Thursday, July 31, 2014

Hari Raya Aidilfitri pertama di perantauan



Kami menyambut hari raya puasa pada hari Isnin 28 July 2014. Malam tu mama papa kakak dan adik tidur lambat sebab dok sibuk menyiapkan rumah untuk menyambut hari raya. Papa nak buat makan-makan sikit selepas solat raya. Papa nak rumah meriah sebab kalau beraya kat Klang sure penuh rumah orang datang beraya.

Pagi raya tu hujan turun dengan lebat, berlari semua anak-anak kereta. Nak dijadikan cerita, mama lupa check kat mana tempat solat raya , ingatkan kat masjid rupa-rupanya kat dewan lebih kurang 1 km dari masjid tu. Bila sampai nak cari parking dah takes time, so tak sempat la nak sembahyang raya tapi sempatlah dengar khutbah raya tu.

Kat dewan tu ada 4 orang je Jejaka Malaya yang berbaju melayu lengkap, so ramai jugak la orang datang bertanya papa asal dari mana. Ada yang datang nak bergambar sesama. Diaorang tak pernah tengok pakaian kebangsaan kita ni. Lepas dah abis papa berjumpa kawan-kawan dan bergambar, kami pun balik kerumah.

Tengahari hari raya, kekawan anak-anak start datang, termasuk kekawan mama dan papa. Penuh rumah kami yg memang bersaiz kecik molek tu. Baru terasa suasana hari raya walaupun jauh diperantauan. yang penting anak-anak still dapat merasai kemeriahan raya selepas berpuasa selama 18 jam setiap hari.  Mama masak simple je, nasi lemak sambal udang dan ketupat nasi rendang ayam. Biskut raya memang dah siap buat seminggu sebelum raya lagi.






Monday, July 21, 2014

Iftar bersama-sama Geng Kingston dan Geng Ottawa

Hari ke 25 puasa, papa bagitau mama yg kawan-kawan papa nak singgah Kingston otw mereka balik dari Toronto ke Ottawa. Kingston ni dok dipertengahan perjalanan Ottawa-Toronto atau Montreal-Toronto...kalau orang New York nak ke Ottawa tu..jemput la singgah Kinston gak ye :)

Mama dok pikir nak masak apa ek...so mama decided untuk masak nasi ayam dan kari kambing. Ini je yang mama pandai buat selain nasi lemak dan sambal udang. Nasi ayam paling senang nak buat sebab cuma perlu perap ayam je ...yang lain tu simple matter macam masak nasi dan buat sup. Kari kambing plak untuk dapat kari yang sedap ditekak mama...rempah kari tu kena tumis sampai betul-betul masak...mek punya petua..sampai naik minyak la (jangan sampai hangus plak ye hehehe).

Masa berbuka tu penuh satu rumah. Apartment kami ni kecik je..so bila 5 keluarga berkumpul memang terasa penuh. pastu ditambah dengan kepanasan summer...alahai  3 kipas pun tak cukup nak menyejukkan badan, papa kena instal aircond ni hehehe...




Monday, July 7, 2014

Lavender Festival at Prince Edward County Lavender

Lavender farm yang paling dekat dengan Kingston adalah Prince Edward County Lavender. Bila mama dengar ada Lavender Festival terus mama ajak papa pergi visit. Jauh juga la la tempat ni dari rumah tapi sebab tak pernah tengok ladang bunga lavender ni, digagahi juga walaupun dalam bulan puasa.


Bila sampai je dah ramai orang, nasib baik dapat parking. Ladang ni takde la besar sangat tapi boleh la setakat nak bergambar ala-ala dikelilingi bunga purple ni. Ada satu couple pengantin tengah bergambar. Anak-anak tak kisah pun ngan bungan ni, mama yang terlebih excited sebabdok berangan dari rumah lagi hehhee. Anak-anak pergi buat face painting pastu pergi tengok clown. Bila dapat belon dari clown punya la suka, pastu menangis bila belon meletup.

Disebabkan hari panas, lepas bergambar dan round tengok distilation processuntuk extract lavender oil, kami balik. Takut nanti ada yang minta nak buka puasa :P

More on Prince Edward County Lavender, click here

Saturday, July 5, 2014

Popiah basah

Popiah basah...yang penting sambal dia...kalau sambal menjadi...letak la sayur apa pun dalam Popiah tu sure sedapnyer....masalah mama kat sini bila nak buat Popiah basah tu kulit Popiah basah tak jual kat Kingston ni...nak buat sendiri tak berapa nak menjadi walaupun dok ngadap youtube belajar...ahhh. ..susah sangat mama buat kulit Popiah ala crepe je...hehehe



Resepi popia basah ni terbahagi kepada 3 bahagian:

A: Kulit Popiah
Nota: kulit ni mama buat ala crepe tau...sebab tangan mama ni tak tahan panas nak leser tepung atas kuali panas.

Bahan
2 cup tepung gandum
1 tbs tepung jagung
1 tbs tepung kastard (optional)
1 tbs tepung beras (optional)
1 biji putih telur
1 tbs cuka
1 tsp garam
6 cup air

Cara
1. Campur kan semua bahan kedalam bekas yang bersesuaian dan kacau sehingga tepung bercampur sebati menjadi lautan tepung. Sekiranya ada ketulan tepung, boleh blender larutan tersebut seketika.
2. Panaskan kuali flat. Satukan sikit butter. Curah kan  sesenduk kecik larutan tepung ke dalam kuali dan golekkan kuali supaya semua permukaan kuali di saluti larutan tepung.
3. Masak kulit popiah diatas api kecik selamat 5 minit. Apabila dah masak terus angkat. Tidak perlu di terbalikkan dan di masak sebelah atas kulit Popiah tersebut.
4. Ulang langkah 2 sehingga semua tepung habis.

B. Sambal

Bahan
1 biji bawang merah besar - diblender
5 biji bawang putih- diblender
2 tbs cili giling
1 tbs gula perang
2 tbs kicap manis
1/8 tsp garam
1/4 tsp belacan
1 tbs minyak utk menumis

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yg telah diblender. Apabila naik bau masukkan cili giling. Tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan gula perang, kicap dan belacan. Kacau sehingga sambal pekat dan sedikit kering.

C: inti

Bahan
1 batang carrot yang disagat halus
1 mangkut kobis yg dipotong halus
1 biji bawang merah besar yang dipotong memanjang halus
3 biji bawang putih dipotong halus
2 tbs ikan bilis goreng
2 tbs bawang goreng
2 tbs kacang tanah yg di goreng dan di tumbuk kasar.

Cara
1.Gaul rata semua bahan untuk inti
2. Bentangkan kulit popiah. Sapukan sambal di seluruh permukaan kulit popiah kecuali 2 cm dari hujung kulit.
3. Letak kan 1 tbs inti dan lipat dan gulung popiah ke bentuk yg di kehendaki.
4. Ulang langkah 2.
5. Sebelum dihidangkan sapu sedikit sambal diatas permukaan popiah dan tabur sedikit kacang tanah.

Thursday, July 3, 2014

Roti Jala dan Kari Ayam

Roti Jala...bila sebut roti jala je terus teringat Cik Na bff Kakma yang pandai buat roti jala tu...mama ni bukan pandai sangat pun...pandai makan ada la...hehehe

Hari ni tergoogle resepi berbuk...terkeluar lah gambar roti jala so...menu berbuka hari ni adalah roti jala dicicah dengan kari ayam...oh so yummy!


Roti Jala

Bahan
3 cup tepung gandum
2 cup susu segar
1 cup air
1/2 tsp garam
1 tsp gula
2 tbs butter cair
3 biji telur
secubit kunyit atau yellow food coloring

Cara
1. Satukan semua bahan dalam blender kecuali tepung gandum. Blender semua bahan sehingga semua bercampur rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil blender. Teruskan blender semua bahan sehingga tepung habis.
2. Panaskan flat pan diatas api sederhana
3. Masukkan adunan dlm acuan. mama guna acuan 1 lubang je.
4. sapu sedikit butter di atas kuali dan jalakan aduanan keseluruhan permukaan kuali.
5. Apabila roti jala dah masak. Angkat ke atas pinggan, lipat dan gulung.
6. Ulang langkah 4 sehingga adunan habis.


Nota:
Kalau takde acuan...itu bukan masalah ...tebuk penutup air mineral yg 500ml tu...then guna botol tu as acuan roti jala...tadaaa!!!

Kari Ayam

500 g ayam dipotong sederhana
2 biji potato di potong dadu
1 batang carrot dipotong dadu kasar
5 biji bawang merah -diblender
3 ulas bawang putih-diblender
2cm halia-diblender
2 tbs rempah kari
1 tbs cili giling
1 batang kulit kayu manis
5 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cup santan pekat
2 cup air
1 tsp garam
1/2 tbs gula
1 tbs air asam jawa
1 tsp jus lemon
1/4 cup minyak utk menumis

Cara

1. Panaskan minyak. Apabila minyak sudah panas tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah diblender serta cili giling dan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau dan warna keperangan.
2. Masukkan rempah kari, kacau rata dan tumis sehingga naik minyak dan berbau wangi
3. Masukkan ayam dan gaul rata ayam bersama rempah kari. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga ayam separuh masak.
4. Masukkan potato dan carrot. gaul rata
5. Masukkan santan dan air. Kacau rata. Dan biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala bagi mengelakan bahagian dasar berkerak,
6.Masukkan air asam jawa dan jus lemon dan kacau rata
7. Biarkan kari mereneh di atas api sederhana sehingga berbau harum semerbak kari.
8. Apibila kentang telah empuk. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan