Friday, August 22, 2014

Museum of History, Ottawa


Kami singgah museum history ni lepas keluar dari children's museum. Children museum dan museum of history dalam bangunan yang sama. So alang-alang dah sampai sini continue je la melawat museum, sambil menambah ilmu pengetahuan.



Museum of history atau civilization museum ni ada 4 part. First kami melawat exhibition berkenaan Kapal Empress of Ireland yang karam otw nak masuk ke Quebec City.



Lepas tu kami tengok berkenaan Canada and winter. Cakap pasal winter di Kanada ni memang takleh lupa winter tahun 2013 tu, sejuk sampai sakit kepala.



 Then kami ke First People Hall, tengok cara hidup dan budaya orang-orang pertama di Canada. Bahagian pameran kat sini creepy sikit, mama dan kakak lalu dengan laju sebab seram la tengok topeng/masks yang rupa semacam je tu.


Lastly, kami naik ke top floor masuk Canada Hall. Kat sini anak-anak dapat tengok history Canada dari mula sampai la maju macam la ni. Very impressive.




more about this museum, click history museum

Canadian's Children Museum


Dah lama mama nak bawak anak-anak gi children museum ni. Everytime ke rumah Shima mesti akan lalu tepi museum ni. Sampai la kawan mama dah balik ke Malaysia baru berjaya. Memang anak-anak suka sesangat lah bila masuk dalam musee ni, sebab sini ala-ala kidzania hehehe. Kat depan entrance tu anak-anak dapat passport museum. Bila sampai ke setiap negara atau tempat dalam museum tu, anak-anak akan stamp dalam pasport tu. Mula-mula tu biasalah diaorang dok sibuk nak stamp je...after awhile baru la diaorang enjoy. 

Sebab kami pergi waktu free hour hari khamis, ramai betul orang dalam museum ni. Penat dok mengejar Nina dan Yaya yang asyik nak ke sana-sini. 

more on this museum, click childrens museum

Bunga Matahari di Ottawa's Experimental Farm


Mama suka makan kuaci. Seingat mama lah dari kecik sampai la ni, kalu mama jumpa kuaci mesti beli punya. So, bila mama tengok kawan mama bergambar dengan bunga matahari, mama pun dapat idea nak gi situ gak. Nak tunjukkan anak-anak pokok bunga 'kuaci' yang mama suka makan tu.

Kami sampai kat Ottawa's Experimental Farm tu agak lewat jugak la sebab bertolak dari Kingston pun lepas mama meeting ngan supervisor mama. Hari pun dah petang masa tu ditambah pulak dengan langit Ottawa yang jo'on semacam je, bunga-bunga matahari pun takde la tegak mengadap sun, bunga dah lentok tunggu masa nak tidur je tu.

Tanpa membuang masa, kami pun memulakan sesi fortografi dengan bunga matahari ni. Nina ngan Yaya tak pernah tengok nunga ni, suka betul masuk celah-celah pokok bunga.

more about this farm, click Experimental Farm

Thursday, August 14, 2014

Victoria Park, Kitchener, Ontario

On the way nak balik ke Kingston dari rumah Halim dan Yani di Waterloo, kami lalu kat sebelah park. Cantik pulak park ni, ada statue Queen Victoria dan ada banyak bridge. So apalagi, sesi bergambar la hehhee



Wednesday, August 13, 2014

Kek Coklat Moist Sedap yg amat senang nak buat

Mama suka makan kek coklat! Kalau mama nampak orang jual kek coklat tu mesti mama akan beli sebab nak try rasa sedap ke tak. Kalau sedap mama akan repeat beli. Masa mama dok kat Kuantan dulu, mama ni tak pernah terfikir nak beli oven apatah lagi nak bakar membakar cake ni. tapi bila dok jauh diperantauan dan harga kek di bakery kat sini masyaAllah ...mahal nyer...so mama terpaksa la jadi pastry chef kat dapur kecik mama tu... jimat kos hehehehe

Resepi ni kawan mama share kat FB...mama dah masak berkali-kali dah guna resepi ni...buat cupcake pun boleh.





Bahan-bahan kek
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan butter atau minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
3 biji telur


Cara-cara
Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. 
Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut. 
Tutup api dan biarkan larutan tadi suam sebelum mencampurkan ke dalam telur dan tepung.
Ayak tepung gandum, garam, soda bikarbonat dan baking powder. ketepikan.
Dalam bekas berasingan, pukul telur sampai kembang, dan campurkan dengan adunan koko. 
Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. 
Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.

nota: 
1. kalau taknak kukus. bakar guna kaedah bain marie iaitu letak cake tin dalam loyang berisi air dan bakar pada suhu 150C selama 30 minit. 
2. Cara untuk memastikan kek telah masak, cucuk lidi sate kedalam cake, kalau lidi tu keluar bersih maknanya kek dah masak.

Bahan-bahan topping (coklat ganache)
150 g thickened/whipping cream
150 g coklat masakan1
5 g butter

Cara-cara
Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. 
Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.
Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.

Friday, August 8, 2014

Shakespearean Garden di Stranford, Ontario

Masa gi beraya kat rumah Halim dan Yani kat Waterloo tu, Yani  bagitau kat stratford ada Shakespearean Garden yg cantik. So alang-alang kami dah sampai ke Waterloo, mama pun ajak papa gi berjalan ke sana jap. 

Waterloo ke Stratford lebih kurang 30 minit. Sepanjang jalan tu pemandangan ladang gandum, jagung dan sayur yang mama pun tak pasti apa namanya. Comel-comel sungguh rumah kampung kat sini. Sambil papa drive tu mama dok berangan bila la nak ada duit banyak, boleh mama menyewa rumah comel ni. Ada yard depan dan belakang, mesti mama boleh buat makan-makan dengan senang hati sebab space luaskan.

Ok, Stratford Shakespearan Gardens ni one of the award winning garden. Memang cantik sesangat. Mama ambik gambar guna handphone je ni. Kalu mama ada camera power, sure gambar lagi meyerlah kecantikan taman ni. Macam biasala, heroins mama akan jadi model hehehe.



more on Shakespearean Garden click here

Jalan-jalan beraya di Waterloo

Minggu ke dua Syawal, kita raya berapa hari mama? Kita raya sebulan lah sebab puasa sebulan kan. Kita tak gi berya lagi ke ? Alamak...sedih  la pula bila ada pertanyaan macamni. Biasaya minggu kedua ni kami beraya kat dengan TokWan diaorang di Tualang Salak, Kelantan.

So papa pun decide kita gi berjalan ke rumah kawan papa di Waterloo, papa pun ada something nak bagi kat kawan papa tu untukk camping trip hujung bulan ogos ni. Bila bagitau anak kena packing nak gi beraya, excited sungguh diaorang, sekejap je dah siap packing. Bagitau je berapa hari nak pergi, siap la semua keperluan dlm beg. Dari kecik lagi mama dah latih diaorang mengemas beg dengan cepat sebab mama dulu kan kena selalu outstation, sampai kakak pun pernah tanya kita ni nomad ke?

Perjalanan ke Waterloo dari Kingston mengambil masa 4 jam. Lengguh badan duduk je kat dalam kereta tu. lebih kurang jauh balik ke Tualang Salak dari Kuantan ni (naik kereta papa mail hehehe). Sesat sekali sebab si Garmin yg pening ni suruh keluar dari 401, ape la sepatutnya dari Kingston ke Waterloo tu dok atas 401 je dari East ke West.

Kat Waterloo kami beraya di Rumah Halim&Yani, Salihin & Yasmin dan bermalam di banglo Afyzim. Alhamdulillah dapat jumpa ramai saudara-mara Malaysian di Waterloo ni. Dapat makan makanan yg sedap-sedap :). Adik suka betul dapat makan keropok lekor.



Terima kasih ye kawan-kawan. Nanti jangan lupa datang beraya di Kingston pulak.


Tuesday, August 5, 2014

Anak-anak beraya di Cornwall

Hari ketiga raya, papa bawak anak-anak beraya didalam suasana kampung di Avonmore. Cantik betul rumah-rumah dan ladang di sini. Kebanyakkan crops kat sini adalah jagung. bila lalu tepi ladang yang ada jerami bulat tu teringin nak berenti bergambar tapi tak kenal tuan punya ladang.

Rumah yang kami pergi beraya tu kepunyaan Abg Hisham dan Kak Nor, yang memang dah lama menetap kat Canada ni. Kat area rumah ni ada reban ayam dan sekandang kambing. Anak-anak ni orang nak beraya pun tak senang asyik nak ajak gi tengok kambing. So lepas makan-makan nasi tomato dan pelbagai juadah raya yang lain, kami semua ramai-ramai pergi melawat haiwan ternakan kat ladang ni.




Terima kasih tuan rumah, raya tahun depan kami datang lagi :)



Rumah Terbuka Aidilfitri di Ottawa

Hari kedua raya, kami sekeluarga termasuk Rizal ke Ottawa. Nak beraya ngan orang-orang Malaysia di Ottawa plak. Rumah terbuka ni di Alta Vista di rumah Rusfan dan Dayang.

Bila berada di rumah ni baru la terasa rindu sesangat suasana beraya kat Malaysia. Rindu kat Mek, Mak dan Abah. Rindu kemeriahan bersama adik beradik tersayang. Papa pun sedih gak tu tapi control hehehe. Dan yang penting, anak-anak happy!