Showing posts with label NIna. Show all posts
Showing posts with label NIna. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Rainbow Meringue Kissess

This morning mama buat Rainbow Meringue Kissess utk Nina. Nina suka meringue ni sebab ia akan melt in her mouth. No need for her to gigit and chew with her limited teeth tu. Kenapa mama suka buat meringue ni saiz kisses?? Sebab:- 1. saiz kecik 2. tak liat (chewwy) 3. cepat masak (jimat masa hehehe)

Bahan-bahan:

2 biji putih telur
1/4 cup gula icing
1/2 tsp cream of tartar
1/8 tsp salt
1/2 tsp vanilla essence
Food coloring

Cara:
1. Beat putih telur sampai berbuih. masukkan cream of tartar and salt. beat again until fluffy.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit diselangi esen vanilla sampai semua gula larut. keep on beating the mix sampai mixture menjadi berkilat dan terasa pekat utk di pukul/beat. the mixture is ready bila dah rasa pekat.
3. Asingkan mixture ke 4 mangkuk berasingan in even portion. agak-agak je. dropkan 2-3 titis food coloring. mama guna biru, hijau, merah dan putih (origina mixture color).
4. Jangan kacau, fold in je color tu sampai sebati. Jgn kacau ye nanti turun pulak mixture tu. tak jadi meringue tu nanti.
5. Preheat oven 200F atau 100C.
6. Masukkan selang seli each color dlm piping bag atau plastic zip lock (gunting sikit hujung). pipekan keatas loyang cookies yg dilapik kertas. buat kecik-kecik je.
7. Bakar selama 30 minit. kalau kisses tu saiz besar kena bakar selama 45 minit ke 1 jam baru outer layer akan garing.
8. bila dah masak, tutup api, jgn terus keluarkan. renggangkan sikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven. Mama biasanya biarkan sejuk dlm oven dlm 15 minit je. Then keluarkan terus ngapp. Yummy!

Nota: tips dari Mek: kalau nak masak apa2 yg manis kena letak sedikit garam, rasa manis tu akan lagi sedap, bukan manis lecah. ( mek bagi mama tips ni masa mama masak jjemput pisae, bukan masa mak meringue ni ;p)


Resepi mama ni inspired by Cherrylane's Cupcakes 





Tuesday, February 18, 2014

Nina and her Ottawa's BFF


ntah apa la yg dibualkan tu. Nina really excited nak jumpa wafa. seminggu sebelum bertolak ke Ottawa dah kemas baju dia n all sort of toys n books yg dia nak share ngan wafa.

Panjat slide sambil berpegangan tangan



Friday, February 7, 2014

Kuih Bahulu Simple yg pastinya Sedap

Pagi tadi mama tanya Nina nak bawak apa bekal ke sekolah. Nina ni cerewet pasal makan. 1st sebab gigi dia kurang. 5 batang je. 2nd, memang dia ni memilih makan dan ikut mood. Bak kata mek, "buat la gajah rimau pun, kalu dio toksir makae, dio takkan makae'. Semalam mama beli loyang bear dan love, so mama tanya Nina nak makan bahulu macam yg kita selalu beli kat depan Giant tu ke? Nasib baik dia jawab nak. If not poning kepalo  mama nak pikir apo nak masak.

As usual resepi mama ni versi simple dan senang. Ibu-ibu berkarier yg superbusy sure boleh buat nyer. Resepi ni tak perlu nak genjok telor macam zaman kecik dulu. Ingat lagi masa tolong Mek buat bahulu kat rumah Padang Lati. Berlumba genjok telor ngan Mail. Sampai lengguh tangan baru telur naik dan full of air bubble.

Kat Kingston ni, Mama kena masak within 30-45 minit, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah. So, resepi mama biasanya jenis yg cepat siap, jimat masa dan tenaga. hehehe. dan one more, kat rumah ni kuih yg dah overnite, memang tak laku. Anak2 taknak mkn. terlebih kena manja budak2 ni =='. so yg kena perabih kalu tak mama, mesti papa.

Bahan:

3 biji telur (telur suhu bilik, tapi if nak guna telur direct dari peti ais pun boleh, cuma kena beat lama sikit la)
1/2 cup gula putih/gula perang/nisae (gula melaka)
1/2 cup tepung gandum
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
1 tbs air berkarbonat (tak kisah perisa apa, mama guna ice cream soda) #Optional.
Butter (utk gris loyang)

Cara
1. Goreng tepung gandum diatas api kecil selama 5 minit. Tepung kena sentiasa di kacau takut hangus.Lepas tu, Ayak tepung yg dah digoreng tu ke atas kertas yg bersaiz bersesuaian. ini utk senang nak angkat dan masukkan tepung dlm bekas telur nanti. Masukkan garam ke dalam tepung dan gaul.
2. Beat telur dan gula selama 15 minit. Kalau guna telur direct dari peti ais kena lama sikit beat tu, say 30 minit. Guna kelajuan no 1 dulu 5 minit, lepas tu no 2 for 5 minit, then kelajuan tahap maksima, no 3 selama 5 minit.
3. Masukkan air bercarbonat dan esen vanila, beat sekejap, bagi bercampur. Masa ni dah boleh preheat oven 350F atau 180C. Sapu butter ke seluruh loyang dan masukkan loyang ke dalam oven tu utk bagi loyang tu panas (*ni tips utk kuih tak melekat kat loyang bila masak)
4. Masukkan tepung, putar sekadar tepung tu sebati dgn campuran telur. 15 saat  sahaja. (*Kira dlm hati 1-15 then Stop, jangan overbeat ye)
5. Keluarkan loyang yg dah panas tu, Masukkan 1 tsp batter ke dalam setiap mangkuk loyang. Mama guna loyang Bear dan Heart. 1 tsp dah cukup sebab kuih bahulu akan naik sedikit.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 8-10 minit. Oven mama, 8 minit dah masak cantik. Kalu 10 minit tu sedikit garing. Biasanya, Mama akan garingkan 1 loyang, sebab mama memang suka kuih bahulu yg sedikit hangus, ada rasa pahit-pahit skit.
7. Ulang langkah dari no. 5.

NOTA: Batter Kuih Bahulu ni cukup utk 2 batch masak je, sekali masak, guna 2 loyang. Hasilnya pun cukup2 utk bekal ke anak2 sekolah dan brekfas kat rumah. Kalau nak buat banyak, boleh double kan je respi tu TETAPI, jgn campur semua tepung sekali gus. Bahagi 2 atau 3 adunan telur dan tepung secara even. agak2 je. Pastu setiap kali nak masak baru campur 1 part adunan telur dan 1 part tepung. Kacau sekadar tepung bercampur dgn telur sahaja. Jangan kacau lama. Nanti kuih tak naik dan padat. Bila dah habis batter 1st, baru campur batter 2nd. Ini kerana apabila tepung dah dimasukkan dlm adunan telur, ia akan start deflated, nanti hasil kuih seterusnya tak secomel kuih yg 1st bakar. (I learned the hard way)


ps: Mak Zleq Kha kata Yaya mcm pegang nugget je, bukan nugget la Mak, ni kuih bahulu version Kingston.

Wednesday, February 5, 2014

Tugas Papa Setiap Hari 'Buku Agenda Anak-anak"


Setiap hari, biasanya waktu pagi la, papa akan check and sign buku agenda Adik dan Nina. Buku Agenda ni macam mini diari untuk highlight main activities yg anak2 buat kat school apart from belajar maths, science dll. If terlupa sign, nanti teacher akan tulis reminder kat dlm buku tu. Dan if parents nak bercommunicate ngan teacher, just tulis short message kat dalam buku agenda ni je. Senang kan. Tak payah nak text hp or call. Unless emergency la, macam nak tanya sekolah ke tak bila bad weather tu. 




Friday, January 31, 2014

Kingston Multicultural Arts Festival


Kingston Multicultural Arts Festival ni masa fall hari tu. Masa ni baru mula nak familiarize dgn town Kingston, so bila ada event macam ni rasa excited nak bawak anak2 gi check out apa yg best. Kami naik bus dari rumah ke downtown. Pastu tanya driver bus kat mana Confederation Part tempat event tu. Rupanya dekat je park tu dari downtown tranfer point. Ramai org menghala ke situ so kami just follow the crowd je.

Bila sampai, ada persembahan gendang dari Japanese community. So tengok jap. Anak2 dah bergerak ke depan duduk betul2 depan stage. Banyak juga la persembahan as list out tu:


Lepas tgk show, kami picnic kat bawah pokok makan lunch. Mama bawak bekal nasi goreng udang dgn biskut je. Anak2 berlari-lari sana sini. They really enjoy themselves. Pastu adik dtg bagitau, dia nampak ada org buat face painting. So, ok la, semua ke khemah face painting tu. Ramai yg tengah beratur. CAD5 donation per person. lepas tu kami go around the park tgk khemah dari pelbagai community mcm Chinese, Japanese, Egypt, Africa ect. Anak2 cuba buat origami kat khemah Japanese Community. 

Lepas tu berjalan keliling downtown dgn muka berface painting tu. Makan ice cream kat McDonald. Singgah Metro jap, window shopping je. Bila nak balik tak tau nak tunggu bus kat mana dah, 1st time gi towndown hehehe. Tanya org baru tau, rupanya kat tranfer point, lokasi bus ke rumah different dgn lokasi bus dari rumah. Otw balik Adik, Nina + Yaya dah tertido kepenatan. macam balik naik kereta sendiri je diaorg ni. Tak sabar nak tunggu Papa dpt lesen, so that blh beli kereta.