Monday, September 28, 2015

Majlis Korban dan Akikah baby Zada di Avonmore


Hari raya korban ke 3 kami ke Avonmore untuk maljis korban dan malis akikah baby Zada. Kambing untuk Zada yang paling besar tu.

Thursday, September 24, 2015

Hari raya haji di Kingston

Selamat Hari Raya AidilAdha!

Raya hai kali ni adalah raya yang terakhir kami di Canada. Nak balik dah ...insya Allah lepas mama habis belajar dengan jayanya hehehe..

Friday, September 4, 2015

Seri Muka paling simple dan sedap di makan ...

Seri muka ni mama buat sambil tengok tv je. Kaedahnya mudah je, tak perlu le nak rendam beras pulut tu 2 -3 jam. Mama kukus kuih ni pun guna kuali (wok) sebab takde pengukus. Make sure air panas paras separuh loyang kuih je...bukan apa takut air masuk loyang jadi seri muka masak pengat ler.

Bahan-bahan A:

3 cups beras pulut
2 cup santan pekat
1/2 tsp garam

Periuk berisi air panas mendidih diatas api sederhana (untuk double boiler)
Aluminium foil (untuk menutup loyang kuih)

Cara-cara:
1. Basuh beras dan rendam dalam air panas mendidih selama 15 minit. Selepas 15 minit buang air dan tos beras menggunakan penapis.
2. Campur garam ke dalam santan pekat.
3. Masukkan beras kedalam loyang kuih yang bersesuaian. Masukkan santan pekat setakat paras beras sahaja. Jika kurang santan boleh ditambah sedikit air sehingga mencecah paras beras. Sekiranya paras santan+air melebihi paras beras dikuatiri pulut akan masak lembik.
4. Tutup loyang kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih. Selepas 30 minit pulut akan masak.
5. Apabila pulut telah masak, keluarkan loyang daripada periuk. Tekan pulut mengunakan senduk sehingga pulut menjadi padat di dalam loyang. Ketepikan.

Bahan-bahan B

4 cups santan
4 biji telur
2 cups gula
1 cup tepung gandum
1/4 tsp esen vanilla
1 tsp garam
2 helai daun pandan (potong kecil)

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di dalam blender. Blender semua bahan sehingga hancur dan sebati
2. Tapiskan bahan yg telah di blender ke dalam loyang yang mengadungi pulut yg telah dipadatkan tadi.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit - 1 jam sehingga masak.
4. Apabila masak sejukkan kuih seri muka terlebih dahulu sebelum memotongnya.