Hari raya aidilfitri pertama di Malaysia selepas balik dari Canada. Hari raya pertama dan kedua kami sambut dengan family di Klang, Selangor dan Hari raya ketiga-kelima sambut di Tualang Salak, Kelantan.
Pagi raya pertama tu mama masak nasi kerabu siap dengan aksesori nasi kerabu termasuk lah solok lada, daging bakar dan telur masin. Mama ingat nak beli bawang putih jeruk tapi papa kata mana lah orang klang pandai makan bawang jeruk ni, nasi kerabu pun ntah ada yang tak pandai makan. Anyway sebab mama tak beraya di Kelantan so I bring the Kelantan to Klang in term of foods. Mek hantar ketupat palas with serunding dan tapai signature mek yang manis bersari tu. Lengkap hidangan Kelantan hehehe
Tema raya tahun ni ingatkan nak pakai hitam songket ...dah siap beli baju anak-anak sedondon mama papa semua lah then dekat nak raya papa dapat hadiah baju melayu coklat. So immediately tema di tukar kepada coklat. Kelam kabut mama papa gi cari baju raya untuk anak-anak lagi seminggu nak raya. Mula-mula gi Jakel , mak oi punya la ramai orang ramai kat jakel ni nak jalan pun tak boleh penuh sesak. So mama ajak papa gi Gulatis jer. Dapat la baju kat Gulatis tu tapi sebab dah last minutes kan so tak dapat la nak sedondong ala-ala kain sekayu...beli je apa-apa baju yang berkenan di hati asalkan colornya coklat!
Sehari sebelum raya mama gi kedai barangan kek beli cupcake mix dan segala keperluan kek. Malam raya tu semua anak-anak termasuk aunty eya join sekali buat cupcake. Baru rasa meriah suasana menjelang raya dengan bau haru semerbak kek baru masak then anak-anak sibuk nak frost cupcake tu. Macam-macam pattern dilukis atas cupcake tu. Atuk Roslie pun join sama :)
Lepas siap buat cupcake, papa ajak anak-anak dan cousins keluar main bunga api. Mula-mula semua macam berani jer then bila papa bakar bunga api yang besar tu semua menjerit-jeri takut. Yaya lepas dah habis semua mercun tu sibuk "i wan more...i want more" dah habis la yaya ...main bunga api kucing tu dah ...
Pagi raya semua kelam kabut sebab malam tu balik lambat so semua tak bangun bila alarm bunyi. Nasib baik mama dah siap iron semua baju dan siap semua barang yang nak bawak ke klang. Dalam nak cepat tu tak sempat gak nak solat raya. So Adilfitri tahun ni termiss solat sunat hari raya kat Masjid Andalas tu sebab bila sampai imam dah baca khutbah.
Hari raya pertama anak-anak spend kat rumah atuk nenek diaorang kat klang je. Sambil tu bergambar la raya sesama. Zada first time dapat duit raya tahun ni, dia macam heran jer bila dapat sampul raya. di gigit-gigit nya sampul tu. Ingat ada gula-gula ke dalam sampul raya tu Dada?
Ramai sedara mara datang beraya, mama doa jer cukup nasi dan spagetti. alhamdulillah magrib semua licin sampai ke helaian spagetti yang terakhir. Alhamdulillah
Malam tu kami beramai-ramai pergi beraya ke rumah Pak Long dan Mak Long. Nina pulak menangis nak balik maybe sebab dah ngantuk kot so spend masa sekejap jer then terus balik rumah.