Tuesday, April 22, 2014

Menikmati panorama Montreal di Mont Royal




More on Mont Royal,click here

Bus Stop Swings- 21 Balancoires, Downtown Montreal


Best kan kalau dapat naik buaian ni....mama dah target nak gi montreal sebelum mama datang canada lagi bila mama tengok gambar bus stop swings ni circulated dalam FB. So bila start spring dan kereta pun dah ada, mama ajak papa gi jalan-jalan kat montreal ni.

Masa mama tanya kawan mama pasal buaian ni dia cakap tak pernah nampak pun kat montreal, so mama pun google and luckily kami ternampak masa nak ke McGill. Apa lagi papa cari parking dan anak-anak suka la dapat naik buaian yang ada music. Buaian ni kalau dapat synchronize ke empat-empat buaian akan menghasilkan satu lagu, tapi kalau masing-masing buai hanya akan hasilkan music biasa je.

Yang penting anak-anak mama enjoy!

More on 21 Balancoires click here

Menghargai alam sekitar di Biosphere, Montreal





More on Biosphere, click here

Monday, April 21, 2014

1st visit ke Montreal, Quebec

Last Friday cuti Good Friday so kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Montreal. Montreal ni lebih kurang 2 jam drive from Kingston, so papa decided utk bertolak lepas mama habis kelas kelas. Tetapi macam biasa la, bila anak2 dah ramai ni (baru 4 org hehehe), nak bersiap aje dah 2 jam. So papa kata lepas magrib la kita bertolak. Tak dapat jugak. Lastly pukul 9pm baru settle semua.

Otw tu jalan jam pulak kat Highway 401, ada trailer terbakar rasanya, so kena detour masuk Cornwall. Sepatutnya kena masuk ke kanan tetapi papa tgk jalan kekiri kosong je, jalan kekanan tu berderet lori beratur kat traffic light. Papa pun dgn confident je masuk kiri, nasib baik la ada si garmin tu, jumpa jugak la jalan keluar. Kalau tak dok pusing la kat Cornwall tu :)

Sampai ke Montreal kami tumpang tidur kat ruma Ellie dan Saidi. Terima kasih ye tuan rumah, best makan nasi beriani dan tiramisu. Nanti jangan lupa datang ke Kingston.


Thursday, April 17, 2014

Karipap Ranggup

Papa suka makan karipap. Everytime ada apa-apa event, bila mama minta pendapat papa apa nak bawak utk event tu mesti mama akan dpt jawapan yg sama. Karipap paling best! So jangan bosan bila buah tangan mama adalah karipap ek. Everytime buat karipap mesti teringat kenangan silam tolong mek buat karipap pusing inti ubi stelo (keledek). Upah tolong bukan dpt duit tapi mek akan belikan tudung baru :).
*Resepi ni utk Karipap Rangup bukan karipap pusing. Karipap pusing next time ye. Banyak resepi utk kulit karipap ni. Yg ini kalau goreng sampai ke petang kulit dia tetap tegang dan ranggup.



Bahan utk kulit karipap:

2 cups tepung gandum
1tbs tepung beras (optional)
1tbs tepung ubi kayu (optional)
1/4 cup minyak masak
1/2 cup air ais
2 tbs butter
1/2 tsp garam

Cara-cara:
1. Sukat gandum, tepung beras dan tepung ubi kayu dan ayak ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan butter ke dalam camuran tepung dan gaul/ramas butter bersama tepung sehingga sebati dan tekstur menjadi seperti serbuk roti yg halus.
2. Panaskan minyak di atas api sederhana (electric stove no 5) selama 5 minit. Apabila minyak telah panas, tuangkan minyak ke dalam bekas gandum dan kacau dgn spatula/senduk kayu sehingga sebati.
*Peringatan:
Sila berhati-hati semasa mengendali kuali berisi minyak panas ni. Sebaiknyer bekas gandum diletakkan bersebelahan dapur utk memudahkan penuangan dan mengelakkan kecederaan tanpa sengaja.
3. Masukkan air ais ke dalam bekas tepung dan uli sehingga menjadi doh. Uli selama 10 minit.
(Mama guna bread maker so mama just masukkan air ais diikuti tepung dan pilih Dough. Biarkan je mesin tu menguli sehingga siap)
4. Apabila doh telah siap di uli, masukkan ke dalam plastik. Tutup kemas dan masukkan ke dalam peti ais selama 30minit - 1 jam.
5. Apabila doh dah sejuk. Keluarkan dan bahagikan doh ke 5 atau 6 bahagian. Golehkan setiap bahagian doh tu menjadi panjang , seperti keropok lekor (diameter max 2 inci). Potong doh yg dah digolekkan tu 1/2 inci tebal dan start canai guna rolling pin. Doh yg dicanai tu jangan terlalu nipis dan seeloknya bulat cantik supaya senang nak letak inti dan kelim tepi.

Bahan utk inti

10 biji potatos (dipotong dadu)
2 tbs serbuk kari (dibancuh dgn 1tbs air dahulu)
1 tbs cili giling
1/4 cup daging/ayam cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji bawang putih (di dadu halus)
1/2 inci halia (di mayam halus)
2 tbs minyak utk menumis
1/2 cawan air
2 tbs gula
3/4 tbs garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau/keperangan.
2. Bancuh serbuk kari dgn 1 tbs air dan tumis bersama bawang sehingga pecah minyak
3. Masukkan cili giling dan air. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daging/ayam dan gula+ garam. Kacau rata. Biarkan sehingga daging masak.
5. Masukkan potato, kacau supaya daging dan potato bercampur sekata. Tutup kuali dan biarkan sehingga potato masak empuk. Jangan lupa kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah hangus. Biasanya dlm 30 minit inti ni akan masak, bergantung dgn kuantiti potato yg digunakan.
6. Biarkan inti sejuk seketika dahulu sebelum gunakan.

Apabila sudah siap, karipap ni boleh digoreng utk hidangan petang atau boleh dijadikan karipap frozen. Mama biasanya akan goreng sekejap karipap sebelum frozenkan. Takut melekat kalau simpan karipap raw. Kalau nak kurang berminyak boleh bakar sekejap dalam oven suhu 300F selama 10 minit. Then boleh pack untuk frozen.

Wednesday, April 16, 2014

Picnic tepi Rideau Canal, Kingston

Pagi sabtu..menu breakfast mcm biasa la ..mama akan masak fluffy buttermilk pancake. Buat pancake secara bergotong royong hehehe...nina tolong pecahkan telur dan beat telur + butter...adik tolong buatkan buttermilk...kakak tolong sukat tepung dan campur semua bahan kering...mama tolong masak. Pastu makan ramai-ramai  pancake with butter and maple sirap. Yummy!

Lepas makan je, mama start masak nasi lemak. hari ni mama masak sambal udang la pulak sebab dah bosan asyik makan sambal bilis je. Resepi sama cuma tukar bilis dgn udang je dan tambah serai yg diketuk sebatang. Udang ni sedap masak dgn serai. Tgh syok masak, papa masuk dapur ajak gi picnic...bagus gak idea tu..jommmm...

Semua anak-anak di mobilizekan utk bersiap...masak je lauk+nasik...susun dlm bakul...anak2 semua excited sebab ni 1st picnic kat Canada. 1st stop singgah pick up kawan papa, Hafiz, pastu gi solat zuhur kat Kingston Islamic Center dulu.

Sampai je kat kat Kingston Mill tu adik dah merajuk lapar. So kakak ditugaskan cari picnic table yg available. Papa angkat bakul picnic. Nina siap bawak bantal lagi. Nina nak tidur lepas mkn. Sedapnyer makan kat luar ni. Angin sejuk sekali sekala menghembus manja. Semua senyap je menikmati nasi lemak sejuk hehehe..air teh dlm termos pun suam-suam kuku kena angin sejuk ni.

Lepas makan papa dan anak-anak gi tgk org mancing kat rideau canal. Mama lepak kat atas je jaga Yaya + Nina. Bahaya budak kecik turun ke sungai sebab current Sg Catarqui tu laju sesangat, takut papa sorang tak terjaga 2 budak aktif ni. Dok kat atas ni pun ajak mama swim. Dah bosan tgk org fishing, papa dan anak2 main frisbee plak. Bila dah start sejuk, angin dari tasik dah mula bertiup kami pack dan balik. anak2 macam biasa la time utk tido.








Tuesday, April 8, 2014

Bersiar-siar di Kingston Mills, Ontario

Dah lama mama teringin nak ke Kingston Mills ni. Masa winter lagi sebab nak ambik gambar frozen water fall tetapi masa tak mengizinkan. So petang sunday papa bawa kami semua bersiar-siar di Kingston Mills. Jarak dari rumah lebih kurang 30 minit drive je, Van Order Dr-Princess St-Division St-Perth St-McAdoo ln-Battersea Rd-Kinston Mills Rd-dah sampai :)

Kat sini ada lock station utk membolehkan boat bypass waterfall di Cataraqui River. Pemandangan kat sini masih dipenuhi pokok-pokok yg tak berdaun. Tak lama lagi sure cantik. Sebahagian daripada tasik masih frozen tapi ada part yg dah cair. Kingston Mill waterfall tak sesuai utk mandi, walaupun Yaya dok berulang-ulang ajak swim. Yaya ni memang suka swim.


Saturday, April 5, 2014

Nasi Lemak Ringkas...simply irresistible...

Every saturday mama akan masak nasik lemak. masak seperiuk penuh terus. blh mkn dari pagi sampai ke ptg. free flow. anak-anak tak sekolah, lapar je buka periuk makan la nasik lemak tu sampai kenyang. Mama masak mudah je dan yg pasti anak-anak dan papa suka.



Nasi Lemak

Bahan:
4 cup beras
1 tin santan segera (400ml)
400 ml air (sukat guna tin santan tu je)
2 helai daun pandan
1/2 inci halia (diketuk)
3 biji bawang merah (di mayam halus)
1 tsp garam
1 tbs gula

Cara:
Basuh beras di dalam periuk rice cooker sehingga bersih. Masukkan santan dan air. Ukur aras cecair berbanding beras. Pastikan paras air cukup utk jenis beras yg digunakan. Mama guna beras wangi so jumlah airsantan tu dah ok. tetapi kalau guna beras biasa mungkin kena tambah 1/4 cawan air. Kemudian, masukkan daun pandan, halia, bawang merah, gula dan ram kedalam periuk. kacau bagi semua bercampur rata. Masak menggunakan rice cooker. Bila masak nasi akan semerbak wangi.

Sambal untuk Nasi Lemak

Bahan
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
Bahan * dikisar menggunakan blender

1 biji bawang kuning besar (dimayam kasar)
4 tbs cili kisar/cili boh
1 keping asam keping atau 1 tbs air asam jawa
1tsp garam
2 tbs gula
1/4 cup ikan bilis
4 tbs minyak

Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali diatas api sederhana. mama guna electric stove so mama guna api no 5. apabila minyak dah panas masukkan bahan yg telah diblender. Tumis dan kacau sehingga naik bau/keperangan. kemudian masukkan cili kisar dan bawang kuning. Masak sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan asam keping, garam, gula dan ikan bilis. kacau rata. Kecilkan api ke no 2 dan biarkan sambal mereneh selama 20 minit di atas api kecil. kacau sekali sekala bagi mengelakkan sambal di dasar kuali hangit. Rasa dan tambah garam/gula mengikut citarasa masing-masing. mama dah ok dah macam tu.

Biasanya mama akan masak nasi dulu dan kemudian baru masak sambal. Sambil kacau sambal tu mama akan rebus telur, goreng bilis, potong timun atau basuh daun salad. By the time nasi masak, sambal pun dah masak. Boleh terus hidangkan panas-panas. Yummy!



Blog Disclaimer


This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This policy is subject to change at anytime.

Wednesday, April 2, 2014

Lepak jap kat tepi tasik di Deseronto, Bay of Quinte

Kami singgah di tepi tasik ni masa on the way balik dari Tyendinaga. Kebetulan lalu dan tengok part of Lake Ontari kat sini still frozen so kami pun stop jap. ambil angin dan menikmati keindahan alam kat sini. Anak2 as usual investigate tempat baru. Panjat batu-batu kat tepi tasik tu. Kutip batu. Cuaca pun ok takdela sejuk sangat.










More on Town of Deseronto, click here

Things We Should Know/Do -Graduate Study in Canada (based on my own experience)

Queen's University, Kingston ON, Canada
Before apply university:
1. Apply for scholarships or HLP-Hadiah Latihan Persekutuan
2. English Test -IELT/TOEFL/GRE. I took IELTS and GRE
3. Choose which university based on your undergraduate result/IELTS.
4. Contact potential supervisor via email.
In my case, the professor who i emailed recommended me to another suitable professor. This steps is important because the school of graduate may select for offer of admission should there was a professor willing to be your supervisor. If you already have your own fund, make sure to highlight it in your email.

5. Prepare Personal Statement and resume/CV
6. Choose who will become your referee. Your Immediate Bosses or Previous undergraduate lecturer. Contact your potential referee ask them nicely. Sometimes you have to prepare a draft of Reference Letter. Boss kita ni busy so buatla surat yg memuji diri sendiri hehehe.

7. Apply Online at University website. Biasanya apply 3-5 university je. If HLP, akan dapat claim application fees utk 3 university sahaja. So choose wisely.

8. Request transcript from University (undergraduate) and send it directly to respective Universities yg dah apply. Choose express courier sebab kalau choose snailmail alamatnye berbulan-bulan la baru sampai. Biasanya fee ni kena tanggung sendiri. If Jpa memang tak boleh claim. I'm not sure if another sponsor akan bagi claim.

9. Request IELTS result to be sent to respective Universities tu. Pilih express courier too.

After accepting offer:
1. Apply Financial Affidavit from sponsors
2. Apply for study permit. Borang isi online kat website cic, boleh tengok disini click here. Borang application perlu diprint untuk submission. Sediakan semua lampiran seperti dlm checklist. Kena apply Study Permit ni at least 2 months before registration date. Processing period more that 30 days. Takut tak sempat. For Malaysian, Permit study perlu apply di Singapore Regional Processing Center, tetapi borang application boleh submit di CVAC KL, check here
* If datang 1 family, boleh apply Open Working Permit  for accompanied spouse dan
apply Open Study Permit untuk accompanied children yg akan belajar di Canada. Borang guna borang Study Permit di website cic. How to fill up borang study permit for anak-anak, boleh check here. Just for info, Public School kat sini free dan school bus also free. Untuk anak yg tak perlu ke sekolah, just apply Multiple Entry Visa.

3. Apabila terima email application for Study Permit approved. Submit Passport to Canada High Commissioner Office in Singapore. Boleh submit di CVAC if application submitted there, but for me, I went to Singapore to submit passport and pick up my visa.

4. Apply for flight ticket at selected date.


Before coming:
1. Email the University's International department or Malaysian Student Organisation for more info about University and accommodation ect. For Malaysian in Queen's University, click here

2. Cari rumah sewa. If you wish to stay at university residences/apartment. You might want to contact the varsity housing dept. If not maybe you can find potential house by search in Kijiji.ca. Make sure rumah near to the public transport route.

3. Contact Malaysian telephone service provider for international roaming.
4. Pack light. 1 luggage+1 cabin bag+ 1 handbag/laptop bag only. Luggage weight 28kg sahaja. Baju sejuk boleh beli disini dan harga lebih murah serta banyak pilihan. If you are coming for the fall term just bawak light jacket sahaja.

5. Apply International Driving Permit from JPJ. First 90 days boleh sewa kereta dan drive di sini guna driving permit.

6. Datang awal- kalau nak datang awal ada 3 pilihan untuk accomodation, first stay di hotel, second tumpang rumah kawan dan third, cari bilik atau rumah yang offered for sublet. Untuk pilihan sublet tu boleh buat internet search di Kijiji.ca

7. Untuk yang datang dengan family, bawa sekali record imunisasi anak dari lahir sampai terkini sebab bila nak daftar anak sekolah di public school atau day care kena submit record ni.

After landed:
1. Buy a local simcard for your phone or you can purchase together with a new cell phone. But based on my experience I have problem to register for the monthly plan because I didnt meet the service provider requirement. So In the 1st month I just purchased a New Prepaid simcard.

2. After registration, you can visit the International Student center and ask for more info/help.
3. Open new bank account and submit the bank information to your sponsors.
4. Beli lip gloss, body lotion or just Vaseline, so that bibir protected from luka/ blister. 1st month kat sini kulit akan mengelupas, make sure sapu losyen untuk mengurangkan itchiness.

5. Kenalpasti dimana kedai/restoran yg jual makanan halal. Most of the supermarket kat sini ada 1 section untuk halal chicken/meat.

6. Cari kedai Asian Food atau Chinatown untuk dapatkan bahan masakan macam lengkuas, pandan, petai, belacan dan lain-lain lagi la. Sometimes durian pun ada jual kat sini.


Disclaimer: This is based on my personal experience and for info purposes only. Experience may vary from a person to another person.

Fluffy Buttermilk Pan Cake

Siapa suka makan pancake?? Kat rumah ni semua suka sesangat makan pan cake. kalau boleh nak mama masak everyday. Nina paling suka makan pancake. sejak dari kuantan lagi. kekadang tu malam-malam buta minta pancake. as usual resepi mama paling simple dan senang nak buat.

Bahan
1 cup tepung gandum
1 cup buttermilk*
1 biji telur
1 tbs butter/minyak
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbs gula
1/2 tsp garam
1/2 tsp esen vanilla

cara:
1. Masukkan telur+butter+buttermilk+butter+esen vanilla ke dalam mangkuk dan pukul selama 10 minit sehingga berbuih/kembang.
2. satukan tepung gandum+gula+garam+baking soda+baking powder. kacau sehingga semua bahan bercampur sebati.
3. Masukkan campuran tepung ke dalam bekas telur yg telah dipukul tadi.
4. Kacau campuran sehingga bercampur sebati menggunakan spatula. asal sebati sahaja. jangan over kacau batter tu.
5. panaskan kuali diatas api sederhana. sapukan butter dan curahkan 1 senduk kecil batter pancake ditengah kuali.
6. tunggu sehingga bahagian atas pancake kelihatan ada buble dan tepi pancake hampir kering/masak. terbalikkan dan biasanya dalam 1 minit bah. pancake yg ditebalikkan tu akan masak.
7. Keluarkan pancake daripada kuali dan hidangkan dgn butter dan maple syrap/honey. Yummy!


Cara buat Buttermilk:
1 cup susu segar+ 1tbs cuka. Kacau dan biarkan disuhu bilik selama 10 mnit dulu sebelum digunakan.

Nota: Batter pancake ni kalau dibiarkan 10-15 minit sebelum dimasak, hasilnya akan lebih fluffy.