Friday, February 28, 2014

Meggi Goreng

megi goreng ni all time fav anak-anak. masa kakak kecik dulu dia suka sgt request mama goreng megi. one day tu masa mkn kat kedai, dia order megi goreng, bila order tu sampai kakak punya first komen, kenapa rasa lain. blh tak mama order megi goreng mcm mama selalu masak tu. hehehe..

megi goreng version mama ni simple je sebab mama tk suka masak resepi yg request mcm2 bahan. basic resepi yg sedap di tekak papa dan anak-anak.

bahan
2 bungkus megi- direbus dulu dan tos selepas air mendidih.

1 biji telur- scramble dulu ye

1paket serbuk perasa ayam ( yg sekali dlm paket megi tu)
1 tbs sos cili
1/2 tbs kicap masin *
1/2 tbs gula*
2 tbs air
2 ulas garlic (ketuk je)
3 ulas onion (potong kecil)
1 tbs minyak utk menumis
1 mangkuk sayur campur ( selalu mama campur je apa green vege yg ada dlm fridge + carrot, asal nampak berwarna)

cara
1. panaskn minyak di atas api sederhana.tumis bwg putih+bwg merah sampai naik bau.
2. masukkan serbuk perisa,  soscili, kicap + gula bersam air. kacau sebati semua bahan tu.
3. bila mixture mendidih masukkan sayur campur dan kacau lagi sehingga sayur masak.
4. then, masukkan, megi dan scramble egg, kacau sehingga semua bercampur rata. siap dan hidangkan.

note: bahan* blh diganti dgn 1 tbs kicap manis.




Thursday, February 27, 2014

Car Hunt

Dari Kingston, Ontario sampai la Mirabel, Quebec mencari kereta idaman hati yg sesuai dgn ketebalan poket. Si Garmin ni bawak kitaorang round-round plak. Ada jln dekat ditunjuknyer jln jauh. Jln pergi sama tetapi jln balik lain. yg terkini dibawanya sampai ke Ottawa dulu baru balik ke Kinston. Elok dok atas autoroute di suruhnya keluar ikut jln kg. mama komen kat papa, apsal jauh sgt ni mcm sesat je, bila chek map, lol, dah nak masuk Gatineau. teruskn je la. Masuk je 401, salji turun dgn lebatnyer. Bila nampak lampu-lampu town Kingston from the highway tu rasa lega sesangat. Alhamdulillah.


Saturday, February 22, 2014

Taffy on Snow

Maple taffy or tire d'érable  is made by boiling maple syrup then poured in a molten state upon clean snow whereupon the cold causes it to rapidly thicken. 





Kami beli 1 je, nak cuba makan. share ramai-ramai. sedap gak cuma cepat cair dan manissss.

Friday, February 21, 2014

Rainbow Meringue Kissess

This morning mama buat Rainbow Meringue Kissess utk Nina. Nina suka meringue ni sebab ia akan melt in her mouth. No need for her to gigit and chew with her limited teeth tu. Kenapa mama suka buat meringue ni saiz kisses?? Sebab:- 1. saiz kecik 2. tak liat (chewwy) 3. cepat masak (jimat masa hehehe)

Bahan-bahan:

2 biji putih telur
1/4 cup gula icing
1/2 tsp cream of tartar
1/8 tsp salt
1/2 tsp vanilla essence
Food coloring

Cara:
1. Beat putih telur sampai berbuih. masukkan cream of tartar and salt. beat again until fluffy.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit diselangi esen vanilla sampai semua gula larut. keep on beating the mix sampai mixture menjadi berkilat dan terasa pekat utk di pukul/beat. the mixture is ready bila dah rasa pekat.
3. Asingkan mixture ke 4 mangkuk berasingan in even portion. agak-agak je. dropkan 2-3 titis food coloring. mama guna biru, hijau, merah dan putih (origina mixture color).
4. Jangan kacau, fold in je color tu sampai sebati. Jgn kacau ye nanti turun pulak mixture tu. tak jadi meringue tu nanti.
5. Preheat oven 200F atau 100C.
6. Masukkan selang seli each color dlm piping bag atau plastic zip lock (gunting sikit hujung). pipekan keatas loyang cookies yg dilapik kertas. buat kecik-kecik je.
7. Bakar selama 30 minit. kalau kisses tu saiz besar kena bakar selama 45 minit ke 1 jam baru outer layer akan garing.
8. bila dah masak, tutup api, jgn terus keluarkan. renggangkan sikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven. Mama biasanya biarkan sejuk dlm oven dlm 15 minit je. Then keluarkan terus ngapp. Yummy!

Nota: tips dari Mek: kalau nak masak apa2 yg manis kena letak sedikit garam, rasa manis tu akan lagi sedap, bukan manis lecah. ( mek bagi mama tips ni masa mama masak jjemput pisae, bukan masa mak meringue ni ;p)


Resepi mama ni inspired by Cherrylane's Cupcakes 





Poligami itu hanya Indah ketika ia belum Bermula.

Bila ada org raise up isu poligami di FB ke or dlm borak-borak kosong sambil minum teh tu. Mama teringat kata-kata Arwah Ayah semasa arwah dlm wad kat Hospital Kota Bahru. Arwah komen "sesiapa yg teringin nak berbini dua, mari jumppo ambo dulu. Ambo nok goyat toksoh la bbini lagi". Wahh...from the mouth of org yg live that life lah...and on another occassion in the same wad, arwah ada komen " Jizah lah bini yg paling baik!"..erkkkk..why all this komen masa both Bini s not around???!

On mama personal experience, the earliest and happiest memory mama ngan arwah is before he took a second wife. After that all bleak, sad and misery childhood until I escape to boarding school, then university then kahwin. Kesian adik-adik mama yg stay at home with Mek. They sufferred in silent indeed. In the nutshell, poligami is only benefitted the Man and the Favored Family. The other family will live the lives of the forgotten one, undernourished body and soul! Those comments in the wad is 2 decades too late....

The good part of this bad life experience is, ia mengajar mama tentang survival, independent, dan berusaha sendiri untuk mencapai apa jua cita-cita mama, like dtg ke Canada ni :). 

AlFatihah.

Note: Jizah is my beloved Mek.

Thursday, February 20, 2014

Fluffy Cream Puffs

The earliest memori mama dgn cream puff ni adalah makan cream puff MokSu di Pasir Putih. Masa kecik-kecik dulu, mama selalu ikut MokAji gi rumah PokSu Halim. Naik bus dari Peringat. Dan disitula mama blh merasa mkn cream puff yg sangat sedap. Sampai sekarang still ada memori tu.

Resepi cream puff mama simple dimple je. Super easy utk di buat. Cream puff mama ni lembut dan sangat sesuai utk dimakan oleh si Nina yg takde gigi tu :P

A: Cream Puff Shell (the kuih)

Bahan-bahan
1/2 cup tepung gandum (di ayak terlebih dahulu)
1/4 cup butter
1/2 cup air
2 biji telur

Cara-cara
1. Masukkan air dan butter di dalam periuk. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam periuk tersebut sambil mengacau campuran tepung dan larutan butter sehingga semua tepung bercampur dgn sebati. Teruskan mengacau sehingga campuran berbentuk doh dan tertanggal dari dinding periuk.
3. Angkat dari dapur dan biarkan doh sejuk. Selepas 5 minit, masukkan telur kedalam periuk yg berisi doh dan kacau sehingga terbentuk campuran doh dan telur yg lembut.
4. Pre heat oven 350F atau 180C
5. Masukkan doh kedalam piping bag atau plastik zip lock (potong sedikit hujung). Pipe kan doh ke atas loyang yg telah dilapik kertas.
6. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah di panaskan, Bakar selama 20 minit sehingga keperangan.
7. Keluarkan dari oven dan biarkan cream puff shell sejuk ke suhu bilik

B. Custard Cream Filling

Bahan-bahan
1/4 cup gula
1/4 cup tepung custard/gandum
1/4 tsp garam
1 cup susu
2 kuning telur (yolk)
1 tsp esen vanila

Cara-cara

1. Bahagi susu kepada 2 bahagian. Separuh susu campurkan dengan tepung sehingga semua tepung larut sepenuhnya. Separuh lagi susu tu dicampurkan dgn kuning telur, kacau sehingga sebati.
3. Masukkan larutan tepung+susu dan larutan telur+telur bersama gula, garam dan esen vanila ke dalam periuk. Masak diatas api sederhana selama 30 minit sehingga campuran menjadi kastard yg pekat. Campuran perlu sentiasa dikacau untk mengelakkan tepung berkumpul di bahagian bawah periuk dan campuran berketul. Kacau sehingga tekstur kastard hampir menyamai tekstur kaya.
4. Alihkan dari dapur dan biarkan sejuk ke suhu bilik.

C. Whip Cream (optional)
Mama guna 1 paket instant dream whip cream. Sediakan mengikut arahan dipaket.

Cara hidang
boleh pipekan terus custard ke dalam cream puff shell atau belah secara horizontal di tengah shell (jgn sampai putus dua pulak) dan isikan filling.



Family Day is a Holiday

Bila mama dtg Canada ni baru tau yg ada cuti umum utk Family Day rupanya kat negara ni. So mama papa pun ambil opportunity for the long weekend tu utk melawat  kawan mama ShimaSyakir di Gatineau, Quebec. Kami pergi 2 keluarga + 1. Family SabSal, Family RoyAyu and Hafiz. Terima kasih tuan rumah atas layanan 1st class. Tengs XOXO


ps: semoga tangan Melur cepat sembuh.

Wednesday, February 19, 2014

Ayam Goreng a la KFC

Masa kami berkunjung ke rumah kawan kat Gatineau hari tu, hidangan mkn tengahari ada lauk ayam ala ala KFC.Sedap plak tu. Sejak dok Canada ni, belum merasa lagi makan KFC ni. Kat Kingston tu ada KFC tapi tak halal.  Mama pun apa lagi terus la tanya tips nak masak ayam ni sambil 'tolong tengok' tuan rumah memasak kat dapur hehehe.

Balik je rumah sendiri terus cuba buat. Kali pertama kurang melekat tepungnya sebab mama main campur sekali tepung dgn ayam dlm mangkuk. Kali kedua, Alhamdulillah, ikut step by step baru jadi. Berselera anak-anak makan. Terima kasih Shima Syakir atas resepi yg marbeloss.

Bahan untuk perap ayam

1/2 ekor ayam (dipotong)
1/2 tbs lemon juice
1 tsp salt

Bahan untuk tepung a la KFC
1/2 cup tepung gandum
1/4 cup tepung jagung
2 tbs pepper
1 tbs baking powder
1/2 tbs serbuk halia (*optional)
1/2 tsp oregano (*optional)
1/2 tsp serbuk kayu manis (*optional)
1/2 tsp garlic salt (*optional)
1/2 tsp onion powder (*optional)
1/2 tsp sage powder (*optional)
1/4 tsp clove powder (*optional)
1 biji telur ayam
1/2 tsp salt utk campur dlm tepung
minyak utk mengoreng

Cara
1. Gaulkan potongan ayam dng 1 tsp garam + lemon juice. Ketepikan
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, pepper, baking powder, 1/2 tsp garam dan bahan bertanda * kedlm mangkuk. Gaul sebati.
3.  Masukkan 2 tbs campuran tepung ke dalam mangkuk berisi ayam. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana.
5. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
6. Celup ayam ke dlm telur dan golek kan ke dlm mangkuk tepung sehingga seluruh ayam bersalut tepung. Untuk salutan maksima, elakkan memegang ayam semasa ayam digolek di dalam tepung, nanti  tepung melekat kat jari.
7. Masukkan ayam yg bersalut tepung ke dlm minyak yg panas. Tutup kuali. Goreng ayam selama 20 minit sampai keperangan di atas api sederhana. Masa memasak mengikut saiz ayam. Lagi besar lagi lama.
8. Angkat, tos minyak dan hidangkan. Seeloknya tos selama 5 minit.



Nota: Menurut Shima, kalau ada Custard powder blh campur sekali. Mama takde tepung custard so mama gantikan dgn tepung jagung :) . Dan bahan Optional tu mama letak bila bahan tu ada kat rumah ni. kalau letak lagi sedap.

Tuesday, February 18, 2014

Nina and her Ottawa's BFF


ntah apa la yg dibualkan tu. Nina really excited nak jumpa wafa. seminggu sebelum bertolak ke Ottawa dah kemas baju dia n all sort of toys n books yg dia nak share ngan wafa.

Panjat slide sambil berpegangan tangan



Rideau Canal Skateway, the World's Largest Skating Rink!



Masa visit Ottawa tu, kami singgah jap kat Rideau Canal yg dah frozen solid tu. Rideau Canal ni adalah one of UNESCO World Heritage Site. The Skateway is 7.8 kilometres long, and begins just steps from Canada’s Parliament Buildings all the way to Kingston. Maknanya kami pun boleh naik boat dtg Ottawa dari Kingston tu. Read more about the Rideau Canal here 



Kalau tak ambik gambar kat starting point skateway ni kira tak sah dtg ni. Masa ni weekend. Ramainyer org dok berskating kat sini. Nak bergambar pun ada je yg lalu lalang kat depan. More on Rideau Canal Skateway click here

Monday, February 17, 2014

First Time Main Ski-Edelweiss, Wakefield, Quebec


Atas permintaan Kakak dan Adik dan persetujuan semua, papa booking a ski session di Edelweiss. Edelweiss Valley ni is a ski resort located in Wakefield, Quebec, 30 minutes north of Ottawa. Kami bertolak lepas solat zuhur dari Gatineu. 

Permandangan all the way sangat cantik, berbukit bukau yg dipenuhi salji. Ada rumah-rumah di celah-celah pokok yg dah tak berdaun. Bila lalu bukit yg penuh dgn pokok  pine terasa macam kat dm iklan high country plak. Mama sibuk snap gambar, tapi sebab guna camera handphone je, tak berapa cantik. Otw nak naik ke Edelweiss tu, ada satu pekan kecik yg breathtaking. If ada trip lagi next time, mama nak stop kat tempat-tempat yg cantik, nak bergambar dulu b4 sampai ke destinasi. 












More on Edelweiss click here


Winterlude in Ottawa


Winterlude ni adalah one of Canada winter celebration which is held in Ottawa-Gatineu. Di Ottawa is Crystal Garden at Confederation Park dan di Gatineu is Snowflake Kingdom at Jacques-Cartier Park.

Since kami sampai kat Gatineu ni dah petang so  malam tu kami ke Snowflake Kingdom at Jacques-Cartier Park. Kat sini ada banyak gelonsor yg dibuat dari snow and ice.


Masuk je terus anak masuk Giant Slide.Giant Slides ni ada untuk individu dan group. Anak2 main redah je, termasuk lorong individual.





Banyak kategori ice slides kat Jacques-Cartier Park, ikut kategori umur. Nina main yg kanak2 punya.



Antara ukiran ais di situ:












And colorful lights are everywhere.



( More on Snowflake Kingdom at Jacques-Cartier Park, click here )

On Monday, kami singgah di Confederation Park Ottawa nak tgk crystal garden plak. Kat sini kami parking kat National Art Museum Public Parking, just beside the park.






Papa tambah sikit lah story nih. Dekat Confederation Park tu banyak ice sculpture. Ada big train, Trojan man, abstract figure, and macam - macam lagi. Paling excited untuk anak - anak is the candy look ice sculpture. Sebenarnye benda tu is colored ice yang di sediakan untuk pengujung datang and tampal ikut suka kat sculpture yang dah disediakan, biasa nya anak - anak lah yang berkerumun kat situ. Khayraa pulak pantang lepa ja lari ke candy look sculpture and nak makan ice tu. Memandangkan hari tu last day untuk celebration so ramai orang turn up. 

More on Crystal Garden at Confederation Park click here 

Thursday, February 13, 2014

Murtabak Mini Simple, Senang dan Sedap

Murtabak. Bila sebut murtabak je terus teringat Murtabak Raja Kota Bharu yg pastinya marbelosss tu. Dicicah ngan kuah jeruk bawang merah. Ohh..sungguh sedap. Tapi di bumi Kingston ni, mana nak cari murtabak yg sedap? So, this is resepi yg mama dah try, dan hasilnya masak satu habis satu, laju je anak2 mama makan. Berebut lagi.hehehe..

Resepi ni simple dan senang sebab mama guna kulit popiah segera as penganti kulit murtabak. Hero mama tak abis lagi belajar tebar menebar ni.  Jeruk bwg pulak Adik buat one day earlier. Memang cukup masam manis.


Bahan
Kulit popia segera
2 biji telur

Inti:
1 cup daging kisar
2 garlic (mayam halus)
3 onion (mayam halus)
1 tbs serbuk kari (cairkan guna 1 tsp water)
1 yellow onion ( potong dadu)
1/2 cup sayur campur
1-2 potato (potong dadu)
1 tbs Minyak utk menumis ( mama guna minyak sapi)
Salt & sugar secukup rasa
1/2 cup air

Cara:
1. Panaskn minyak dan tumis garlic+onion. Masukkan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air,  daging kisar dan potato.
3. Apabila air mendidih dan kentang empok, masukkan yellow onion, sayur campur, garam dan gula.
4. Masak sehingga inti hampir kering.
5. Angkat dan biarkan sejuk

6. Apabila inti dah sejuk, pecah telur ke dalam bekas inti. Kacau rata. ( pastikan inti sejuk, kalau tak telur akan half cook by the heat)
7.Panaskan kuali leper (flat). Griskan kuali dgn sedikit minyak. Mama guna minyak sapi. Letak kulit popiah di atas kuali dan letak 1 tbs inti di tengah kulit popiah tu. Lipat dan bungkus inti tu.
8. Masak sehingga kedua belah murtabak garing.
9. Angkat dan hidang

Kuah Jeruk Bawang
Bahan
3 biji bawang merah ( mayam)
15 ml cuka mkn
15 ml air*
1 tbs gula*
Food coloring -red*
(* blh ganti dgn 15ml sirap ros)

Cara
Campur semua bahan, gaul sebati, biarkan semalaman di suhu bilik.

Tuesday, February 11, 2014

Kingston Feb Fest





Adik dan Nina ice sliding

Ice Skating Performance

Nina & her friend with the Beenie Boos

Anak-anak ice skating sambil dengar live band

To know more about Kingston Feb Fest, click here