Wednesday, January 29, 2014

Donut

Masa kecik dulu mek selalu gak la buat donut. Masih teringat gi hantar donut kat gerai goreng pisang, lalu ikut celah pokok getah. Tapi mama tak kisah pun sebab lepas htr donut blh makan serdak goreng pisang yang sedap dan ranggup. Beli goreng pisang mesti mintak serdak extra. Donut hasil tangan KakJah pun sedap. Pergi Kajang sure dpt makan donut nyer. Anak2 suka sebab buat ramai2 sesama kazen diorang, ada bermacam saiz, kecik besar. Tapi tak kisah sebab yg nak makan pun diaorang gak kan.

Mama rasa semua ibu-ibu pandai buat donut kan. Mama just nak share resepi yg mama selalu buat utk bekal anak2 ke sekolah. Kat sini sekolah Adik+Nina takde canteen. Sek Kakak pulak ada cafe tapi jual non-halal food. So kesimpulannya memang mama kena bangun awal everyday masak untk 2 kali waktu rehat. First rehat, kuih muih dan Lunch-heavy food mcm nasi goreng or mee goreng. Tapi mama pun kena gi kelas gak so every weekend mama akan buat donut frozen.

Bahan-Bahan

2 cups tepung gandum*
2 tbs tepung jagung*
1/2 tsp garam*
3/4 cups air suam
1 tsp yis
1 tsp gula
1 biji telur
2 tbs butter
2 tbs susu pekat

Cara-cara
a.  Masukkan yis dan gula ke dalam bekas air. Biarkan selama 5 minit sehingga timbul buih di atas permukaan air
b.Tapis (sift) tepung gandum ke dalam mangkuk yg bersesuaian. Masukkan butter ke dalam mangkuk gandum. gaul butter dan gandum sehinggan sebati. gosok-gosok tepung gandum yg bercampur butter supaya terhasil tekstur halus (tidak berketul/lump)
c. Jika guna bread maker-masukkan semua bahan yang berbentuk cecair dahulu ke dalam bekas diikuti dgn tepung gandum, tepung jagung dan garam. Pilih dough. Biarkan sehingga habis di uli
c. Sekiranya menguli menggunakan tangan. Buat satu lubang ditengah tepung gandum. Masukkan air, telur, garam, tepung jagung dan susu kedalam lubang tersebut dan timbus dgn tepung. Kacau guna spatula/senduk kayu sehingga sebati. Sekiranya adunan lembik dan melekit. Tak perlu tambah tepung (no matter how tempted rasa nak tambah tepung!)
d. Tutup mangkuk yg mengandungi doh menggunakan kain lembap atau cling film/plastic wrap utk mengelakkan permukaan doh menjadi kering.Biarkan doh rehat selama 1 jam.
e. Selepas 1 jam. doh akan menjadi sekali ganda dari saiz asal. Tumbuk doh untuk membuang angin.
f. Oleh kerana doh sedikit lembik. Tabur tepung diatas permukaan papan pencanai. Gelek dgn rolling pin sehingga nipis ( 5mm). Terap guna acuan donut. Mama guna cookie cutter je.
g. Sediakan minyak utk menggoreng. Masukkan donut apabila minyak betul2 panas. Donut akan membesar 1 saiz. Goreng sehingga keperangan.
h. Angkat, tos dan taburkan gula halus. boleh juga if nak celup coklat cair dan tabur sprinkle.
h. Untuk frozen goreng donut 30 saat each side, angkat, tos dan biarkan sejuk dulu sebelum dipek untuk dibekukan.


No comments:

Post a Comment