Monday, February 22, 2016

Chocolate chip muffin mudah, ringkas dan pastinya sedap ...yummy

Pagi ni tetiba jer nina request nak bawak choc chip muffin untuk lunch...aiyya pre mix cake tinggal carrot cake jer so kena la mama mix sendiri...senang jer cuma sebab untuk choc chip muffin ni guna bahan yang memang dah ada kat dapur..

Bahan-bahan:

1 cup tepung gandum*
1 dan 1/2 sudu teh baking powder*
1/4 cup gula putih*
1/4 sudu teh garam*
1/4 cup choc chip*
1 sudu besar serbuk koko* (optional)

1/4 cup minyak sayuran#
1/2 cup susu#
1 telur#
1/2 sudu teh esen vanila#

1 loyang muffin dan muffin liner cup

Cara-cara:
1. preheat oven 350F
2. Campurkan semua bahan * ke dalam mangkuk dan kacau sehingga semua bercampur.
3. Campurkan semua bahan # ke dalam mangkuk lain dan kacau sebati.
4. Masukkan bahan kering ke dalam mangkuk yang berisi bahan cecair dan kacau sekadar bercampur sahaja. jangan kacau lama lebih kurang 10 kali kacau jer. Kenapa? sebab nak elakkan muffin tak naik cantik.
5. Scopkan batter/adunan muffin ke dalam loyang yang telah di letakkan cup muffin. Adunan ni cukup untuk 6 biji muffin saiz sederhana
6. Bakar muffin di dalam oven yang telah dipanaskan selma 20 minit.
7. Apabila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum makan.

Senangkan.

Jimat duit dari beli muffin kat bakery tu dan sure takde bahan pengawet :)

Nota:
If nak guna butter pun boleh tapi boleh guna butter yang telah dicairkan. If guna butter biasa adunan akan jadi sedikit pekat. Dont worry rasa still sama jer.


No comments:

Post a Comment