Saturday, September 20, 2014

Princess Street Promenade

Ini kali pertama kami pergi event ni, kalau tengok dalam website City of Kingston, event ni dah buat last ogos tapi mama tak tau pun. Kebetulan mama baca paper ada iklan pasal Princess Street Promonade ni so mama ajak la papa bawak anak-anak jalan-jalan downtown jap.

Hari sabtu anak-anak ada kelas Bahasa Arab sampai pukul 1pm. So after pick up diaorang kami terus menghala ke downtown. Dekat je, 10 minit dah sampai. Papa parking at depan metro, then terus kami ke Princess St depan metro tu, dari jauh dah dengar bunyi live band.


Lepas cross jalan je, Nina dan Yaya ternampak bouncing castle. Berlari teus ke castle tu, masuk dan melompat-lompat. Depan castle tu ada booth kedai computer so papa tengok-tengok apa yang menarik. Adik dan Kakak dok makan sweets/lollipop free kat booth tu.



Penat melompat, kami jalan-jalan lagi. Singgah booth beli baju untuk Nina/Yaya. Budak kecik duaorng ni dah pakai baju sama saiz so kira beli selai boleh share hehehe. Bila sampai kat tempat petting zoo, kecoh tengok binatang. Ada kambing, lembu, Ilama, ayam...babe pun ada. Yaya terkejut bila ada sekor kambing nak cium tangan dia. Terus ajak balik.



Lepas dan bosan mewarna lukisan dan main lego, kami balik. Papa nak cepat sebab papa kerja hari ni.

No comments:

Post a Comment