Monday, June 27, 2016

Pantai Blue Lagoon, Teluk Kemang

Masa mula-mula sampai ke pantai Blue Lagoon ni mama sungguh keciwa sebab kenangan mama dulu-dulu pantai ni cantik sesangat. Tapi tinggal kenangan la. Air pun dah tak biru. Di tambah dengan longkang besar masuk direct ke laut di tepi pantai tu. Sunnguh tak berpandangan jauh orang yang design longkang tu, macamana la orang nak mandi-manda kalu longkang sebesar tu memuntahkan air kotor direct kat tepi pantai. frust frust frust

Anak-anak main jugak la sekejap lepas tu ajak balik. Sebelum balik ingat nak cuci kaki kat tandas yang dibina pun di tepi pantai tu, Tandas kunci la. Air pun takde. Facilities dah cukup tapi takde sumber air.

Sekejap jer kat tepi pantai ni then kami balik. Next pantai papa kata kena gi pulau kat Terengganu la baru puas hati.


Rumah Api Tanjung Tuan

Masa gi jalan-jalan summer di Canada hari tu kami banyak melawat rumah api so bila mama nampak sign rumah api terus mama suggest kan kat papa gi situ. Papa ok aje.

Lepas check out dari hotel tu kami pun pergi la menghala ke Teluk Kemang. Masa lalu area Casa Rachado tu papa tunjuk hotel yang last visit tahun 2011 dulu. Dah takde dah hotel tu rupanya.

Rumah api Tanjung Tuan ni dok dalam hutan simpan so laluan nak pergi tu kami parking kat depan Hotel Ilham. Setiap orang kena bayar RM1 untuk masuk ke hutan ni dan kena mendaki lebih kurang 800 m. Mula-mula tu semua bersemangat, otw yaya minta nak dukung. Alahai yaya masa panjat kaki gunung kinabalu pun mama dukung, ni panjant bukit tanjung tuan ni pun nak kena dukung. dah la badan bersemangat.

Mama pulak pakai selipar jepun refleksology habis kebas hujung-hujung nerve kat tapak kaki mama ni. Dah la mendaki dalam bulan puasa takleh minum air huhuhu.

Any way bila dah sampai ke puncak tu subhanallah cantiknya . tapi takleh nak bergambar dengan view laut yang cantik tu sebab yaya menanggis jatuh atas batu kaki dia tercalar sikit. Posing posing sikit then turun.


Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kali ni anak-anak ikut mama ke Avillion Admiral Cove. Mama kena hadir meeting kat sini , so papa kena hantar mama. Anak-anak pulak takde orang nak jaga kat rumah tu so semua sekali angkut.

Lama tak datang ke PD ni banyak yang dah berubah. Pantai yang cantik dulu dah kurang cantik sekarang, anyway Avillion ni hotel nya cantik la untuk kelas nya. Takleh nak komen dengan hotel 5 bintang. tu lain kategori.

Bilik di hotel ni luas dan selesa untuk satu family. Ada katil King dan day bed. Lepas tu mama minta baby cot. Cukup untuk semua orang tido dengan selesa tanpa perlu ada yang guna sleeping bag. Mama ni ke mana pun pergi mesti bawak spare sleeping bag , mana tau ada keperluan nak pakai kan. Cuma kekurangan bilik takde wi fi. Kabel internet takleh masuk lap top slim mama so dalam bilik takleh ber facebook. Kat lobby ada wi fi tapi slow yang amat. Landscape kat luar hotel ni jadi menarik sebab ada marina. So bolehla nak berposing tepi kapal-kapal layar yang banyak berlabuh depan hotel ni. Pantai private kat tepi hotel ni tak secantik yang di imagine kan sebab kotor sesangat. tak terjaga dan penuh sampah. Nak celup kaki kat dalam air pun geli.



Anak-anak masa mama gi meeting diaorang buat aktiviti sendiri. Mama meeting sampai tengah malam kesian diaorang tapi nak buat camne kan. Nina dan Yaya petang jer ajak gi swimming pool. Nasib baik papa rajin layan. Ni bila papa dah start kerja nanti takde la kot ngikut mama gi outstation lagi.