Tuesday, May 24, 2016

Nina demam denggi

Last monday, papa perasan nina demam so papa bawa ke klinik 1 Malaysia kat bawah blok rumah tu, Selepas 3 hari demam nina still ada lagi tapi sebab nina ada exam mama pujuk nina gi sekolah hari tu selepad bagi makan ubat demam. Kebetulan hari tu mama perasan kat kaki Zada macam ada tumbuh something pelik, nak kata alergic too big. So after hantar Nina ke sekolah mama and papa proceed to Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk check Baby Zada.

Bila sampai di klinik tu (dekat aje dalam 10 minit je dari rumah), daftar and saringan rupa-rupanya Zada kena measles. Doctor kata keadaan zada ok je cuma perlu bagi ubat demam bila perlu dan sapu calamine lotion kat spot tu. Lega mama

Sampai je rumah papa dapat calll dari sekolah nina minta datang pick up nina sebab hidung nina bleeding. Adui..risau nyer. Cepat-cepat kami gi sekolah Nina then bawa dia ke klinik kesihatan. Bila dah ambik darah di dapati Nina suspected kena demam dengi. So Doctor yang attend Nina suggested kami bawa nina ke hospital.

So we all pun rushed ke Hospital Sungai Buloh bahagian emergency. First gi saringan, bila pegawai kat situ baca referrral letter klinik kami diarahkan ke bilik dekontaminasi. Kat situ nina kena ambik darah lagi dan masuk wad emergency. Masa tunggu giliran sekali lagi hidung nina berdarah. Bila masuk wad tu Nina di beri IV.

Malam tu comfirm nina kena admit masuk wad, so malam tu kami berdua bermalam kat tingkat 8. Penuh sesak wad kat tingkat ni, Ruang wad yang sepatutnya ada 4 katil di isi 6 katil. Sedih gak la nengoknya. Mama tanya papa ada bawa GL tak sebab kalau submit kot dapat ruang yang selesa sikit. Papa kata dok je la sini, rasa perasaan rakyat marhaen sikit...so redha jer la asalkan nina dapat rawatan.


No comments:

Post a Comment