Friday, August 8, 2014

Jalan-jalan beraya di Waterloo

Minggu ke dua Syawal, kita raya berapa hari mama? Kita raya sebulan lah sebab puasa sebulan kan. Kita tak gi berya lagi ke ? Alamak...sedih  la pula bila ada pertanyaan macamni. Biasaya minggu kedua ni kami beraya kat dengan TokWan diaorang di Tualang Salak, Kelantan.

So papa pun decide kita gi berjalan ke rumah kawan papa di Waterloo, papa pun ada something nak bagi kat kawan papa tu untukk camping trip hujung bulan ogos ni. Bila bagitau anak kena packing nak gi beraya, excited sungguh diaorang, sekejap je dah siap packing. Bagitau je berapa hari nak pergi, siap la semua keperluan dlm beg. Dari kecik lagi mama dah latih diaorang mengemas beg dengan cepat sebab mama dulu kan kena selalu outstation, sampai kakak pun pernah tanya kita ni nomad ke?

Perjalanan ke Waterloo dari Kingston mengambil masa 4 jam. Lengguh badan duduk je kat dalam kereta tu. lebih kurang jauh balik ke Tualang Salak dari Kuantan ni (naik kereta papa mail hehehe). Sesat sekali sebab si Garmin yg pening ni suruh keluar dari 401, ape la sepatutnya dari Kingston ke Waterloo tu dok atas 401 je dari East ke West.

Kat Waterloo kami beraya di Rumah Halim&Yani, Salihin & Yasmin dan bermalam di banglo Afyzim. Alhamdulillah dapat jumpa ramai saudara-mara Malaysian di Waterloo ni. Dapat makan makanan yg sedap-sedap :). Adik suka betul dapat makan keropok lekor.



Terima kasih ye kawan-kawan. Nanti jangan lupa datang beraya di Kingston pulak.


No comments:

Post a Comment