Friday, January 29, 2016

Chocolate chip cookies ala famos amos gitewww...

Coklat chips cookies....sapa yang tak suka???? semua orang suka kan...ini adalah one of my comfort food. Tapi coklat chips cookies yang paling mama suka is of course la famos amos nyer tapi kat Kingston ni mana ada jual famos amos fresh dari oven. Yg dalam paket ada tapi bila try beli sekali tak sedap la... so mama pun cari la resepi kat mana-mana blog, website, FB kekawan dan maka terjadi la satu resepi fusion semua resepi-resepi itu. Mama ubahsuai ikut deria rasa mama dan anak-anak dan budget murah tak perlu nak beli macam-macam ingredient. Asal jadi dan sedap dan pastinya masak jer...habis...masak jer ...habis licin.

Biskut ni crunchy tapi tak keras...mama ubah suai resepi orang lain untuk suit Nina yang takde gigi tu ...kesian dia kunyah makanan dengan gusi je...so tekstur biskut ni memang lembut dan cair di mulut



Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum*
1 cawan cornflakes/instant oat/nestum* (tumbuk kasi hancur tapi jangan giling sampai halus ye)
1/2 cawan kelapa kering* (optional kalu takde masukkan jer cornflakes
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1 cawan chocolate chip* (dark choclate atau milk chocolate is ok...kalu takde choc chips...ricik kasar jer cooking chocolate tu pun sodap)

1/4 cawan badam hancur* ( boleh ganti ngan pecan or walnut, or macadamia ...apa-apa kacang yang sesuai la...kacang tanah pun boleh... make sure tumbuk hancur dulu...saiz kasar ye... )

1/4 sudu teh garam*

1 cawan butter#
1 cawan gula perang #(jangan guna gula pasir yang putih tu)
1/2 cawan minyak sayuran
2 telur kuning ( telur putih tu simpan dulu nanti kita boleh buat pavlova  or macaron tak pun angel cake :) )
1 sudu teh vanila ekstrack



Cara-cara:
1 Campurkan bahan bertanda * dalam 1 bekas. Kacau bagi bercampur sama rata. ketepikan
2 Dalam bekas yang lain, pukul butter, minyak dan gula sehingga kembang dan masukkan telur dan vanila ...pukul lagi sehingga semua sebati.
3. Masukkan campuran tepung ke dalam bekas campuran butter tadi, Gaul dengan spatula/senduk kayu sehingga sebati.
4. Panaskan oven 350F
5. Alaskan loyang biskut dengan kertas minyak, dan sudukan doh cookies ke dalam loyang. Jarak antara doh atas loyang tu supaya bila  cookies ni masak ia kan melebar ke tepi. Cookies ni naik sikit je sebab tak letak baking powder.
6. Bakar dalam oven selama 10-12 minit. Sejukkan dulu sebelum makan.

Nota:
1.Untuk buat cookies jangan tambah air atau susu dalam adunan... nanti cookies akan jadi keras bila sejuk . If doh tu kejadiannya ter keras mna tau kan terlebih sukat tepung...sila tambah butter/minya sikit dulu ... gaul then kalu rasa nak lembutkan lagi tambah butter ...ulang la sampai puas hati.
2. Untuk dapatkan tekstur soft and chewy boleh tukar 1 cup gula perang tu kepada 1/2 cup gula perang dan 1/2 cup gula putih
3. Kalau la kat rumah tu takde kelapa kering atau cornflake tapi ada biskut marie or apa-apa jenis biskut kering...boleh tumbuk hancurkan biskut tu dan gantikan ke dalam resepi ni ..sukatan sama denganbahan ygan kita gantikan tu...improvise sikit takpe kan?!

Senang kan...cuba la buat.




Monday, January 18, 2016

Musim sejuk terakhir di Kingston

Sedih pun ada gak bila terkenang yg tahun ni adalah tahun terakhir kami di Kingston ni...tapi happy pun ada bertamu di hati sebab tahun ni kami akan balik ke pangkuan keluarga yang amat dirindui. So winter tahun ni mama dan papa bagi can anak-anak enjoy their last winter before neverending summer nanti di tanahair hehehe... bila ada peluang je papa akan bawak anak-anak main tobogan kat Fort Henry ataupun  Rodden Park tepi sekolah Nina.
Kakak dalam frozen creek di Wolfe Island
Adik depan Memorial Arch Royal Military College
Nina nak main snow ball ...ni depan rumah jer hehehe

Yaya tarik slide di Roden Park


Baby Zada pun nak ikut kakak-kakak naik tobogan

Monday, January 4, 2016

Selamat tahun baru 2016


Selamat Tahun Baru 2016, Tahun ke 3 kami di Canada...Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya kami berpeluang untuk bertemu 2016. Selamat tinggal 2015.