuk satu je. Kami last customer. Tak beli apa pun, cuci mata. Yaya je berjaya dpt ice cream.




Apa yg best kat sini? Kedai kat sini semua tax free, tapi tak banyak pilihan pun. Minyak murah! Papa siap isi full tank. Papa kata next time if kita nak ke Toronto kita kena singgah isi minyak kat sini dulu :)

More on Tyendiyaga Mohawk Territory, boleh baca kat wikipedia




Monday, March 17, 2014

Ronda-ronda di Wolfe Island, Kingston

Dah lama dah mama teringin nak bawak anak2 naik ferry ke Wolfe Island ni. Masa Fall hari tu pernah bawak anak2 naik ferry to and fro je. Bagi diaorg rasa sejuk bayu Sg St Lawrence tu. Kali ni masa winter pulak, suka betul diorang tgk ketul-ketul ais terapung kena langgar dek ombak ferry. Terasa macam atas kapal titanic plak. nasib baik takde iceberg. Sekejap anak2 kat atas dek menikmati keindahan sungai yg beku tu, lepas tu berlari-lari masuk kereta sebab tak tahan sejuk.


 


Trip ferry Wolfe Islander III dari jetty Kingston dlm 20 mins je. tak perlu bayar apa-apa. it's free. Sampai je kat island tu papa take a right turn dan drive je all the way sampai ke jetty Horne's ferry. Jeti ni untuk crossing ke USA. Tutup for winter until may rasanyer. Kami singgah bergambar je kat situ. 






All the way balik singgah tepi jalan ambik gambar ngan wind turbines. Kat Wolfe Island ni banyak wind turbines untuk generate electricity. So tak sah la kalu dtg sini tak bergambar kat Wolfe Island Wind Farm ni.



Kat pulau ni tak ramai penduduk, dlm 1500 org je, so rumah tu memang jauh antara satu sama lain. rumah dikelilingi berekar-ekar tanah ladang. tak sanggup mama dok rumah mcm ni. takuttt. sebab sekarang winter, tanah pun penuh ais so nampak lapang je. Banyak gak yg ternak lembu. ada satu farm tu dari jauh mama nampak ada byk bukit kecil warna hitam. heran gak. bila dekat rupanyer lembu hitam berbulu tebal. gemuk-gemuk plak tu. bila nak ambik gambar ada sekor bull jeling je kat mama. seram je..takut di langgarnyer pagar tu.cukup la masa kecik dulu mama kena kejar lembu sampai terkoyak lutut tersangkut kaki kat pagar. kalu masuk pertandingan lompat tinggi dah menang dah tu.



Masa papa tgh drive tadi, tetiba ada sekor rusa lintas jalan. nasib baik la papa tak terlanggar. ingatkan kambing. takde kambing kat sini. all the way banyak rusa liar berkeliaran makan rumput. takde org kacau pun. bagus betul kan. pastu terserempak ngan sekumpulan ayam belanda liar berlari-lari kat tepi rusa tu. Best betul. Kat Malaysia tak dpt pengalaman ni, unless nak tgk kambing-kambing berkeliaran makan sampah kat tepi jalan.



Lepas penat menghabiskan minyak kereta dan berfotografi, kami pun balik la. Nanti bila bunga-bunga dah berkembangan dan ladang-ladang dah ditanam, kami akan dtg lagi :)