Friday, January 31, 2014

Kingston Multicultural Arts Festival


Kingston Multicultural Arts Festival ni masa fall hari tu. Masa ni baru mula nak familiarize dgn town Kingston, so bila ada event macam ni rasa excited nak bawak anak2 gi check out apa yg best. Kami naik bus dari rumah ke downtown. Pastu tanya driver bus kat mana Confederation Part tempat event tu. Rupanya dekat je park tu dari downtown tranfer point. Ramai org menghala ke situ so kami just follow the crowd je.

Bila sampai, ada persembahan gendang dari Japanese community. So tengok jap. Anak2 dah bergerak ke depan duduk betul2 depan stage. Banyak juga la persembahan as list out tu:


Lepas tgk show, kami picnic kat bawah pokok makan lunch. Mama bawak bekal nasi goreng udang dgn biskut je. Anak2 berlari-lari sana sini. They really enjoy themselves. Pastu adik dtg bagitau, dia nampak ada org buat face painting. So, ok la, semua ke khemah face painting tu. Ramai yg tengah beratur. CAD5 donation per person. lepas tu kami go around the park tgk khemah dari pelbagai community mcm Chinese, Japanese, Egypt, Africa ect. Anak2 cuba buat origami kat khemah Japanese Community. 

Lepas tu berjalan keliling downtown dgn muka berface painting tu. Makan ice cream kat McDonald. Singgah Metro jap, window shopping je. Bila nak balik tak tau nak tunggu bus kat mana dah, 1st time gi towndown hehehe. Tanya org baru tau, rupanya kat tranfer point, lokasi bus ke rumah different dgn lokasi bus dari rumah. Otw balik Adik, Nina + Yaya dah tertido kepenatan. macam balik naik kereta sendiri je diaorg ni. Tak sabar nak tunggu Papa dpt lesen, so that blh beli kereta.




Thursday, January 30, 2014

Ayam Percik Putih ( Kelantan Style)


Hari ni mama cuba buat ayam percik macam mek selalu buat. Pertama kali buat tanpa mek. rasanya masih tidak mencapai rasa air tangan mek. Mek punya percik memang dah terkenal di kalangan sanak saudara. mek tak pernah mengkomersialkan ayam percik dia. Mek masak utk menjamu anak2 dan kekawan anak2 mek je. Cuma sekali je masa dok ngan arwah Aziz di Kertih dulu, mek pernah buka gerai jual nasi kerabu ayam percik masa bulan puasa. ini resepi yg mama copy paste dari note FB Kak Zleq Kha



Bahan utk Ayam Bakar:
seekor ayam saiz sederhana
2 sudu kecil garam
4 ulas bawang putih*
½ inci halia*
½ sudu kecil cuka putih
*tumbuk/blender

Cara
Perapkan ayam dengan bawang putih, halia,cuka dan garam. biar seketika. Bakar dlm oven 150C sehingga separuh masak. Percik kuah ke atas ayam dan sambung bakar sehingga ayam masak.

Bahan Kuah percik
3 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah - mayang
2 batang serai - ketuk
1 sudu besartepung gandum
I inci halia (diketuk/ tindik)
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
½ keping asam keping @ 2 sudu jus kecil limau nipis

kalau nak pedas, boleh letak cili kisar secukup rasa, tapi nanti color kuah percik tak putih lah.

Cara
Blender bawang dan tepung gandum bersama secawan santan pekat, hingga hancur. Masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk, masukkan baki 2 cawan santan, halia, serai, garam, gula dan asam.kacau sehingga mendidih dan pekat.kuah percik mesti dimasak sampai pecah minyak

Open Study Permit for accompanied children / minor from outside Canada

Masa mama tgh sibuk nak apply Study Permit ke Canada, baru mama found out yg anak2 mama as accompanied children / minor kena apply Open Study Permit (guna borang Study Permit) kalau nak sekolah kat Canada ni, dan Papa boleh apply Open Work Permit sebab status papa as accompanied spouse. Anak yg tak sekolah macam Yaya kena apply Multiple Entry Visa. Kena ingat tau, not the one time entry visa, mana tau adik-adik nak balik Malaysia during summer time ke, or parents dtg melawat tetiba terasa nak pergi US ke. Nanti takleh nak masuk balik ke Canada.

So, cara nak isi Open Study permit ni, senanng je just jawab apa yg di minta, cuma pada part Detailed of Intended Study in Canada tu, boleh follow contoh yg mama buat ni. Poskod blh ikut poskod University je. Mama guna poskod Queens in every part of the form. Bagi yg dah tau alamat rumah boleh terus guna address rumah.


Bila dah dapat Open Study Permit ni, anak2 dah blh belajar dan tinggal di Canada ikut tempoh Study Permit Mama. Sekolah kat sini ada public dan private. Mama enrolled anak2 kat sek public je. Free. School bus pun free kat sini. Cuma kena rajin masak bekal utk anak2 la sebab sekolah takde canteen, dan yg ada canteen pun jual makanan non halal.

Dan untuk accompanied spouse, suami atau isteri better terus apply Open Work Permit walaupun takde rasa keperluan masa dok kat Malaysia. Kat sini rate tinggi, CAD 1 = RM3. Everytime beli groceries mesti minimum kena belanja CAD150-CAD200. Tu beli keperluan asas je. Belum nak beli baju anak2 or kena bayar school trip ke. Mana tau kan, sebab bila dah dok sini baru nak apply work permit, kena ada employer dulu. And, bukan apply hari ni terus lulus esok. Mama dulu kena tunggu sebulan (30days) baru lulus Visa/Permits tu. Kena ulang alik gi Singapura lagi sebab buat sendiri tak melalui agen. Pos application form je guna DHL. Yg lain macam hantar pasport dan pick up visa semua sendiri. Canada High Comm kat KL tu takde section untuk process visa. Tapi now dah ada VAC kat KL so senang sikit la compared masa mama apply dulu VAC tu belum buka.

Matahari Pagi dan Bayang-bayangnya

Rumah yg kami dok di Kingston ni, tingkap kat hall mengadap matahari terbit. So cahaya matahari masuk menyinari seluruh hall setiap pagi. Anak2 mesti komplain silau la mama. Mama jawab itu cahaya pembawa rezeki tau sebab mama teringat rumah lama kat Padang Lati tu pun arwah TokAyah bina pintu utama mengadap matahari naik. Ore Kelate panggil arah matahari naik as 'Lik Nnaik' dan arah matahari jatuh as "Lik Jjatuh'. So kami bertuah setiap pagi rezeki masuk ke dalam rumah :).

Kakak ada different view. Matahari pagi is the time for her to play shadow b4 pergi sekolah. macam-macam dia cuba. this one is rabbit.


10 Things Kids Want from Parents

Wednesday, January 29, 2014

Today's Quotes


Donut

Masa kecik dulu mek selalu gak la buat donut. Masih teringat gi hantar donut kat gerai goreng pisang, lalu ikut celah pokok getah. Tapi mama tak kisah pun sebab lepas htr donut blh makan serdak goreng pisang yang sedap dan ranggup. Beli goreng pisang mesti mintak serdak extra. Donut hasil tangan KakJah pun sedap. Pergi Kajang sure dpt makan donut nyer. Anak2 suka sebab buat ramai2 sesama kazen diorang, ada bermacam saiz, kecik besar. Tapi tak kisah sebab yg nak makan pun diaorang gak kan.

Mama rasa semua ibu-ibu pandai buat donut kan. Mama just nak share resepi yg mama selalu buat utk bekal anak2 ke sekolah. Kat sini sekolah Adik+Nina takde canteen. Sek Kakak pulak ada cafe tapi jual non-halal food. So kesimpulannya memang mama kena bangun awal everyday masak untk 2 kali waktu rehat. First rehat, kuih muih dan Lunch-heavy food mcm nasi goreng or mee goreng. Tapi mama pun kena gi kelas gak so every weekend mama akan buat donut frozen.

Bahan-Bahan

2 cups tepung gandum*
2 tbs tepung jagung*
1/2 tsp garam*
3/4 cups air suam
1 tsp yis
1 tsp gula
1 biji telur
2 tbs butter
2 tbs susu pekat

Cara-cara
a.  Masukkan yis dan gula ke dalam bekas air. Biarkan selama 5 minit sehingga timbul buih di atas permukaan air
b.Tapis (sift) tepung gandum ke dalam mangkuk yg bersesuaian. Masukkan butter ke dalam mangkuk gandum. gaul butter dan gandum sehinggan sebati. gosok-gosok tepung gandum yg bercampur butter supaya terhasil tekstur halus (tidak berketul/lump)
c. Jika guna bread maker-masukkan semua bahan yang berbentuk cecair dahulu ke dalam bekas diikuti dgn tepung gandum, tepung jagung dan garam. Pilih dough. Biarkan sehingga habis di uli
c. Sekiranya menguli menggunakan tangan. Buat satu lubang ditengah tepung gandum. Masukkan air, telur, garam, tepung jagung dan susu kedalam lubang tersebut dan timbus dgn tepung. Kacau guna spatula/senduk kayu sehingga sebati. Sekiranya adunan lembik dan melekit. Tak perlu tambah tepung (no matter how tempted rasa nak tambah tepung!)
d. Tutup mangkuk yg mengandungi doh menggunakan kain lembap atau cling film/plastic wrap utk mengelakkan permukaan doh menjadi kering.Biarkan doh rehat selama 1 jam.
e. Selepas 1 jam. doh akan menjadi sekali ganda dari saiz asal. Tumbuk doh untuk membuang angin.
f. Oleh kerana doh sedikit lembik. Tabur tepung diatas permukaan papan pencanai. Gelek dgn rolling pin sehingga nipis ( 5mm). Terap guna acuan donut. Mama guna cookie cutter je.
g. Sediakan minyak utk menggoreng. Masukkan donut apabila minyak betul2 panas. Donut akan membesar 1 saiz. Goreng sehingga keperangan.
h. Angkat, tos dan taburkan gula halus. boleh juga if nak celup coklat cair dan tabur sprinkle.
h. Untuk frozen goreng donut 30 saat each side, angkat, tos dan biarkan sejuk dulu sebelum dipek untuk dibekukan.


Akok Kedut ( Akok Kelantan )

Akok memang all time favorite food mama. Sweet dan berlemak. Pantang tgk ada org jual akok mesti berenti beli. Bulan puasa lagi la, everyday nak makan akok je takpun jala mas ke, buah tanjong ke, or nekbak. Meleleh air liur dah ni teringat kuih muih Negeri Cik Siti Wan Kembang ni.

Bila dok jauh dari mek ni mula la nak makan macam-macam kuih Kelate. Masa ada ngan mek, tak pernah nak berguru. Tetapi bila Nina start mintak nak mkn Akok TokWan, mama kena la cari resepi yg senang, simple dan sedap. Senang maknanya blh buat dlm tempoh 30 minit max. Dari pecah telur sampai keluar oven. Mama guna loyang muffin je. Untuk resepi penuh Akok TokWan. Boleh tgk di FB Kak Zleq Kha

Bahan:
1/2 cup santan
1/2 cup air
1/2 cup gula perang/gula melaka (org kelate panggil nissae kerek)
1/4 cup tepung gandum
3 biji telur
1tsp butter
secubit garam
2-3 drop vanilla esen


Cara-cara
1. Pecahkan telur di dlm blender. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend sampai sebati. 2-3 pulse dah ok.
2. Preheat oven 300F atau 150C
3. Sapu butter atau spray veg oil di loyang muffin
4. Masukkan batter akok separuh atau 3/4 muffin cup di loyang tu
5. Bakar sehingga 20-25 atau dah keluar bau. Bila harum semerbak tu maknanya masak la tu. Mama biasanya biar hingga 30 minit sebab mama suka makan akok garing.

Masa bakar akok akan naik tinggi. dont worry. Bila keluar dr oven, akok tu akan collapse kembali ke saiz asal dan berkedut.





Tuesday, January 28, 2014

Today's Quotes


Dedaun Berguguran di Musim Luruh


Musim luruh ni mengingatkan mama pada citer Autumn in My Heart. Cantik sungguh dedaun yg bermacam color. yg paling cantik pokok yg daun bertukar jadi merah. Fiery red. Mama masuk fall term kat Queens so masa sampai end of Ogos hari tu, daun masih hijau. Mid Sept daun dah mula bertukar color. Kat Kingston ni tak berapa ketara sgt sebab area town kurang pokok. Tetapi bila mama  ke lab blasting up north, Subhanallah, sgt cantik sepanjang jalan pelbagai warna pokok. Tak sempat nak snap gambar sebab tak bawak camera. Gambar sekitar Queens pun tak sempat nak ambik. Mama teramat busy last term, mama ambik subject yg semua kena mengira. Otak mama ni dah berkarat so tak sempat nak menikmati suasana musim luruh. Insya Allah, kalau diizinkan, next fall mama akan berfotografi byk2 :)

Nasib baik ada satu park kecik kat depan rumah ni ha. Roden Park. So, petang weekend sempatla bawak anak2 ke park ni. Anak2 suka la dpt main lompat2 atas timbunan daun. Tapi mama personally biasa je, sebab musim daun luruh ni macam daun getah luruh je. Mama kan org kg. Rumah pun dlm kebun getah. Musim luruh ni every year blh tgk, lagi tak suka ada la sebab kena menyapu halaman (bila rajin la hehehe). Huhuhu...rindu pulak kat rumah kat Padang Lati tu.

Monday, January 27, 2014

Today's Quotes


Sinaran Mentari Sejuk


Masa winter ni, bila nak keluar rumah tu, jangan terpedaya dengan sinaran matahari terik cam tu. Cahaya menyilau mata sampai terkenyit-kenyit. Bak kata ore kelate, bechar weh! 

Kena check weather forecast b4 keluar sebab suhu memang sejuk. Snow pun relak je tak cair pun eventhough kena direct sunlight dari pagi sampai ke petang. Today, suhu -12C. Hari ni mama kena pakai 3 lapis dan kena tukar baju lagi sebab baju 1st adik tegur mama pakai baju mengandung ke? aiseh..sensitif betul dgn komen mcm ni...hehehe..tukar baju lain lah bagi nampak ilusi optik kurus skit.

Ok. Back to kenapa matahari terik tetapi suhu -ve, sebabnya masa winter, daylight sekejap je, angle matahari pun low. Itula sebabnya sinaran matahari tak sempat nak modify suhu sekeliling tu. Pernah berborak ngan auntie kedai Asian Food kat Downtown, dia citer masa mula-mula berhijrah ke Canada ni, dia+suami pun tertipu ngan cahaya matahari winter ni. Auntie ni dari Vietnam, pernah tinggal di one of island in Terengganu before menetap di Kingston ni. Diorang keluar tanpa berbaju sejuk sebab ingat panas terik ni mcm kat Malaysia la kan, panasss. Berlari-lari balik ambik baju sebab tak tahan sejuk.

Sejak winter ni, kalau mamapapa nak keluar, kami suka hari yg turun snow sebab suhu maybe dlm range -4C ke -10C je. Tapi kalau sky clear or sunny skit, siap la berlapis baju kena pakai sebab suhu boleh turun sampai -15C hingga -20C. Kalau ada wind lagi la, sesekali kena hembus boleh kena cold shock. Macam iklan ubat gigi kat tv tu, makan ice cream terus ada electrik shock ke otak :P

Sunday, January 26, 2014

Today's Quotes


Ice Storm di Kingston

Pertama kali tengok snow original disini..maklumla lepas SPM dulu-dulu tak dpt restu nak belajar kat U obersea. Dan disini gak pertama kali dpt merasa ice storm. Fulamak. Gini rupanya ice storm yer. Semua frozen. kaku. Pokok diliputi ice crystal. Sangat cantik. Bukan pokok je, cabel letrik put samer kena iced. Blackout beberapa kali.



Kena kejutan cuaca semua kat rumah ni. Demam selsema dan sakit kepala lagi. Blh migrain sesekali dihembus bayu sejuk -40C. Semua berkurung kat rumah. Nasib baik masa tu cuti sekolah. So dok dlm rumah heater on 24hour. Dok Kuaters U ni ada kebaikan gak masa winter ni. Utilities dah included dlm rent. Nak guna letrik +air byk mana pun suka ati la. Takde la double cam dok rumah biasa.

Bila mama komplain manja (hehehe). Papa reply siapa suruh pilih utk dtg Canada. Emmm..kenapa ek mama pilih nak dtg sini??? Jawapan nyer tungguuuuu....

Saturday, January 25, 2014

Toboggan Day


Hari ni sekolah anak2 anjurkan toboggan day kat bukit depan sekolah. Kebetulan snow turun dgn lebatnya sejak dari pagi lagi. Adik excited nak pergi sebab dah janji dgn bff dia nak main sled sesamer. So semua kena la meredah salji yg tebal ala-ala snowstorm tu. Angin punya la kuat sampai tak leh nak buka mata. Salji melekat kat spek. Bila buka spek masuk mata plak. Papa kena tarik Nina+Yaya atas sled sebab kalau suruh jalan maknya berjam baru 100m kot. Snow tebal tenggelam kasut setiap langkah, pakcik shovel offday agaknya, tak dtg tolak salji or dia tunggu ribut ni reda baru nak dtg kot. 



Anyway, sampai je kat bukit kecik tu dah ramai anak2 + parents dok main sled dgn riang rianyer..kakak+adik pun dah join samer..meriah betul kat sini. Cuma kena hati-hati takut terlanggar sesama sendiri. Parents semua sporting dan mesra. Nasib baik suhu tak sejuk sgt dlm -4C je, tapi angin kuat. Kena berdiri opposite arh angin baru blh buka mata tanpa ada snow bertempek kat muka.



Lepas naik sled beberapa kali Yaya dah start boring. Nak buat snowman pulak. So layan dia main snow. Tapi snow kali ni takleh nak buat snowball, so kureng menjadi skit snowman yaya tu. Kakak join sekaki nak buat fort. Lepas dah penat dan kesejukkan singgah sekolah jap pekena hot choc uncle timmy..sedap betul. 

toboggan is a simple sled which is a traditional form of transport used by the Innu and Cree of northern Canada (more on tobonggan click here )

Monday, January 6, 2014

Roti ala Gardenia ( gebu dan lembut)

Apabila jauh di negara asing, tercari-cari roti yg sesuai dgn selera anak-anak. Anak-anak memang suka makan roti gardenia. Memang ada jual roti readymade yg lebih kurang sama tekstur dan taste tetapi harganya agak mahal. Lebih kurang CAD3.50 perpack. Satu hari boleh habis 1 pack makan pagi petang malam. So, untuk memjimatkan ongkos terpaksala mama mencari resepi utk buat sendiri. Seteleah mencuba beberapa resepi, mama telah adaptasi mengikut kesesuaian. Ini la resepi yg telah menghasilkan roti yg hampir menyamai roti kegemaran anak2. Mama guna bread maker so jimat time. Tapi mama bakar guna oven sebab bila bakar guna breadmaker roti ni jadi sink ke tengah sebab doh lembik. Tapi bila bakar guna oven., hasilnya roti yg lembut  dan memang gebu. Yummy!


Bahan-Bahan

2 cups tepung gandum*
2 tbs tepung jagung*
1/2 tsp garam*
1/2 cups air suam
1 tsp yis
1 tsp gula
1 biji telur
3 tbs butter
2 tbs susu pekat/honey
water roux ( 1 tbs tepung gandum+5 tbs air)
1 tsp minyak sayuran (diguna semasa proses rehatkan doh)



Cara-cara
a. Sukat bahan bertanda* dan tapis (sift) ke dalam bekas yg bersesuaian
b. Masukkan yis dan gula ke dalam bekas air. Biarkan selama 5 minit sehingga timbul buih di atas permukaan air
c. Jika guna bread maker-masukkan semua bahan yang berbentuk cecair dahulu ke dalam bekas diikuti dgn tepung. Pilih dough dan tekan start. Biarkan sehingga habis di uli
c. Sekiranya menguli menggunakan tangan. Buat satu lubang ditengah tepung. Masukkan air, telur, water roux, butter dan susu kedalam lubang tersebut dan timbus dgn tepung. Kacau guna spatula/senduk kayu sehingga sebati. Apabila sebati boleh uli menggunakan tangan. Adunan mungkin sedikit lembik dan melekit. Jangan tambah tepung kerana ini akan meyebabkan roti menjadi dense dan tidak gebu. Boleh guna kaedah slap and fold. Uli selama 10 minit
d. Selepas siap di uli, masukkan doh kedalam bekas/mangkuk yg disapu minyak sayur. Biarkan doh rehat selama 1 jam. Tutup bekas yg mengandungi doh menggunakan kain lembap atau cling film/plastic wrap utk mengelakkan permukaan doh menjadi kering.
e. Selepas 1 jam. doh akan menjadi sekali ganda dari saiz asal. Tumbuk doh untuk membuang angin.
f. Bentukkan doh mengikut saiz loyang. Masukkan doh kedalam bekas membakar/loyang yg telah disapu butter/gris atau dilapik kertas. Tutup bekas loyang yg mengandungi doh menggunakan kain lembap atau cling film/plastic wrap
g. Biarkan doh rehat selama 1 jam.
h. Apabila doh telah naik sekali ganda dari saiz asal. Pre heat oven 300F atau 150C.
i. Bakar selama 30 minit sehingga permukaan roti keperangan
j. Apabila siap, keluarkan roti dari oven dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari bekas.

Cara membuat water roux
Satukan 1 tbs tepung gandum+5 tbs air ke dalam periuk kecil dan masak diatas api sederhana. Kacau adunan sehingga menjadi likat. Apabila likat, tutup api dan biarkan sejuk seketika sebelum dicampur ke dalam adunan roti.



Mama suka betul bau roti baru masak. harum yg menyelerakan. everytime mama masak roti mesti tak sabar nak potong nak makan panas-panas letak butter je. 

Nota:
a. Kalau taknak guna water roux, sukatan air suam kena guna 3/4 cup.

b. Kalau tak nak guna telur dan water roux, sukatan air suam kena guna 1 cup

b. Tak tahu macamana nak guna slap and fold teknik. Boleh tgk kat sini

c. masa preheat ni boleh panaskan sekali apa-apa loyang berisi sedikit air (mama guna loyang muffin) di lower rack oven utk dptkan wap air bagi mengelakkan crust cepat berlaku dan membolehkan doh mengembang lagi semasa dimasak. Kalau oven kecil, boleh spray/sapu lembut menggunakan tangan sedikit air di atas permukaan doh sebelum dimasukkan di dalam preheated oven. Tips ni mama dpt dari Mamak Haji