Wednesday, September 3, 2014

1st time camping di Algonquin Park, Ontario

Camping! tak pernah mama pergi camping trip kat Canada ni. Excited pun ada. Takut pun ada. Anak-anak dan papa rilek je. So it took about 2 days papa mama prepare utk pergi camping. Takut ada yang tertinggal. So mlm sebelum bertolak dah siap2 susun barang dlm kereta. Sarat kereta dgn barang. 

Kami join camping trip kekawan dari Waterloo so kami sekeluarga je la yang datang dari east side of Ontarion dan 4 family datang dari west side,  jumpa kat destinasi terus. Kos sewa tapak untuk 4 hari 3malam adalah CAD160. 2 bulan sebelum nak pergi dah kena booking dah.

Pagi2 tu bwk makanan utk perjalanan and off we go. 4 jam juga nak sampai camp site ni, campur berhenti so 5 jam jugak lah. Perjalanan dari east agak dekat berbanding dari west kot sebab kami sampai awal hehehe...tapi tak leh gi mana-mana sebab kat Algonquin Park ni semua tempat kena ada park permit kecuali dok menunggu kat parking lot pejabat permit. Sampai2 nampak sign beware of bears. Haha.. kene hati2 lah.. suka pun ada.. hehe, so makanan kene simpan elok lepas ni supaya tak menjemput beruang (simpan dlm kereta). 

Masa menunggu tu, kami makan lunch dulu. Mama bawak bekal kari kambing dan roti je. Masa tengah makan tu ada sekor chipmunk datang nak join sekali so anak-anak takde la bosan sangat sebab sibuk dok mengejar chipmun yang sekor ni. Bila chipmunk tu lari, Yaya dan Nina round dalam bush kutip pines dan main pasir kat volleyball court.

 Petang baru kami boleh masuk ke tapak khemah tu. Daftar masuk.. cari tapak..pasang khemah.. pump air bed.. susun barang. Dekat 2 jam juga nak siap pasang 2 khemah, 1 net tent, 3 airbed.. fun.Tempat kami agak jauh gak ngan geng waterloo sebab kami booking 2 bulan lambat tapi its ok kira exercise lah berjalan ke sana. Aktiviti masak, bbq dan makan semua kat situ. Anak-anak seronok dapat kawan baru...ni kira perjumpaan kali kedua lepas kami beraya kat waterloo bulan lepas. Kakak dan Adik berkawan sesama sendiri hehehe sebab anak-anak yang lain lebih kurang umur Nina dan Yaya je. Camp site nie dekat dengan toilet and ada electric supply. Cuma kene ada cable wire panjang untuk tarik electric supply. Activity sepanjang  camping - memasak,  makan2, mandi manda, jalan2, memancing,  camp fire, relax, etc... 



Chipmunks banyak betul.. hari2 anak2 layan chipmunks yg comel siap bagi nama.. Chilly. Jinak2 pulak tu. So, sepanjang 4 hari 3 malam, sempatlah melawat Logging Museum, Algonquin Visitor Centre and recreational centre lain dlm area park. Banyak betul tasik dalam park nie. Ada yg kecik ade yang besar. Nak jelajah semua mmg tak sempatlah. Cuaca pulak kekadang hujan.. kekadang panas. Time hujan anak2 main hujan... suka lah.  Lepas tu kesejukkan. Tido malam memang sejuk.. maybe dlm 14° - 18° macam tu. Nasib baik papa mama dah standby air bed dgn sleeping bed cukup utk semua. Kalau tidak sure tido dalam kerete sambil on heater jawabnya. Malam yang tak hujan lebih sejuk dari malam yang hujan. Bbq time.. masing2 keluar kan ayam, kambing, sotong perapan masing2.  Meriah meriah. Makanan sentiasa banyak dan berlebihan. Sambil bakar, sambil makan, sambil sembang. 

Mandi manda kat sand beach.. nak ke lokasi kene naik kereta.. sbb jauh2 jugak lokasinya. So ada banyak sandy beach kat sini so kene pilihlah yang mana nak dituju. Air nya jernih nampak dasar dan sejuk. Tapi anak2 macam tak rasa sejuk pun expecially Yaya. Paling awal masuk 'big swimming pool' (dia panggil tasik tu) dan paling last keluar. Yang bagus nya tempat mandi nie dia ada pasang float keliling so anak2 tak terlajak keluar ke tengah dan always dalam kawasan selamat.  Papa as usual.. meng-casting kat tepi tasik tu mencari sambaran sang ikan. Mama jadi paparazzi and camera women.. ambil gambar and video.




Semasa camping ni setiap family ada hari bertugas, family mama bertugas hari sabtu sekali ngan family Halim&Yani. Menu breakfast Nasi Lemak Ayang Goreng, Lunch Nasi putih lauk ikan goreng 3 rasa, Ikan rebus goreng, Kari daging pekasam, sayur dan sambal belacan.



No comments:

Post a Comment