Pagi tadi mama tanya Nina nak bawak apa bekal ke sekolah. Nina ni cerewet pasal makan. 1st sebab gigi dia kurang. 5 batang je. 2nd, memang dia ni memilih makan dan ikut mood. Bak kata mek, "buat la gajah rimau pun, kalu dio toksir makae, dio takkan makae'. Semalam mama beli loyang bear dan love, so mama tanya Nina nak makan bahulu macam yg kita selalu beli kat depan Giant tu ke? Nasib baik dia jawab nak. If not poning kepalo mama nak pikir apo nak masak.
As usual resepi mama ni versi simple dan senang. Ibu-ibu berkarier yg superbusy sure boleh buat nyer. Resepi ni tak perlu nak genjok telor macam zaman kecik dulu. Ingat lagi masa tolong Mek buat bahulu kat rumah Padang Lati. Berlumba genjok telor ngan Mail. Sampai lengguh tangan baru telur naik dan full of air bubble.
Kat Kingston ni, Mama kena masak within 30-45 minit, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah. So, resepi mama biasanya jenis yg cepat siap, jimat masa dan tenaga. hehehe. dan one more, kat rumah ni kuih yg dah overnite, memang tak laku. Anak2 taknak mkn. terlebih kena manja budak2 ni =='. so yg kena perabih kalu tak mama, mesti papa.

Bahan:
3 biji telur (telur suhu bilik, tapi if nak guna telur direct dari peti ais pun boleh, cuma kena beat lama sikit la)
1/2 cup gula putih/gula perang/nisae (gula melaka)
1/2 cup tepung gandum
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
1 tbs air berkarbonat (tak kisah perisa apa, mama guna ice cream soda) #Optional.
Butter (utk gris loyang)
Cara
1. Goreng tepung gandum diatas api kecil selama 5 minit. Tepung kena sentiasa di kacau takut hangus.Lepas tu, Ayak tepung yg dah digoreng tu ke atas kertas yg bersaiz bersesuaian. ini utk senang nak angkat dan masukkan tepung dlm bekas telur nanti. Masukkan garam ke dalam tepung dan gaul.
2. Beat telur dan gula selama 15 minit. Kalau guna telur direct dari peti ais kena lama sikit beat tu, say 30 minit. Guna kelajuan no 1 dulu 5 minit, lepas tu no 2 for 5 minit, then kelajuan tahap maksima, no 3 selama 5 minit.
3. Masukkan air bercarbonat dan esen vanila, beat sekejap, bagi bercampur. Masa ni dah boleh preheat oven 350F atau 180C. Sapu butter ke seluruh loyang dan masukkan loyang ke dalam oven tu utk bagi loyang tu panas (*ni tips utk kuih tak melekat kat loyang bila masak)
4. Masukkan tepung, putar sekadar tepung tu sebati dgn campuran telur. 15 saat sahaja. (*Kira dlm hati 1-15 then Stop, jangan overbeat ye)
5. Keluarkan loyang yg dah panas tu, Masukkan 1 tsp batter ke dalam setiap mangkuk loyang. Mama guna loyang Bear dan Heart. 1 tsp dah cukup sebab kuih bahulu akan naik sedikit.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 8-10 minit. Oven mama, 8 minit dah masak cantik. Kalu 10 minit tu sedikit garing. Biasanya, Mama akan garingkan 1 loyang, sebab mama memang suka kuih bahulu yg sedikit hangus, ada rasa pahit-pahit skit.
7. Ulang langkah dari no. 5.
NOTA: Batter Kuih Bahulu ni cukup utk 2 batch masak je, sekali masak, guna 2 loyang. Hasilnya pun cukup2 utk bekal ke anak2 sekolah dan brekfas kat rumah. Kalau nak buat banyak, boleh double kan je respi tu TETAPI, jgn campur semua tepung sekali gus. Bahagi 2 atau 3 adunan telur dan tepung secara even. agak2 je. Pastu setiap kali nak masak baru campur 1 part adunan telur dan 1 part tepung. Kacau sekadar tepung bercampur dgn telur sahaja. Jangan kacau lama. Nanti kuih tak naik dan padat. Bila dah habis batter 1st, baru campur batter 2nd. Ini kerana apabila tepung dah dimasukkan dlm adunan telur, ia akan start deflated, nanti hasil kuih seterusnya tak secomel kuih yg 1st bakar. (I learned the hard way)

ps: Mak Zleq Kha kata Yaya mcm pegang nugget je, bukan nugget la Mak, ni kuih bahulu version Kingston.
No comments:
Post a Comment