Showing posts with label Kingston Mills. Show all posts
Showing posts with label Kingston Mills. Show all posts

Tuesday, May 26, 2015

Anak-anak memancing di Kingston Mills


Weekend hari tu, papa bawak anak-anak memancing di Kingston Mills. Kebetulan Melur datang rumah so kami bawa dia sekali. Tanya Melur pernah ke fishing? This is her fist experience la...and guess what...ikan yang paling besar ni Melur yang dapat hehehe...lucky her :)

Mula-mula tu mama tengok dia beriya tarik joran...ingatkan mata kail terlekat kat rumput-rampai kat dasar sungai...tapi tengok macam berat je...papa datang to the rescue...rupa-rupanya sekor ikan carp. Hebat jugak melawan ikan ni...

Yaya menanggis takut tengok ikan. Tapi lepas papa lepas kan ikan tu...menangis sekali lagi sebab yaya nak touch the fish.

Balik papa belanja minum dan makan donut di Tim Hortons.

Saturday, September 6, 2014

Papa memancing di Kingston Mill bersama anak-anak

Dah lama pulak papa tak gi mancing. Masa fishing kat camping trip hari tu takde rezeki, luas sangat tasik tu, ikan taknak makan umpan. So papa ajak mama dan anak-anak gi teman papa fishing kat Kingston Mill. Last papa fishing kat sini dengan kekawan papa from Ottawa tu dapat 3 ekor ikan besar. Mana tau kali ni ada rezeki lagi..Insya Allah.

Si yaya ni bila cakap nak pergi fishing dia sibuk tanya boleh mandi tak kat situ. Takut dia terjun, sampai je Kingston Mill tu mama terus pakaikan Yaya dan Nina life jacket. Life jacket ni mama bawak dari Malaysia sebab takut tak jumpa cari brand yang sama kat sini. Memang takde pun, life jacket yang biasa adalah bukan yang betul-butl snug fit kat body.

Yaya pun bila tengok kakak join papa fishing, dia pun nak fishing gak, so papa prepare rod superman yg papa beli special untuk nina dan yaya. Nak beli rod barbie mahal plak, rod superman ni preloved dapat CAD2 je hehehehe.

Yaya ni bila kakak dia tolong cast je terus dia reel...cast reel...cast reel...bila ikan nak makan umpan tu? Lastly dia bosan sebab tak dapat fish. Selepas sepetang...dapatlah 2 ekor ikan. Alhamdulillah. Balik goreng 3 rasa pun sodap.



Wednesday, April 16, 2014

Picnic tepi Rideau Canal, Kingston

Pagi sabtu..menu breakfast mcm biasa la ..mama akan masak fluffy buttermilk pancake. Buat pancake secara bergotong royong hehehe...nina tolong pecahkan telur dan beat telur + butter...adik tolong buatkan buttermilk...kakak tolong sukat tepung dan campur semua bahan kering...mama tolong masak. Pastu makan ramai-ramai  pancake with butter and maple sirap. Yummy!

Lepas makan je, mama start masak nasi lemak. hari ni mama masak sambal udang la pulak sebab dah bosan asyik makan sambal bilis je. Resepi sama cuma tukar bilis dgn udang je dan tambah serai yg diketuk sebatang. Udang ni sedap masak dgn serai. Tgh syok masak, papa masuk dapur ajak gi picnic...bagus gak idea tu..jommmm...

Semua anak-anak di mobilizekan utk bersiap...masak je lauk+nasik...susun dlm bakul...anak2 semua excited sebab ni 1st picnic kat Canada. 1st stop singgah pick up kawan papa, Hafiz, pastu gi solat zuhur kat Kingston Islamic Center dulu.

Sampai je kat kat Kingston Mill tu adik dah merajuk lapar. So kakak ditugaskan cari picnic table yg available. Papa angkat bakul picnic. Nina siap bawak bantal lagi. Nina nak tidur lepas mkn. Sedapnyer makan kat luar ni. Angin sejuk sekali sekala menghembus manja. Semua senyap je menikmati nasi lemak sejuk hehehe..air teh dlm termos pun suam-suam kuku kena angin sejuk ni.

Lepas makan papa dan anak-anak gi tgk org mancing kat rideau canal. Mama lepak kat atas je jaga Yaya + Nina. Bahaya budak kecik turun ke sungai sebab current Sg Catarqui tu laju sesangat, takut papa sorang tak terjaga 2 budak aktif ni. Dok kat atas ni pun ajak mama swim. Dah bosan tgk org fishing, papa dan anak2 main frisbee plak. Bila dah start sejuk, angin dari tasik dah mula bertiup kami pack dan balik. anak2 macam biasa la time utk tido.








Tuesday, April 8, 2014

Bersiar-siar di Kingston Mills, Ontario

Dah lama mama teringin nak ke Kingston Mills ni. Masa winter lagi sebab nak ambik gambar frozen water fall tetapi masa tak mengizinkan. So petang sunday papa bawa kami semua bersiar-siar di Kingston Mills. Jarak dari rumah lebih kurang 30 minit drive je, Van Order Dr-Princess St-Division St-Perth St-McAdoo ln-Battersea Rd-Kinston Mills Rd-dah sampai :)

Kat sini ada lock station utk membolehkan boat bypass waterfall di Cataraqui River. Pemandangan kat sini masih dipenuhi pokok-pokok yg tak berdaun. Tak lama lagi sure cantik. Sebahagian daripada tasik masih frozen tapi ada part yg dah cair. Kingston Mill waterfall tak sesuai utk mandi, walaupun Yaya dok berulang-ulang ajak swim. Yaya ni memang suka swim.