Every year dok kat sini setiap kali ada Feb Fest kami sekeluarga akan beramai-ramai ke market square. Tahun ni salji takde semasa weekend Feb Fest ni so aktiviti di Cenfederation Park takde. Last year ada ice slide, snow fort, snow maze tapi tahun ni snow turun hari sabtu jer.
So pepagi lagi lepas anak-anak dah makan breakfast kami pun bersiap keluar. Salji turun pagi tu so everywhere putih melepak. Tapi bila sampai ke MArket Square, salji semua dah cair sebab suhu dah above 0C. Snow masih turun lagi sampai la tengah hari.
First Yaya nak naik kereta kuda, kakak-kakak dia nak tengok game ice hockey so sebab kereta kuda tu every 30 minits mama beratur dulu anak-anak gi tengok game ice hockey tu. Bila diaorang nampaak kereta kuda tu dah parking beramai-ramai datang serbu nak naik.
Lepas naik kereta kuda anak-anak jalan-jalan tengok ice scupture. Mama dok usha barang-barang kat booth jualan. Banyak gak la ada yang jual maple syrap, apple cyder dan lain-lain homemade products. Ingat nak beli apple cider sebelum balik terlupa pulak.
Then anak-anak gi beratur untuk free maple candy. Ada orang panggil maple taffy. Maple dandy ni adalah maple syrup yang di curahkan atas snow then digulung dengan ice cream stick. Sedap! tapi kena makan cepat sebab mample candy tu cepat cair.
After that Nina nampak booth Beavertails. So papa bagi duit gi beli. Anak-anak suka makan yang perasa cinnamon sugar jer..elok la tu sebab tak kotorkan baju nanti kalu letak nutella ke or coklat ke...sebenarnya beaver tails ni ada macam-macam perisa. Beaver tails ni rasamacam roti goreng yang leper dan diletak/sapu perisa kat atasnya. Makan panas-panas memang sedap.
Lepas dah kenyang makan tu anak-anak singgah booth tim hortons ambik hot chocolate free. Bagi donations sikit jer kat tabung depan booth tu. Yaya dan Nina berebut nak donate. Bagi coins sorang satu masing-masing gi masukkan dalam tabung. Then ramai-ramai sedut hot chocolate guna straw kecik.
Lepas semua dah penat makan-minum, bergambar then balik rumah ... papa mama dah penat huhuhu.
No comments:
Post a Comment