Wednesday, April 2, 2014

Fluffy Buttermilk Pan Cake

Siapa suka makan pancake?? Kat rumah ni semua suka sesangat makan pan cake. kalau boleh nak mama masak everyday. Nina paling suka makan pancake. sejak dari kuantan lagi. kekadang tu malam-malam buta minta pancake. as usual resepi mama paling simple dan senang nak buat.

Bahan
1 cup tepung gandum
1 cup buttermilk*
1 biji telur
1 tbs butter/minyak
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbs gula
1/2 tsp garam
1/2 tsp esen vanilla

cara:
1. Masukkan telur+butter+buttermilk+butter+esen vanilla ke dalam mangkuk dan pukul selama 10 minit sehingga berbuih/kembang.
2. satukan tepung gandum+gula+garam+baking soda+baking powder. kacau sehingga semua bahan bercampur sebati.
3. Masukkan campuran tepung ke dalam bekas telur yg telah dipukul tadi.
4. Kacau campuran sehingga bercampur sebati menggunakan spatula. asal sebati sahaja. jangan over kacau batter tu.
5. panaskan kuali diatas api sederhana. sapukan butter dan curahkan 1 senduk kecil batter pancake ditengah kuali.
6. tunggu sehingga bahagian atas pancake kelihatan ada buble dan tepi pancake hampir kering/masak. terbalikkan dan biasanya dalam 1 minit bah. pancake yg ditebalikkan tu akan masak.
7. Keluarkan pancake daripada kuali dan hidangkan dgn butter dan maple syrap/honey. Yummy!


Cara buat Buttermilk:
1 cup susu segar+ 1tbs cuka. Kacau dan biarkan disuhu bilik selama 10 mnit dulu sebelum digunakan.

Nota: Batter pancake ni kalau dibiarkan 10-15 minit sebelum dimasak, hasilnya akan lebih fluffy.



No comments:

Post a Comment