Dah lama pulak papa tak gi mancing. Masa fishing kat camping trip hari tu takde rezeki, luas sangat tasik tu, ikan taknak makan umpan. So papa ajak mama dan anak-anak gi teman papa fishing kat Kingston Mill. Last papa fishing kat sini dengan kekawan papa from Ottawa tu dapat 3 ekor ikan besar. Mana tau kali ni ada rezeki lagi..Insya Allah.
Si yaya ni bila cakap nak pergi fishing dia sibuk tanya boleh mandi tak kat situ. Takut dia terjun, sampai je Kingston Mill tu mama terus pakaikan Yaya dan Nina life jacket. Life jacket ni mama bawak dari Malaysia sebab takut tak jumpa cari brand yang sama kat sini. Memang takde pun, life jacket yang biasa adalah bukan yang betul-butl snug fit kat body.
Yaya pun bila tengok kakak join papa fishing, dia pun nak fishing gak, so papa prepare rod superman yg papa beli special untuk nina dan yaya. Nak beli rod barbie mahal plak, rod superman ni preloved dapat CAD2 je hehehehe.
Yaya ni bila kakak dia tolong cast je terus dia reel...cast reel...cast reel...bila ikan nak makan umpan tu? Lastly dia bosan sebab tak dapat fish. Selepas sepetang...dapatlah 2 ekor ikan. Alhamdulillah. Balik goreng 3 rasa pun sodap.
No comments:
Post a Comment