Tuesday, April 12, 2016

30 jam Kingston-Kuala Lumpur

Perjalanan balik ke tanah air yang pengalamannya tak dapat dilupakan. Bermula dengan isu transit 1 jam yang amat tidak masuk akal sampai la isu flight delay dua kali di Hong Kong. Orang yang beli tiket dan pilih transit 1 jam je di hongkong guna third party ni memang agaknya tak pernah travel oversea kot, takpun dia travel solo. Dah la MAS tak boleh direct check in from Kingston lepas tu  online check in pun tak boleh. Tempoh masa dari landing-imegresen-pick up bag-custom untuk satu keluarga start dari 1.20-3.30pm baru siap keluar kat departure. Orang yang choose transit 1 jam untuk tiket kami sekeluarga in the first place memang niat nak kami terlepas flight agaknya. Nasib baik la selepas buat rayuan baru di tukar transit 8 jam.

Masa kat Hong Kong tu lepak je la kat departure hall tu tunggu MAS kaunter buka. Makan pun tak sebab halal restaurant yang tahu  kena masuk with boarding pass. Sedih jer anak-anak kelaparan makan coklat bekal dari Kingston. Sedih sesangat.



Akhirnya selamat juga tiba di bumi tercinta ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment