Monday, January 6, 2014

Roti ala Gardenia ( gebu dan lembut)

Apabila jauh di negara asing, tercari-cari roti yg sesuai dgn selera anak-anak. Anak-anak memang suka makan roti gardenia. Memang ada jual roti readymade yg lebih kurang sama tekstur dan taste tetapi harganya agak mahal. Lebih kurang CAD3.50 perpack. Satu hari boleh habis 1 pack makan pagi petang malam. So, untuk memjimatkan ongkos terpaksala mama mencari resepi utk buat sendiri. Seteleah mencuba beberapa resepi, mama telah adaptasi mengikut kesesuaian. Ini la resepi yg telah menghasilkan roti yg hampir menyamai roti kegemaran anak2. Mama guna bread maker so jimat time. Tapi mama bakar guna oven sebab bila bakar guna breadmaker roti ni jadi sink ke tengah sebab doh lembik. Tapi bila bakar guna oven., hasilnya roti yg lembut  dan memang gebu. Yummy!


Bahan-Bahan

2 cups tepung gandum*
2 tbs tepung jagung*
1/2 tsp garam*
1/2 cups air suam
1 tsp yis
1 tsp gula
1 biji telur
3 tbs butter
2 tbs susu pekat/honey
water roux ( 1 tbs tepung gandum+5 tbs air)
1 tsp minyak sayuran (diguna semasa proses rehatkan doh)



Cara-cara
a. Sukat bahan bertanda* dan tapis (sift) ke dalam bekas yg bersesuaian
b. Masukkan yis dan gula ke dalam bekas air. Biarkan selama 5 minit sehingga timbul buih di atas permukaan air
c. Jika guna bread maker-masukkan semua bahan yang berbentuk cecair dahulu ke dalam bekas diikuti dgn tepung. Pilih dough dan tekan start. Biarkan sehingga habis di uli
c. Sekiranya menguli menggunakan tangan. Buat satu lubang ditengah tepung. Masukkan air, telur, water roux, butter dan susu kedalam lubang tersebut dan timbus dgn tepung. Kacau guna spatula/senduk kayu sehingga sebati. Apabila sebati boleh uli menggunakan tangan. Adunan mungkin sedikit lembik dan melekit. Jangan tambah tepung kerana ini akan meyebabkan roti menjadi dense dan tidak gebu. Boleh guna kaedah slap and fold. Uli selama 10 minit
d. Selepas siap di uli, masukkan doh kedalam bekas/mangkuk yg disapu minyak sayur. Biarkan doh rehat selama 1 jam. Tutup bekas yg mengandungi doh menggunakan kain lembap atau cling film/plastic wrap utk mengelakkan permukaan doh menjadi kering.
e. Selepas 1 jam. doh akan menjadi sekali ganda dari saiz asal. Tumbuk doh untuk membuang angin.
f. Bentukkan doh mengikut saiz loyang. Masukkan doh kedalam bekas membakar/loyang yg telah disapu butter/gris atau dilapik kertas. Tutup bekas loyang yg mengandungi doh menggunakan kain lembap atau cling film/plastic wrap
g. Biarkan doh rehat selama 1 jam.
h. Apabila doh telah naik sekali ganda dari saiz asal. Pre heat oven 300F atau 150C.
i. Bakar selama 30 minit sehingga permukaan roti keperangan
j. Apabila siap, keluarkan roti dari oven dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari bekas.

Cara membuat water roux
Satukan 1 tbs tepung gandum+5 tbs air ke dalam periuk kecil dan masak diatas api sederhana. Kacau adunan sehingga menjadi likat. Apabila likat, tutup api dan biarkan sejuk seketika sebelum dicampur ke dalam adunan roti.



Mama suka betul bau roti baru masak. harum yg menyelerakan. everytime mama masak roti mesti tak sabar nak potong nak makan panas-panas letak butter je. 

Nota:
a. Kalau taknak guna water roux, sukatan air suam kena guna 3/4 cup.

b. Kalau tak nak guna telur dan water roux, sukatan air suam kena guna 1 cup

b. Tak tahu macamana nak guna slap and fold teknik. Boleh tgk kat sini

c. masa preheat ni boleh panaskan sekali apa-apa loyang berisi sedikit air (mama guna loyang muffin) di lower rack oven utk dptkan wap air bagi mengelakkan crust cepat berlaku dan membolehkan doh mengembang lagi semasa dimasak. Kalau oven kecil, boleh spray/sapu lembut menggunakan tangan sedikit air di atas permukaan doh sebelum dimasukkan di dalam preheated oven. Tips ni mama dpt dari Mamak Haji





3 comments:

  1. Assalamualaikum Sally, mmg resepi ni selembut roti gardenia ke? excited nak try. ada resepi utk wholemeal bread yg sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi... susu pekat tu leh ganti dgn fresh milk / susu tepung tak?

      Delete
    2. boleh ganti dgn susu tepung dalam sukatan yg sama

      Delete