So, juadah berbuka hari pertama ramadhan adalah nasi butter, udang goreng kacang buncis, daging masak hitam berhalia, air termbikai dan sira pisang. Masa masak sira pasang ni teringat masa dok asrama sek naim dulu. Mek hantar 1 bekas tahan seminggu.
Judah berbuka untuk hari kedua ialah nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca kambing, acar timun dan carrot, air mango dan kuih tepung pelita. Ini kali pertama mama masak tepung pelita ni....rupanya senang je. ..selalu mama beli je kat pasar malam tu rm 2 dapat 5 biji.
Hari ke enam, tengah mama dok borak ngan papa. papa komen lama tak makan roti jala kan. so mama pun faham la hint tu...mama tak pernah buat sendiri roti jala..tolong orng gulung roti jala pernah la...so after mengoogle resepi yang simple..akhirnya berjaya la sebekas roti jala. rupa-rupanya senang je nak buat. Tapi dok kat Malaysia tu, tak pernah terfikir pun nak buat sendiri sebab bila-bila masa nak makan roti jala boleh cari kat kedai tak pun hello je kat supplier. So menu berbuka hari ke enam adalah- Roti Jala di cicah dengan Kari Ayam dan Cottage Pie by Auntie Ayu (Merci!)
Judah berbuka untuk hari kedua ialah nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca kambing, acar timun dan carrot, air mango dan kuih tepung pelita. Ini kali pertama mama masak tepung pelita ni....rupanya senang je. ..selalu mama beli je kat pasar malam tu rm 2 dapat 5 biji.
Hari ke tiga puasa, mama masak nasi lemak sambal tumis bilis dan ayam goreng. Untuk pemanis mulut mama buat trifle strawberries. Trifle ni alang alang buat Mama buat extra untuk kekawan kakak. Suka betul member kakak tu dapat iftar makan trifle.
Hari ke empat, mama seharian baca dan menulis literature review so tak sempat lah nak masak special, mama tanya papa...bubur nasi makan dengan serunding dan ikan bilis ok tak. Papa ok sesangat la...teringat beratur ambil bubur lambuk kat masjid Kampung Baru masa papa kerja kat Gombak dulu-dulu. Bila berbuka tu seperiuk bubur habis hehehe. Kuih mama sempat bancuh Kuih Sekaya simple...tahun lepas mama balik Jelawat je mesti gi Pasar Jelawat cari kuih ni buat berbuka.
Hari ke lima puasa, anak-anak request spagetti meatball...alamak tak sempatlah mama nak buat meat ball, jadi mama potong je sausages dan minta anak-anak cucuk spagetti ke dalam sosej tu. Sos as usuall la...sos bolognese resepi a la mama sal hehee...amat mudah dan tak payah rasa sure boleh makan nyer. Dah dekat nak berbuka tu, mee rebus Auntie Ayu sampai...sedapnyer. for dessert tu mama masak jala mas..hehehe...fisrt time buat tak macam jala mas yang biasa beli tu..ini macam juraian telur yg direndam dalam air gula je..next time buat sure menjadi nyer...
Hari ke tujuh- menu favorite mama hehehe iaitu Nasi Ayam, karipap dan bubur jagung. Actually mama masak bubur jagung untuk nina. Nina ni asyik nak makan bubur jagung macam tokwan masak je...lepas tu papa komen...papa tak minat bubur jagung...habis tu papa minat nak makan apa? papa nak makan karipap. Masa tu dah pukul 6.30pm dah...mama pun buat la doh kulit karipap...papa tolong potong kentang...alhamdulillah sempat la siap karipap tu untuk papa berbuka. Dan rezeki datang lagi, Uncle Roy hantar Kuih Kemboja yang Melur masak. Terima kasih ^.^. Sedap!
Hari ke lapan- Hari ni mama masak kuih je sebab adik pagi-pagi lagi request nak makan pizza tortilla...alahai dik oi..daripada makan pizza tortilla tu baik mama order piza dari pizza pizza..sedap dan senang hehehe. Kuih yang mama masak today is Popiah Basah. Punyala mencabar nak buat kulit popia basah kalu ikut resepi sebenar...mama ni malas lah nak menyusahkan dan membakar tangan mama...sehingga jumpa kedai yang jual kulit popia basah segera atau mama dapat idea macamana nak buat kulit popiah tu dengan tools...kita makan popiah basah guna crepe gandum as kulit hehhehe...So menu berbuka hari ni adalah Pizza Cheese and pepperoni, popiah basah a la mama sal, serta bubur nasi dan kuih cara berlauk dari Auntie Ayu. Air minum adik nak minum root beer ais...Alhamdulillah...sedap.
Hari ke sembilan, hari ni tak sempat nak masak beriya sebab semua kepenatan gi Lavender Festival, sampai rumah pun dah pukul 6pm. Mama masuk dapur masak kari kambing je (atas permintaan papa) dan goreng telur dadar. So menu untuk hari ke sembilan ni adalah nasi putih, kari kambing dengan kentang dan bendi, telur dadar dan bubur kacang by Auntie Ayu :)
Hari ke sepuluh, menu berbuka adalah nasi putih, kuzi kambing, potato salad dan bihun goreng by Auntie Ayu. Hari ni anak-anak pergi Loblaws pastu balik citer kat mama ...terliur tengok cream caramel...mama pun masak la ikut resepi member kat FB...buat dua bekas...sebekas potong empat bagi kat kekawan kakak. Sebekas lagi untuk anak-anak makan...yummy!
Hari ke sebelas, mama masak ayam percik putih...lama dah teringin nak makan percik ayam tapi tak berkesempatan nak buat.. pastu mama masak gulai lemak cili api telur...guna telur ayam je...mana nak cari telur itik kat sini..dekat nak berbuka Chicken Pot Pie by Auntie Ayu sampai...best nyer...so menu berbuka hari ke sebelas adalah nasi minyak, ayam percik putih, gulai lemak cili api telur ayam, terung goreng sambal, chicken pot pie, timun cina, potato salad dan air rutbir ais.
Hari ke 12, mama dari pagi sampai ke petang di school...otw balik mama tanya papa nak makan apa untuk berbuka. Papa cakap makan spagetti sedap gak. Balik rumah nina mengamuk lapar...mana tak lapar nyer..lunch box tak berusik...main je nina ni...nina nak makan whipped cream...bila yaya tengok nina beat cream dia pun nak buat jugak...so yaya punya turn mama bagi dia beat batter untuk chocolate brownie...fulamak harum semerbak bau dapur mama dengan keharuman brownie tengah masak dalam oven. Bila dah siap, mama bagi je Yaya dan Nina frosting brownies tu dengan chocolate ganache...tabur sprinkle chocholate lagi...Rizal datang tengok bola bawak setin rambutan so kita berbuka minum air rambutan la hari ni...rezeki datang lagi bila uncle Roy hantar quinche ...so menu berbuka hari ni adalah spagetti sosej dengan sos bolognaise, quinche, brownies, potato salad dan air rambutan...Alhamdulillah
Hari ke 13, apa nak masak ek?? Buka freezer nampak daging steak yg papa hari tu...masak kicap sedap ni...so buka puasa hari ke 13 adalah nasi putih, daging kicap, salad, sambal cili, macaroni cheese (buat sepinggan je untuk kakak-masak macaroni dalam susu dan bila dah masak tu masukkan cheddar cheese ...yummy!), akok kedut, garlic bread dan ais lemon tea
Hari ke 14, penyakit tak tau nak masak apa melanda lagi, so mama tanya la adik nak makan apa ek hari ni...mama masak megi goreng ok tak? pastu mama bake portugis egg tart...lamanyer tak makan egg tart ni...dulu every jumaat kalu mama gi east cost mall mesti mama akan singgah beli sebiji seorg...sedapnyer...ada pastri lebih 4 biji so papa pun buat meat pie...pandai gak papa buat pie ni hehehe...so menu berbuka hari ke 14 ialah meggi goreng udang (udang besar!), telur mata sunny side up ^.^, portugis egg tart, meat pie dan jus apple ais...yummy!
Hari ke 15, mama masak rendang ayam hari ni...1st time mama masak rendang start from scratch...selalunya mama guna pes rendang segera yg mama beli kat Klang tu...dok kat sini mana nak cari pes rendang tu so kena la buat semua tu sendiri...anak2 mama macam biasa la bab memotong bawang diaornag yg siapkan...dari kecik kena train..nanti dah kawin kena sindir ngan mak mertua tak pandai menolong kat dapur hehehehe... hari ni masak extra sikit sebab papa jemput kawan dia datang berbuka sesama...so menu berbuka hari ni adalah Nasi lemak, sambal bilis, ayam goreng, telur rebus, brownies, sushi, cupcakes (by Melur ), tembikai dan iar rutbir ais.
Buka puasa hari ke 16, hari ni masak simple je. Menu berbuka adalah nasi putih dan daging masak merah. puding lapis oreo, chocholate cupcake, donut dan ais lemon tea. Kakak takde kat rumah hari ni , tu yg buat mama kureng mood nak masak beriya-iya.
Buka puasa hari ke 17, mama teringin nak makan ayam KFC, tapi kat Kingston ni KFC tak halal. So papa kata kita goreng ayam KFC sendiri la. So bab ayam goreng papa akan sediakan. Mama masak burger Malaysia, buat doh roti je, sambal bilis memang dah ada dalam peti ais. So menu berbuka hari ke 17 adalah, Ayam goreng a la KFC cicah sos dan burger Malaysia serta air mango.
Buka puasa hari ke 18, mama masak kari kepala ikan salmon letak bendi banyak-banyak...semakin lama semakin simple je lauk...pastu mama 'dera' papa buat puff pastry from scratch...sebab tangan mama tak kuat nak golek doh sejuk yg keras kejung tu...alhamdulillah...papa berjaya siapkan puff pastry tu so mama tumis sardin setin...mari kita bakar sardin puff...sedapnyer...lama tak makan sardin puff yg kulitnya memang crunchy dan gebu...kruk kruk kurk je bila gigit...so menu berbuka hari ke 18 adalah nasi putih, kari kepala ikan salmon campur bendi, sambal cili, salad, sardin puff, brownies (from Melur) dan air jus nenas.
Buka puasa hari ke 19, adik request nasi ayam, papa pulak nak makan karipap...so mama decided nak buat karipap pusing la hari ni...buat doh senang je...masuk dalam bread maker tu ...biarje mesin tu menguli...mama wish dapat beli food processor...mahal betul mama tengok kat Canadian Tire dan Walmart hari tu...bila la nak ada sales ni..bagi discount banyak sikit...kalu ada mesin ni..banyak lagi la yg mama boleh buat hehehe...so as usual nasi ayam senang je nak buat...Kakak dan Adik dah tahu apa nak buat...kakak masak nasi dan adik siapkan rencah untuk sup..papa potong ayam-perap-bakar. Mama jadi chief chef...tempat rujukan resepi...ala mama pun google jugak resepi tu hahahaha....so menu berbuka hari ni adalah nasi ayam, honey roasted chicken, sup ayam sampur brocoli dan cauliflower, karipap, sardin puff (ini buat second time guna kulit karipap pusing je...kurang fluffy tapi still crunchy...boleh la untuk makan sendiri), macaroni bakar (from Aunty Ayu-merci!) dan jus mango. Yummy!
Buka puasa hari ke 21, masak nasi goreng je sebab papa buka puasa kat luar hari ni...tinggal mama dan anak2 je kat rumah. Masak awal sebab nak siapkan bekal untuk papa. Pukul 6pm dah start kebosanan, mama, adik dan nina buat muffin cheese, first time buat...tak sangka sedap gak. Dekat nak berbuka, Melur datang hantar semangkuk kari ayam...Alhamdulillah...
Buka puasa hari ke 22, hari ni ada tetamu dari Ottawa nak datang...so mama masak lebih...alang-alang masak papa jemput kekawan kat Kingston sekali memeriahkan lagi rumah. Penuh sesak rumah kami yg kecik ni...menu berbuka hari ke 22 adalah Nasi Ayam, Ayam bakar madu, Sup brocoli dan mushroom, Sambal bilis tempe, Kari Kambing,Karipap pusing, Chocolate cupcake, donut tim hortons, kurma, buah anggur dan cherry, air mango
Hari ke 26, mama masak nasi kerabu hari ni sebab telur masin pun dah ready. Tak sangka mama bejaya buat telur masih sendiri sebab dok cari berbulan-bulan kat sini nak beli telur masin..tak jumpa..telur jeruk cuka ada la...
Hari ke 27, hari ni berbuka makan nasi lauk ayam masak merah dan sayur campur je...dah late ramadhan ni, kureng mood dah nak masak. lagipun papa pun dah jarang berbuka sekali kat rumah sejak papa dah mula kerja ni.