Hari Raya ke tiga baru sampai ke rumah Mek di Kg Tualang Salak. Sampai pun dah hampir pukul 11am. Dalam ngantuk tu mek kerah semua anak cucu dia gi makan gulai kat Rumak Mok Na yang kahwinkan anak pompuan sorang dia. So semua pergi makan tengahari kat situ la merasa gak la nasi bekwah selepas dua tahun merantau jauh dari tanah air.
Hari raya ke empat ngah buat solat hajat sempena Hadi akan bertugai ke Hanoi. Solat hajat ni di hadiri oleh wanita sahaja sebab orang tua dalam rumah ni tinggal yang wanita jer. Lepas solat ada jamuan makan nasi dagang dan spaghetti ...sedapnya dapat makan nasi dagang original Kelate nyer. Doorgift mek bagi maple syrup ...kelass gitu...mek special request nak bagi maple syrup tu so mama kena minta adik-adik Queensu yang nak balik beraya bawak balik dari Canada special for Mek... (apa saja yang mek nak akan cuba ku tunaikan)
Then malam tu sebab anak-anak terperuk jer kat rumah tok wan dia, mama papa bawak diaorang gi beraya kat rumah Uncle Alim dan Uncle Emy. Lepas beraya tu ingat nak ronda-ronda KB tapi bila tengok kereta berderet-deret atas jalan, terus kansel balik rumah terus.
Hari raya ke lima tu ingatkan nak gi beraya rumah Pok Su tapi sebab papa takut jalan jam and the next day pun anak-anak dah start sekolah so kami direct bertolak balik ke KL.
No comments:
Post a Comment