baby first snow |
Tuesday, December 29, 2015
Monday, December 14, 2015
Singgah Solat di Masjid Usman, Pickering, Ontario
Lepas habis shopping...dah penat keringat dan kering poket.... kami singah solat di Masjid Usman, Pickering Islamic Center.
Window shopping Correlle di Pickering, Ontario, Canada
Dalam busy menulis ni sempat gak mama ikut kekawan mama gi shopping pingan mangkuk kat World Kichen, Pickering tu. Bila masuk dalam kedai tu ...mak oi banyak nya pinggan correlle...macam-macam design tu...kalu ikukan hati nak beli semua tapi nak buat camne mampu tengok je la... kena berjimat cermat bukan datang sini makan gaji ...datang sini ngan elaun belajar jer...so sambil tengok kekawan dok isi penuh trolley ngan kotak-kotak correlle ...mama ngan anak-anak dok sibuk posing...then ada makcik mek salleh ni datang tanya.."may I help Youuu.." ...ni mesti bosan tengok kitaorang tak beli apa buat menyemak kedai dia jek...
Harga pingan mangkuk kat sini memang murah bedoah la tapi ongkos nak bawak balik ke tanahair tu mahal bebenor...kalu pos mau mahal pos dari harga pinggan so kena la tunggu sesaper nak share kontena baru la lepas bawak balik sekotak dua dik non oii..
Thursday, December 10, 2015
Super easy Portuguese Egg Tart
Semalam ada pot luck kat school...mama still tak tahu nak bawa apa ...tetiba teringat ada roti canai segera kat dalam peti ais..jeng jeng jeng... masak portuguese egg tart sedap ni... as we all know kan...untuk peminat egg tart ni ...portuegese egg tart kena buat guna pastry puff kan...so roti canai segera ni kan adik beradik pastry puff.
Bahan-bahan
1/4 cup cream*
1/4 cup gula*
2 egg yolk*
1 tbs tepung jagung*
1 cup susu segar*
1/4 tsp vanilla extract*
3 keping frozen roti canai
Muffin pan saiz besar
Cara-cara
a. Egg Custard filling
1. Campur semua bahan bertanda * di dalam mangkuk/periuk. Kacau sehingga semua bahan bercampur sebati.
2. Panaskan periuk yang mengandungi bahan * di atas api sederhana. Kacau tanpa henti selama 10 minit sehingga adunan sedikit likat. Jangan sampai pekat. 10 minit tu dah boleh tutup api dah.
3. Angkat periuk dari dapur dan rendamkan periuk tersebut ke dalam mangkuk berisi air (water bath). Kacau lagi adunan sehinggan suam.
b. Pastry puff
1. Panaskan oven 250C atau 385 F
2. Canaikan roti canai frozen dan tekap roti canai mengguna cookie cutter bulat besaiz muffin pan besar. Mama guna cawan plastik jer.
3. Oleskan muffin pan dengan minyak sayur atau butter. Letakkan roti canai yg telah diterap ke dalam setiap lubang muffinn. Ratakan doh roti canai ke seluruh permukaan membentuk small cup pastry.
c. Egg Tart
1. Masukkan filling ke dalam cup pastry di dalam muffin pan. Jangan isi penuh biarkan hampir 5mm dari permukaan atas pastry cup tu.
2. Masukkan ke dalam aoven dan bakar selama 30 minit.
3. Apabila telah masak dan kelihatan kulit hangus coklat di atas permukaan egg tart maknanya telah terjadi la kejadian egg tart itu.
4. keluarkan egg tart dari oven biarkan sejuk dulu sebelum makan yer.
Nota kaki:
1. Jangan lupa letak tepung jagung...sebab tepung jagung itu la yang mengstabilkan castard bila di bakar dengan api tinggi 250C
2. Jangan lupa masak sekejap cusrtard filling...sebab kalau tak masak isi akan jadi lembik (soggy)
3. Kenapa kena masak suhu tinggi...sebab susu hanya akan membentuk kulit di atas permukaan custard pada suhu tinggi, tanpa kulit susu ni...trademark portuguese egg tart tak akan terbentuk iaitu burn mark coklat tu..
4. Kenapa kena guna pastry puff untuk portuguese egg tart...sebab kulit pastry tart biasa akan hangus hangit bila dibakar dengan suhu tinggi
5. kat dapur takde cream...takpe..takpe...ganti jer ngan santan kelapa atau susu cair atau susu segar or susu tepung pun boleh la (make sure bancuh dulu eh)
resepi ni mama olah kan dari resepi kichentigress dan nota kaki tu juga di paraphrasing dari kitchentigress dan experience mama sendiri lah...ok lah...kita masak dulu lah.. eh?!

Saturday, November 28, 2015
Senja di Kingston.
Bulan November ni bulan malam cepat dan magrib masuk awal lebih kurang pukul 4.30pm. So everyday tu lepas ambik anak-anak kat sekolah sempat la merayau tepi-tepi tasik ambik pemandangan sunset sebelum bertolak balik ke rumah. Papa pun nak anak-anak enjoy last autum in Kingston ni. Lepas mama graduate awal tahun depan kita balik Malaysia!!!
Mac Donald Park, Kingston |
Lake Ontario Park, Kingston |
Santa Parade, Kingston
Masa nak gi tengok Santa Parade ni memang mama make sure anak-anak semua pakai 3 layer bau at least. Pengalaman tahun-tahun lepas memang sejuk sesangat setiap kali gi tengok parade ni. Kalau sejuk yaya sure meragam so semua waib pakai sepasang winter suit macam nak gi main ski gitu kihkihkih.
Friday, November 27, 2015
Lamanya tak update blog huhuhu
Monday, October 19, 2015
Saturday, October 17, 2015
Bubur nasi congee
Nak buat bubur nasi ni senang jer.
1 cawan beras dan 1 liter air. Masak atas dapur api medium. Letak 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil minyak masak. Masak selama 1 jam.
Bila dah siap boleh dimakan dengan serunding ayam/daging atau taburkan ikan bilis dan bawang goreng atau makan dengan telur masin pun sedap.

Thursday, October 15, 2015
Thursday, October 8, 2015
Friday, October 2, 2015
Day 10: Montreal and Ottawa
Hari ke 10...hari untuk balik ke rumah kita...setelah berhari-hari on road...total perjalanan dari Ontario-Quebec-New Brunswick-Nova Scotia-Prince Edward Island-New Brunswick-Quebec-Ontario lebih kurang 5000km dan total driving hours 3 hari.
At last berjaya juga kami sekeluarga tour East Canada dengan budget hanya CAD3000 untuk sewa kereta, fuel, accommodation and food... bila berenti mana-mana tu papa cari fridge magnet jer buat kenangan...Alhamdulillah
On the way balik dari Montreal tu singgah bergambar kat depan Hobbit House kat Windsor Park |
Singgah Glenary tengok Pioneer Museum |
Subscribe to:
Posts (Atom)