Showing posts with label Fall. Show all posts
Showing posts with label Fall. Show all posts

Saturday, November 28, 2015

Santa Parade, Kingston

Masa nak gi tengok Santa Parade ni memang mama make sure anak-anak semua pakai 3 layer bau at least. Pengalaman tahun-tahun lepas memang sejuk sesangat setiap kali gi tengok parade ni. Kalau sejuk yaya sure meragam so semua waib pakai sepasang winter suit macam nak gi main ski gitu kihkihkih.












Thursday, October 1, 2015

upper canada village


On the way blik dari Avonmore, papa bawa anak-anak jejalan ke uppper canada village. Tetapi sebab terlambat sampai kg canada tu dah tutup. kami sampai pukul 5pm, kg tu tutup pukul 4pm.

Monday, September 28, 2015

Majlis Korban dan Akikah baby Zada di Avonmore


Hari raya korban ke 3 kami ke Avonmore untuk maljis korban dan malis akikah baby Zada. Kambing untuk Zada yang paling besar tu.

Thursday, September 24, 2015

Hari raya haji di Kingston

Selamat Hari Raya AidilAdha!

Raya hai kali ni adalah raya yang terakhir kami di Canada. Nak balik dah ...insya Allah lepas mama habis belajar dengan jayanya hehehe..

Tuesday, September 30, 2014

Autumn at Lemoine Point

Papa datang pickup mama kat Queen's lepas ambik anak-anak kat sekolah. Then papa cakap lets go for a picnic. Yeahhh...nak picnic kat mana ek. Mama decide kita gi Lemoine Point la sebab mama nak tengok daun-daun yang colorful kat situ.



Lemoine point ni one of conservation area kat Kingston ni dan tak jauh pun dari rumah kami. Lepas makan-makan tu kami pun berjalan kat one of the trail dalam hutan simpan ni. Daun pokok-pokok kat sini dah banyak betukar color dah especially the maple trees.



Kebetulan masa kami sampai dah hampir sunset so papa bawa kami ikut trail yang paling pendek, crossed hutan dan menghala ke tasik. Air tasik dah surut banyak compared to the last time kami datang bawak anak-anak swimming kat sini. Air pun macam kurang bersih sebab dah banyak lumut dan bulu-bulu itik. Itik stop kat sini on the way to migrate to southern area.


Kat tepi tasik tu papa ajar macamana nak baling batu atas air. Riuh rendah semua lawan batu siapa boleh flipped 3 kali. Of course la papa yg menang hehehe. On the way balik papa bawak round-round tepi tasik tengok rumah orang kya-kaya kat Kingston ni sambil berangan ngan mama hehehe


Saturday, September 20, 2014

Princess Street Promenade

Ini kali pertama kami pergi event ni, kalau tengok dalam website City of Kingston, event ni dah buat last ogos tapi mama tak tau pun. Kebetulan mama baca paper ada iklan pasal Princess Street Promonade ni so mama ajak la papa bawak anak-anak jalan-jalan downtown jap.

Hari sabtu anak-anak ada kelas Bahasa Arab sampai pukul 1pm. So after pick up diaorang kami terus menghala ke downtown. Dekat je, 10 minit dah sampai. Papa parking at depan metro, then terus kami ke Princess St depan metro tu, dari jauh dah dengar bunyi live band.


Lepas cross jalan je, Nina dan Yaya ternampak bouncing castle. Berlari teus ke castle tu, masuk dan melompat-lompat. Depan castle tu ada booth kedai computer so papa tengok-tengok apa yang menarik. Adik dan Kakak dok makan sweets/lollipop free kat booth tu.



Penat melompat, kami jalan-jalan lagi. Singgah booth beli baju untuk Nina/Yaya. Budak kecik duaorng ni dah pakai baju sama saiz so kira beli selai boleh share hehehe. Bila sampai kat tempat petting zoo, kecoh tengok binatang. Ada kambing, lembu, Ilama, ayam...babe pun ada. Yaya terkejut bila ada sekor kambing nak cium tangan dia. Terus ajak balik.



Lepas dan bosan mewarna lukisan dan main lego, kami balik. Papa nak cepat sebab papa kerja hari ni.

Friday, January 31, 2014

Kingston Multicultural Arts Festival


Kingston Multicultural Arts Festival ni masa fall hari tu. Masa ni baru mula nak familiarize dgn town Kingston, so bila ada event macam ni rasa excited nak bawak anak2 gi check out apa yg best. Kami naik bus dari rumah ke downtown. Pastu tanya driver bus kat mana Confederation Part tempat event tu. Rupanya dekat je park tu dari downtown tranfer point. Ramai org menghala ke situ so kami just follow the crowd je.

Bila sampai, ada persembahan gendang dari Japanese community. So tengok jap. Anak2 dah bergerak ke depan duduk betul2 depan stage. Banyak juga la persembahan as list out tu:


Lepas tgk show, kami picnic kat bawah pokok makan lunch. Mama bawak bekal nasi goreng udang dgn biskut je. Anak2 berlari-lari sana sini. They really enjoy themselves. Pastu adik dtg bagitau, dia nampak ada org buat face painting. So, ok la, semua ke khemah face painting tu. Ramai yg tengah beratur. CAD5 donation per person. lepas tu kami go around the park tgk khemah dari pelbagai community mcm Chinese, Japanese, Egypt, Africa ect. Anak2 cuba buat origami kat khemah Japanese Community. 

Lepas tu berjalan keliling downtown dgn muka berface painting tu. Makan ice cream kat McDonald. Singgah Metro jap, window shopping je. Bila nak balik tak tau nak tunggu bus kat mana dah, 1st time gi towndown hehehe. Tanya org baru tau, rupanya kat tranfer point, lokasi bus ke rumah different dgn lokasi bus dari rumah. Otw balik Adik, Nina + Yaya dah tertido kepenatan. macam balik naik kereta sendiri je diaorg ni. Tak sabar nak tunggu Papa dpt lesen, so that blh beli kereta.




Tuesday, January 28, 2014

Dedaun Berguguran di Musim Luruh


Musim luruh ni mengingatkan mama pada citer Autumn in My Heart. Cantik sungguh dedaun yg bermacam color. yg paling cantik pokok yg daun bertukar jadi merah. Fiery red. Mama masuk fall term kat Queens so masa sampai end of Ogos hari tu, daun masih hijau. Mid Sept daun dah mula bertukar color. Kat Kingston ni tak berapa ketara sgt sebab area town kurang pokok. Tetapi bila mama  ke lab blasting up north, Subhanallah, sgt cantik sepanjang jalan pelbagai warna pokok. Tak sempat nak snap gambar sebab tak bawak camera. Gambar sekitar Queens pun tak sempat nak ambik. Mama teramat busy last term, mama ambik subject yg semua kena mengira. Otak mama ni dah berkarat so tak sempat nak menikmati suasana musim luruh. Insya Allah, kalau diizinkan, next fall mama akan berfotografi byk2 :)

Nasib baik ada satu park kecik kat depan rumah ni ha. Roden Park. So, petang weekend sempatla bawak anak2 ke park ni. Anak2 suka la dpt main lompat2 atas timbunan daun. Tapi mama personally biasa je, sebab musim daun luruh ni macam daun getah luruh je. Mama kan org kg. Rumah pun dlm kebun getah. Musim luruh ni every year blh tgk, lagi tak suka ada la sebab kena menyapu halaman (bila rajin la hehehe). Huhuhu...rindu pulak kat rumah kat Padang Lati tu.