Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Tuesday, June 19, 2018
Salam Aidilfitri
Tahun ni sama seperti tahun-tahun sebelum ni di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri akan di sambut di kg papa iaitu di Klang. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari SabSal sekeluarga. Ceria -ceria sokmo ye
Monday, July 11, 2016
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016
Hari raya aidilfitri pertama di Malaysia selepas balik dari Canada. Hari raya pertama dan kedua kami sambut dengan family di Klang, Selangor dan Hari raya ketiga-kelima sambut di Tualang Salak, Kelantan.
Pagi raya pertama tu mama masak nasi kerabu siap dengan aksesori nasi kerabu termasuk lah solok lada, daging bakar dan telur masin. Mama ingat nak beli bawang putih jeruk tapi papa kata mana lah orang klang pandai makan bawang jeruk ni, nasi kerabu pun ntah ada yang tak pandai makan. Anyway sebab mama tak beraya di Kelantan so I bring the Kelantan to Klang in term of foods. Mek hantar ketupat palas with serunding dan tapai signature mek yang manis bersari tu. Lengkap hidangan Kelantan hehehe
Tema raya tahun ni ingatkan nak pakai hitam songket ...dah siap beli baju anak-anak sedondon mama papa semua lah then dekat nak raya papa dapat hadiah baju melayu coklat. So immediately tema di tukar kepada coklat. Kelam kabut mama papa gi cari baju raya untuk anak-anak lagi seminggu nak raya. Mula-mula gi Jakel , mak oi punya la ramai orang ramai kat jakel ni nak jalan pun tak boleh penuh sesak. So mama ajak papa gi Gulatis jer. Dapat la baju kat Gulatis tu tapi sebab dah last minutes kan so tak dapat la nak sedondong ala-ala kain sekayu...beli je apa-apa baju yang berkenan di hati asalkan colornya coklat!

Sehari sebelum raya mama gi kedai barangan kek beli cupcake mix dan segala keperluan kek. Malam raya tu semua anak-anak termasuk aunty eya join sekali buat cupcake. Baru rasa meriah suasana menjelang raya dengan bau haru semerbak kek baru masak then anak-anak sibuk nak frost cupcake tu. Macam-macam pattern dilukis atas cupcake tu. Atuk Roslie pun join sama :)
Lepas siap buat cupcake, papa ajak anak-anak dan cousins keluar main bunga api. Mula-mula semua macam berani jer then bila papa bakar bunga api yang besar tu semua menjerit-jeri takut. Yaya lepas dah habis semua mercun tu sibuk "i wan more...i want more" dah habis la yaya ...main bunga api kucing tu dah ...
Pagi raya semua kelam kabut sebab malam tu balik lambat so semua tak bangun bila alarm bunyi. Nasib baik mama dah siap iron semua baju dan siap semua barang yang nak bawak ke klang. Dalam nak cepat tu tak sempat gak nak solat raya. So Adilfitri tahun ni termiss solat sunat hari raya kat Masjid Andalas tu sebab bila sampai imam dah baca khutbah.
Hari raya pertama anak-anak spend kat rumah atuk nenek diaorang kat klang je. Sambil tu bergambar la raya sesama. Zada first time dapat duit raya tahun ni, dia macam heran jer bila dapat sampul raya. di gigit-gigit nya sampul tu. Ingat ada gula-gula ke dalam sampul raya tu Dada?
Ramai sedara mara datang beraya, mama doa jer cukup nasi dan spagetti. alhamdulillah magrib semua licin sampai ke helaian spagetti yang terakhir. Alhamdulillah
Malam tu kami beramai-ramai pergi beraya ke rumah Pak Long dan Mak Long. Nina pulak menangis nak balik maybe sebab dah ngantuk kot so spend masa sekejap jer then terus balik rumah.
Monday, September 28, 2015
Majlis Korban dan Akikah baby Zada di Avonmore
Hari raya korban ke 3 kami ke Avonmore untuk maljis korban dan malis akikah baby Zada. Kambing untuk Zada yang paling besar tu.
Thursday, September 24, 2015
Hari raya haji di Kingston
Selamat Hari Raya AidilAdha!
Raya hai kali ni adalah raya yang terakhir kami di Canada. Nak balik dah ...insya Allah lepas mama habis belajar dengan jayanya hehehe..
Raya hai kali ni adalah raya yang terakhir kami di Canada. Nak balik dah ...insya Allah lepas mama habis belajar dengan jayanya hehehe..
Thursday, July 23, 2015
Aidilfitri ke dua di Canada
Friday, August 8, 2014
Jalan-jalan beraya di Waterloo
Minggu ke dua Syawal, kita raya berapa hari mama? Kita raya sebulan lah sebab puasa sebulan kan. Kita tak gi berya lagi ke ? Alamak...sedih la pula bila ada pertanyaan macamni. Biasaya minggu kedua ni kami beraya kat dengan TokWan diaorang di Tualang Salak, Kelantan.
So papa pun decide kita gi berjalan ke rumah kawan papa di Waterloo, papa pun ada something nak bagi kat kawan papa tu untukk camping trip hujung bulan ogos ni. Bila bagitau anak kena packing nak gi beraya, excited sungguh diaorang, sekejap je dah siap packing. Bagitau je berapa hari nak pergi, siap la semua keperluan dlm beg. Dari kecik lagi mama dah latih diaorang mengemas beg dengan cepat sebab mama dulu kan kena selalu outstation, sampai kakak pun pernah tanya kita ni nomad ke?
Perjalanan ke Waterloo dari Kingston mengambil masa 4 jam. Lengguh badan duduk je kat dalam kereta tu. lebih kurang jauh balik ke Tualang Salak dari Kuantan ni (naik kereta papa mail hehehe). Sesat sekali sebab si Garmin yg pening ni suruh keluar dari 401, ape la sepatutnya dari Kingston ke Waterloo tu dok atas 401 je dari East ke West.
Kat Waterloo kami beraya di Rumah Halim&Yani, Salihin & Yasmin dan bermalam di banglo Afyzim. Alhamdulillah dapat jumpa ramai saudara-mara Malaysian di Waterloo ni. Dapat makan makanan yg sedap-sedap :). Adik suka betul dapat makan keropok lekor.
Terima kasih ye kawan-kawan. Nanti jangan lupa datang beraya di Kingston pulak.

Tuesday, August 5, 2014
Anak-anak beraya di Cornwall
Hari ketiga raya, papa bawak anak-anak beraya didalam suasana kampung di Avonmore. Cantik betul rumah-rumah dan ladang di sini. Kebanyakkan crops kat sini adalah jagung. bila lalu tepi ladang yang ada jerami bulat tu teringin nak berenti bergambar tapi tak kenal tuan punya ladang.
Rumah yang kami pergi beraya tu kepunyaan Abg Hisham dan Kak Nor, yang memang dah lama menetap kat Canada ni. Kat area rumah ni ada reban ayam dan sekandang kambing. Anak-anak ni orang nak beraya pun tak senang asyik nak ajak gi tengok kambing. So lepas makan-makan nasi tomato dan pelbagai juadah raya yang lain, kami semua ramai-ramai pergi melawat haiwan ternakan kat ladang ni.

Terima kasih tuan rumah, raya tahun depan kami datang lagi :)
Thursday, July 31, 2014
Hari Raya Aidilfitri pertama di perantauan
Kami menyambut hari raya puasa pada hari Isnin 28 July 2014. Malam tu mama papa kakak dan adik tidur lambat sebab dok sibuk menyiapkan rumah untuk menyambut hari raya. Papa nak buat makan-makan sikit selepas solat raya. Papa nak rumah meriah sebab kalau beraya kat Klang sure penuh rumah orang datang beraya.
Pagi raya tu hujan turun dengan lebat, berlari semua anak-anak kereta. Nak dijadikan cerita, mama lupa check kat mana tempat solat raya , ingatkan kat masjid rupa-rupanya kat dewan lebih kurang 1 km dari masjid tu. Bila sampai nak cari parking dah takes time, so tak sempat la nak sembahyang raya tapi sempatlah dengar khutbah raya tu.
Kat dewan tu ada 4 orang je Jejaka Malaya yang berbaju melayu lengkap, so ramai jugak la orang datang bertanya papa asal dari mana. Ada yang datang nak bergambar sesama. Diaorang tak pernah tengok pakaian kebangsaan kita ni. Lepas dah abis papa berjumpa kawan-kawan dan bergambar, kami pun balik kerumah.
Tengahari hari raya, kekawan anak-anak start datang, termasuk kekawan mama dan papa. Penuh rumah kami yg memang bersaiz kecik molek tu. Baru terasa suasana hari raya walaupun jauh diperantauan. yang penting anak-anak still dapat merasai kemeriahan raya selepas berpuasa selama 18 jam setiap hari. Mama masak simple je, nasi lemak sambal udang dan ketupat nasi rendang ayam. Biskut raya memang dah siap buat seminggu sebelum raya lagi.
Friday, November 22, 2013
Hari Raya Aidil Adha
Kali pertama beraya di negara asing. Sedih. Tapi bersyukur sebab masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidil Adha tahun ini. Mama ada kelas di pagi raya so Papa & anak-anak lepak kat rumah je. Lepas mama balik, kereta sewa pun sampai, so dapatlah anak-anak
pergi beraya. 1st rumah is rumah Roy&Ayu, the only Malaysian family yg dah lama bertapak di bumi Kingston ni. Lepas tu kami semua bertolak ke Ottawa. Nak pergi beraya di rumah Syakir&Shima. Anak-anak suka betul pergi rumah Aunty Shima especially Nina sebab dapat jumpa Wafa, 1st friend dia kat sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)