Thursday, February 20, 2014

Fluffy Cream Puffs

The earliest memori mama dgn cream puff ni adalah makan cream puff MokSu di Pasir Putih. Masa kecik-kecik dulu, mama selalu ikut MokAji gi rumah PokSu Halim. Naik bus dari Peringat. Dan disitula mama blh merasa mkn cream puff yg sangat sedap. Sampai sekarang still ada memori tu.

Resepi cream puff mama simple dimple je. Super easy utk di buat. Cream puff mama ni lembut dan sangat sesuai utk dimakan oleh si Nina yg takde gigi tu :P

A: Cream Puff Shell (the kuih)

Bahan-bahan
1/2 cup tepung gandum (di ayak terlebih dahulu)
1/4 cup butter
1/2 cup air
2 biji telur

Cara-cara
1. Masukkan air dan butter di dalam periuk. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam periuk tersebut sambil mengacau campuran tepung dan larutan butter sehingga semua tepung bercampur dgn sebati. Teruskan mengacau sehingga campuran berbentuk doh dan tertanggal dari dinding periuk.
3. Angkat dari dapur dan biarkan doh sejuk. Selepas 5 minit, masukkan telur kedalam periuk yg berisi doh dan kacau sehingga terbentuk campuran doh dan telur yg lembut.
4. Pre heat oven 350F atau 180C
5. Masukkan doh kedalam piping bag atau plastik zip lock (potong sedikit hujung). Pipe kan doh ke atas loyang yg telah dilapik kertas.
6. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah di panaskan, Bakar selama 20 minit sehingga keperangan.
7. Keluarkan dari oven dan biarkan cream puff shell sejuk ke suhu bilik

B. Custard Cream Filling

Bahan-bahan
1/4 cup gula
1/4 cup tepung custard/gandum
1/4 tsp garam
1 cup susu
2 kuning telur (yolk)
1 tsp esen vanila

Cara-cara

1. Bahagi susu kepada 2 bahagian. Separuh susu campurkan dengan tepung sehingga semua tepung larut sepenuhnya. Separuh lagi susu tu dicampurkan dgn kuning telur, kacau sehingga sebati.
3. Masukkan larutan tepung+susu dan larutan telur+telur bersama gula, garam dan esen vanila ke dalam periuk. Masak diatas api sederhana selama 30 minit sehingga campuran menjadi kastard yg pekat. Campuran perlu sentiasa dikacau untk mengelakkan tepung berkumpul di bahagian bawah periuk dan campuran berketul. Kacau sehingga tekstur kastard hampir menyamai tekstur kaya.
4. Alihkan dari dapur dan biarkan sejuk ke suhu bilik.

C. Whip Cream (optional)
Mama guna 1 paket instant dream whip cream. Sediakan mengikut arahan dipaket.

Cara hidang
boleh pipekan terus custard ke dalam cream puff shell atau belah secara horizontal di tengah shell (jgn sampai putus dua pulak) dan isikan filling.



No comments:

Post a Comment