Saturday, June 20, 2015

Singgah sebentar di kampung first nation Alderville


Singgah jap kat kg ni otw balik ke Kingston dari Roseneath hari tu. Yg trigger singgah ni sebab ternampak inukshuk kat depan kedai souvenir kat kg ni. Dah lama dah dok cari batu susun ni nak bergambar, tapi tak pernah berpeluang nak berhenti dan bergambar. 

Inukshuk ni landmark dari batu batan yang disusun dalam susunan menegak, kadang-kadang menyerupai bentuk manusia. Susunan ni dibuat oleh orang-orang first nation sebagai tanda jalan, atau hunting/ fishing place. Inushuk ni one of canada national symbol dan banyak gak la replica kecik yg dijual sebagai souvenir. 



Thursday, June 18, 2015

Tahun kedua puasa di Canada


Tahun ni kali kedua kami berpuasa di bumi Kingston ni...hujung tahun ni dah nak balik dah. 

Hari Pertama: Pagi tadi masa sahur, papa masak simple je.. ayam goreng dan telur dadar. Sahur kat sini agak awal dari Malaysia, lebih kurang pukul 2.15 am sebab subuh pun masuk awal 2.55am. Anak-anak kena kejut awal sebab nak bangun banyak la fasa... siap nak nanggis pun ada ... hehehe saper tu? Dah besar still manja lagi .... tapi nina tadi good girl ...bangun ok je makan... lepas tu tidur balik. Sekolah start pukul 9.15am. 

Papa dah inform teacher kelas adik dan nina pasal puasa dan Alhamdulillah ...kedua-dua teacher amat memahami. Sekolah anak-anak ni murid-murid multiracial dari pelbagai negara. So teachers dah terdedah dengan macam-macam agama so takde masalah. Ramai pun kekawan anak-anak yg dari middle east dah start cuti awal balik puasa kat kampgng masing-masing.

Hari ni nina puasa tak sampai separu hari pun sebab nina ada aktiviti tarck and field...aktiviti ala-alah hari sukan kat sekolah kat Malaysia tu. Nina dapat 4 badges, semua acara lari. Adik pulak bila balik komplain penat...bila tanya kenapa...rupanya dia main basket ball masa gym time...lol...apsal tak bagitau teacher nak mintak excuse sebab puasa...takpe la ...rehat je dulu ...

so menu berbuka untuk hari ni papa masak Ayam masak ala Nyonya Masaman ...instant guna pes brahim hehehe...nk abiskan macam-macam rempah dalam cabinet tu...mama masak akok kedut ikiut esepi mek...emmm sedapnya akok ni...dan lastly papa masak murtabak ayam ala mamak... berselera anak-anak buka puasa.


Hari kedua: Sahur makan roti canai cicah kari kambing dan ayam. Anak-anak makan sorang sekeping, papa as usual lah mesti 2 keping baru kenyang. 

Buka puasa hari ni papa ajak kekawan Rapid dan Prasarana yang work attachment kat Bmbadier datang makan sesama. Apa nak masak ek...so memandangkan dah pukul 4pm baru papa bagitau plan dia...masak yg stok sedia ada dalam peti ais je la... hari ni buat murtabak lagi sebab semalam adik tak cukup makan...kali ni buat banyak-banyak biar puas hati  ....1st attempt mama buat cendol kurang menjadi la hari ni... cendol rasa macam kurang masak dan rasa tepung....takpe nanti cuba lagi guna resepi lain pulak dan masak lama sikit ... seronok papa dapat berbuka ramai-ramai ni, bukan selalu dapat berkumpul penuh rumah yang kecik ni...makan sambil sembang... anyway terima kasih kepada semua yang sudi datang. Nanti kalau ada rezeki kita boleh berkumpul lagi.



Hari ketiga: Adik bangun sahur dengan grumpy...komplain nasi sejuk ...ala masukkan je la dalam microwave tu sayang oii... bukan susah pun nak panaskan...tapi habis gak nasi lauk ayam sepinggan hehehe...

Buka puasa hari ni kami travel all the way to Ottawa. Ada majlis berbuka puasa di rumah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Canada. Mama masak kuih Cara Berlauk je sebagai buah tangan ke majlis tu... tak  larat nak masak kuih-muih yg complicated. Kami bertolak dalam pukul 5.30pm..pick up syed kat rumah dia dan pergi ke rumah Roy& Ayu untuk konvoi sekali. Sampai sana ngam-ngam pukul 8pm. Still ada sunlight so sempat la posing-posing depan Rumah Malaysia dulu before masuk. Ramai yang dah sampai ...mostly students dari UOttawa dan Carleton U...ada yang datang all the way from Toronto. 






Hari ke 4: Kami overnight kat rumah kawan papa lepas majlis berbuka puasa tu iaitu rumah Rosfan dan Dayang. Kami sahur makan lauk-pauk yang ditapau dari majlis berbuka tu ...sedapnya pajeri nenas dan gulai kurma ni....tapi yang paling sedap cornbeef goreng yang Dayang masak...mama pernah cuba masak cornbeef ni tapi kurang menjadi sesedap yang Dyg masak.

Mama ingat nak balik ke Kingston lepas beli daun-daun kat Chinatown...tapi kawan papa insist kami stay sampai buka puasa...so menu berbuka hari ni meriah dengan mee kari dan nasi lauk ikan bakar, ayam bakar, sayur goreng sotong diiringi oleh pencuci mulut cendol dan puding milo...air sirap hijau tu memang marbeloss lah...


Hari ke 5: Sahur hari ni paling sempoi hehehe...papa goreng telur mata kerbau sorang sebijik dan kami makan roti cicah telur dan kicap jer... sebab semua dah penat dan ngantuk travelling balik dari Ottawa.

Buka puasa hari ni tak cukup quorum sebab adik ada camping kat sekolah...so mama kureng mood nak masak special...papa plak tetiba rajin nak buat murtabak dan frozenkan murtabak tu for future buka puasa. Menu berbuka hari ni kami makan bihun goreng dan murtabak ayam je.


Hari ke 6: Sahur hari ni makan murtabak dan bihun goreng mata kerbau. Panaskan murtabak frozen papa dan bihun semalam hehehe. Alhamdulillah. 
Berbuka makan nasi ngan kari ayam dan ayam bakar jer ...pastu kakak ngan adik buatkan mama acar timun, carot dan nenas...sedap gak makan acar yg masam-masam ni...terbuka selera. Yaya ngan Nina nak makan nasi ngan kicap je...lauk semua taknak...alahai...


Hari ke 7:Untuk berbuka pula papa masak ayam masak black pepper, telur dadar, acar timun plus kuih cara berlauk dan kek tiramisu sempena graduation dua anak mamapapa iaitu kakak dan adik.



Hari ke 8: dah tak tahu nak makan apa untuk sahur...mama tanya papa...papa tanya mama...lastly papa masuk ke dapur goreng sosej...so menu bersahur hari ni kita makan roti sosej extra sos cili ...sedapnya...makan satu je pun dah kenyang. Adik biasa la, lepas makan sahur mesti nak makan coklat ngan potato chips dia la. For buka puasa papa masakkan kari daging dan telur dadar...adik basuh buah strawberry yg dia beli masa ikut papa beli groceries...then Melur came and hantar kuih kemboja jagung...yummy!

Hari ke 9: Sahur hari ni kami makan burger daging special :). Buka puasa papa masak ayam kicap dengan kentang. ..sedap segotti...nina siap tambah 2x tu hehehe...minum ais longan...habis 1 jug air. Alhamdulillah.


Hari ke 10: Atas request adik...papa panaskan murtabak daging frozen je untuk sahur. Adik cakap dia nak sahur makan murtabak banyak-banyak. Untuk berbuka ni ...adik cuba resepi baru buat kuih lapis rainbow. ..selalu mama buat kuih lapis guna tepung pulut je...yg ni guna tepung gandum. 



Hari ke 11:  Sahur...makan murtabak lagi...bila nak bosan makan murtabak ni anak??. Buka puasa pulak dah takde idea nak makan apa? Papa tanya mama...mama tanya kakak...kakak tanya adik...lastly kakak dan adik decide nak makan megi kari ...lama dah kita tak makan megi kan....so menu berbuka hari ni megi kari letak udang dan telur....masa tengah baca doa berbuka tetiba bell rumah berbunyi ...Melur datang bagi pau kelapa dan kari daging telur puyuh....thank you bebanyak ye...murah rezeki hari ni ..yummy!


Hari ke 12: Menu berbuka hari ni papa masak asam pedas ikan salmon dgn bendi, mama masakkan papa pengat pisang.

Hari ke 13: Sahur makan burger daging special by papa ...sedapnya ...macam makan double cheese burger plak...papa Janji lepas ni nak cari daging burger angus plak ...tapi kat Kingston ni tak jumpa lagi yg brand halal such as creekstone tu ...Buka puasa plak anak2 nak makan ayam goreng ...so ada dua pilihan ..nak ayam popeye or marybrown. ..papa decide kali ni kita makan ayam popeye duli ...next time kita makan ayam goreng marybrown pulak....sedapnya makan ayam dgn onion  ring ...mash potato. ..yummy 

Hari ke 14: cuba teka apa menu for sahur hari ni ...hahahaha. ..makan ayam popeye semalam yg banyak tak habis. ..itu la papa ada beli ingat anak2 makan byk ...bila berbuka dengan air longan yg merbeloss tu...akhirnya ayam seketul sorang je ... berbuka papa masak ayam kicap dengan kentang je.

Hari ke 15: Semakin lama semakin tak berselera nak makan untuk sahur. Anak-anak bangun makan roti dengan ayam goreng je....lepas minum air semua nak tidur balik. Untuk berbuka pun dah hilang idea nak masak apa...lastly adik bagitau dia nak makan roti canai dengan kuah dhal. Memandangkan kacang dhal takde stok kat rumah ni ...papa masak kari daging je.

Hari ke 16: Akibat tidur lambat maka lambatla bangun sahur, anak-anak tak sempat nak makan pun ...sempat minum je sebab dah hampir waktu subuh.

Wednesday, June 10, 2015

Picnic di Rideau River Provincial Park


Picnic tahun ni 10 keluarga berkumpul ... kebanyakkann dari Ottawa kecuali satu family dari Montreal,  satu dari Cornwall dan dua family dari Kingston termasuklah kami hehehe...Aktiviti biasalah...makan-makan...menyembang...anak-anak swimming kat beach..lepas tu naik boat dan tube di tengah sungai.




Wednesday, June 3, 2015

Nasi Kerabu di Perantauan

Dok di perantauan ni ...apa makanan yang teringin nak makan kena masak sendiri. Bahan-bahan pun terpaksa guna yang mana ada kat kedai kat sini. Hari ni tekak mama ni teringin sesangat nak makan nasi kerabu ala mek. Nasi kerabu mek ni  bila-bila je mek datang kuantan or kami balik tualang salak mesti habis seperiuk nasi.

Resepi

A. Nasi

3 cawan beras
4 cawan air
pewarna makanan biru dan merah (2 titik setiap warna)
sehelai daun pandan

Cara:
Cuci beras sehingga bersih. Masukkan air, pewarna makanan dan daun pandan. Tanak nasi sehingga masak.

B. Sambal Kelapa

1 cawan kelapa kering putih (dibasahkan semula dengan sedikit air)
3 ulas bawang merah#
1 inci halia#
1 batang serai#
1 bahagian ikan mckerel (dari tin mackerel in water)#
½ tbs gula#
½ tsp garam#

Cara:
1. Goreng kelapa kering yg telah dibasahkan sedikit diatas api kecil sehingga kering dan bertukar warna keperangan. Kelapa goreng akan mengeluarkan bau yang sangat harum.
2. Ricik serai halus-halus dan tumbuk bersama halia sehingga hancur. Masukkan bawang merah, tumbuk lagi sehingga bawang merah hancur. Kemudian masukkan isi ikan, garam dan gula, tumbuk sehinga semua bahan bersatu.
3. Keluarkan campuran halia, serai, bawang dan ikan yang telah siap ditumbuk tadi kedalam bekas.
4. Tumbuk kelapa kering bersama sedikit bahan# yang telah ditumbuk tadi berselang seli sambil menumbuk sehingga habis semua kelapa kering. Kelapa kering tidak perlu ditumbuk sehingga pecah minyak. Sekadar bercampur antara kelapa kering dan semua bahan # tersebut.
5. Masukkan sambal kelapa kedalam bekas dan gaul rata.

C. Tumis santan
1 cawan santan pekat (dari tin)
1 cawan air
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawan putih*
1 inci halia*
1 tbs cili giling
1 keping asam keping
1 batang serai dititik
½ tbs gula#
½ tsp garam#
1 tsp budu
1 tbs minyak masak

Cara:
1. Blender hancur bawang merah, bawang putih dan halia
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah diblender sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan cili giling dan tumis sekejap.
3. Masukkan santan, air, asam keping dan serai. Masak sehingga mendidih. Masukkan budu, gula dan garam. 
4. Masak lagi sehingga tumis santan sedikit pekat dan naik minyak.

D. Ulam-ulaman
Daun Salad, seleri, pudina dan dil di hiris halus dan dicampurkan dengan ricikan nipis sebatang carot.



Nasi kerabu kali ni mama hidangkan dengan keropok kering, telur masin, budu, ikan goreng dan sambal cili. Ikan yang dalam gambar tu adalah ikan yellow perch yang papa pancing. Isinya sangat sedap dan lembut ala-ala ikan kerisi. 

Selamat menjamu selera :)

Kenduri di Kg Mawar aka Roseneath

Weekend hari tu kami jalan-jalan ke Roseneath, Cobourg, rumah Abg Harim dan Kak Suryani.


Kat rumah ni ada kambing dan ayam. Yaya asyik dok kejar kambing, tapi bila kambing tu dekat ngan dia, teredek-kedek lari plak. Ayam kat sini pun jinak, senang je kakak tangkap.




Selain kenduri ada sesi mancing. Papa suka betul dapat ikan Walleye.