Monday, March 31, 2014

Jalan-jalan ke Tyendiyaga Mohawk Territory

Sunday afternoon lepas brunch nasi goreng kampung, anak-anak ajak papa keluar. Bosan dok rumah. Mama tengok cuaca pun baik dan temperature above zero, so ok lah kita keluar. Bila semua dah masuk kereta, papa tanya kita ni nak gi mana. So mama teringat masa mama pergi Toronto dgn geng Queens, mama ada ternampak sign Tyendiyaga Mohawk Territory kat tepi Highway 401. So lets go to Tyendiyaga Mohawk Territory...kita tengok mohawk.

Bila masuk kereta, anak-anak start tidur. Aiseh, saper nak jadi model mama bergambar? So terpaksala mama posing sendiri alternate ngan papa. Nasib baik Yaya bangun nak susu. Sebab sampai pun dah lewat kebanyakkan gift shop kat sini dah tutup so sempat masuk satu je. Kami last customer. Tak beli apa pun, cuci mata. Yaya je berjaya dpt ice cream.




Apa yg best kat sini? Kedai kat sini semua tax free, tapi tak banyak pilihan pun. Minyak murah! Papa siap isi full tank. Papa kata next time if kita nak ke Toronto kita kena singgah isi minyak kat sini dulu :)

More on Tyendiyaga Mohawk Territory, boleh baca kat wikipedia




Monday, March 17, 2014

Ronda-ronda di Wolfe Island, Kingston

Dah lama dah mama teringin nak bawak anak2 naik ferry ke Wolfe Island ni. Masa Fall hari tu pernah bawak anak2 naik ferry to and fro je. Bagi diaorg rasa sejuk bayu Sg St Lawrence tu. Kali ni masa winter pulak, suka betul diorang tgk ketul-ketul ais terapung kena langgar dek ombak ferry. Terasa macam atas kapal titanic plak. nasib baik takde iceberg. Sekejap anak2 kat atas dek menikmati keindahan sungai yg beku tu, lepas tu berlari-lari masuk kereta sebab tak tahan sejuk.


 


Trip ferry Wolfe Islander III dari jetty Kingston dlm 20 mins je. tak perlu bayar apa-apa. it's free. Sampai je kat island tu papa take a right turn dan drive je all the way sampai ke jetty Horne's ferry. Jeti ni untuk crossing ke USA. Tutup for winter until may rasanyer. Kami singgah bergambar je kat situ. 






All the way balik singgah tepi jalan ambik gambar ngan wind turbines. Kat Wolfe Island ni banyak wind turbines untuk generate electricity. So tak sah la kalu dtg sini tak bergambar kat Wolfe Island Wind Farm ni.



Kat pulau ni tak ramai penduduk, dlm 1500 org je, so rumah tu memang jauh antara satu sama lain. rumah dikelilingi berekar-ekar tanah ladang. tak sanggup mama dok rumah mcm ni. takuttt. sebab sekarang winter, tanah pun penuh ais so nampak lapang je. Banyak gak yg ternak lembu. ada satu farm tu dari jauh mama nampak ada byk bukit kecil warna hitam. heran gak. bila dekat rupanyer lembu hitam berbulu tebal. gemuk-gemuk plak tu. bila nak ambik gambar ada sekor bull jeling je kat mama. seram je..takut di langgarnyer pagar tu.cukup la masa kecik dulu mama kena kejar lembu sampai terkoyak lutut tersangkut kaki kat pagar. kalu masuk pertandingan lompat tinggi dah menang dah tu.



Masa papa tgh drive tadi, tetiba ada sekor rusa lintas jalan. nasib baik la papa tak terlanggar. ingatkan kambing. takde kambing kat sini. all the way banyak rusa liar berkeliaran makan rumput. takde org kacau pun. bagus betul kan. pastu terserempak ngan sekumpulan ayam belanda liar berlari-lari kat tepi rusa tu. Best betul. Kat Malaysia tak dpt pengalaman ni, unless nak tgk kambing-kambing berkeliaran makan sampah kat tepi jalan.



Lepas penat menghabiskan minyak kereta dan berfotografi, kami pun balik la. Nanti bila bunga-bunga dah berkembangan dan ladang-ladang dah ditanam, kami akan dtg lagi :)



Saturday, March 15, 2014

Malaysian at Queen's University, Kingston, Ontario

Kat Kingston ni tak ramai Malaysian. Melayu di sini boleh dikira dgn jari. Masa gi bank hari tu, mama tunjuk Pasport Malaysia masa diminta tunjuk ID. Pegawai tu comment, itu 1st time dia tgk pasport dari Malaysia selama dia kerja kat branch tu. Emmm...the next time mama gi bank lagi, lain officer yg attend, beriya dia tanya kenapa pilih Kingston...suka betul bila bagitau dari Malaysia. Bila di tanya apa yg best kalau dia nak pergi melancong. Mama jawab, beautiful beach?!...cantik apa pantai kat Pahang tu...cuma panassss... hitam legam la kulit tu kalu tak pakai sunblock.



Ada FB Group on Malaysian at Queen's University. So if ada nak tanya pasal apa la, boleh la tanya kat sini ekkk..contohnyer...best ke belajar kat sini (Best!), susah ke belajar kat sini (emm...kalu malas baca buku tu, belajar kat mana-mana pun susah dik oiii). For more info click MalaysiansAtQueens

Nasi Ayam Roasted Chicken

Rindu nak makan nasi ayam sedap kat Foodcourt Melawati tu. Masa Papa kerja kat Gombak dulu, selalu gak mama lari gi lunch ngan Papa kat situ dari Tabung Haji. Walaupun susah nak parking, tetap nak gi makan gak. So hari mama dan anak-anak mama, Kakak dan Adik masak nasi ayam yg simple dan senang sangat nak buat.

Bahan utk Nasi

4 pot beras
1 tsp serbuk kunyit
3 ulas bawang merah (di mayam halus)
1/2 inci halia (diketuk)
1 stalk serai
1 kiub ayam

Cara:
Basuh beras sehingga bersih. Sukat air secukupnya. Masukkan serbuk kunyit, bawang merah, serai dan kiub ayam. Masak di dalam rice cooker.

Bahan untuk Ayam Bakar.

1/2 ekor ayam
2 tbs sos tiram
2 tbs kicap manis
3 ulas bwhg putih (ditumbuk halus)*
1 inci halia (ditumbuk halus)*
1 btg kulit kayu manis*
2 bunga lawang*
5 bunga cengkih*
3 buah pelaga*
1 tsp butter
1tsp honey

Cara
Gaul ayam dgn sos tiram, kicap manis, bahan bertanda *, perap selama 1 jam. Selepas 1 jam, preheat oven 300F/150C. Bakar ayam selama 20 minit. Keluarkan dari oven dan sapukan butter dan honey ke atas ayam. Masukkan kembali ke dalam oven, sambung bakar selama 10 minit.

Sup:
1 bunjut sup adabi
3 ulas bawang merah (mayam halus)
2 ulas bawang putih (mayam halus)
1/2 inci halia
1 mangkuk air
1/4 cups ayam (potong kecil)
1/2 tbs minyak
1 kiub ayam
Segengam sayur campur (carot/turnip/brocoli/peas dll)

Cara:
Panaskan minyak di atas api sederhana. Tumis bawang merah, bwg putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan air, sup bunjut, ayam. masak sampai mendidih. masukkan sayur campur dan kiub ayam, dan tutup api selepas 3 minit.


Sambal cili.

2 tbs cili merah (di blender/tumbuk)
2 ulas bawang putih (di blender/tumbuk)
1/2 tsp cuka makan
2 tbs air
1 tsp gula
1/4 tsp garam.

Cara:
Campur semua bahan dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih.

Sambal Kicap:
Mama guna gravvy ayam bakar je...dah sedap sesangat dah.

Sayur:
Salad, timun dan tomato

nota: Resepi ni mama tak sempat nak rebus ayam buat stok, sebab anak2 + papa dah kelaparan. (sebenarnyer terlupa...dah perap ayam baru teringat...so selongkar cabinet cari kiub ayam je hehehe)

Sunset di Fort Henry, Kingston

Fort Henry ni dibina semasa perang US-British in 1812. Lokasi betul-betul kat muara Sg Cataraqui masuk ke Sg St Lawrence. Sekarang dah jadi tourist attraction dan byk activities kat sini macam Haunted Walks of Kingston. Tapi masa kitaorg pergi ni semua closed.  Nanti kami dtg lagi :)




Friday, March 14, 2014

Halal Pizza di Pizza Pizza Downtown Kingston

Hari ni papa belanja anak2 makan pizza. Lepas potong rambut kat Sossan's, anak2 mengadu lapar. Kat Kingston ni ada satu je kedai pizza yg jual Halal pizza ni, iaitu Kedai Pizza Pizza kat Downtown. Masa order tu make sure minta topping yg halal. Kali ni papa order Pepperoni and Cheese Pizza. Yummy!

Sunday, March 9, 2014

Feeding the Chickadees

Bagi makan burung Chickadee adalah salah satu activity kat Little Cataraqui Creek ni. Kami secara kebetulan je dapat bird seed dari salah seorang pengunjung yg dah nak balik. Dia tak sempat nak pergi cari burung so dia bagi satu bungkus bird seed kat Adik. Suka Adik, terus ajak nak pergi cari burung. So papa tanya la org yg ada kat area tu mana nak cari burung, rupanya dekat je, lebih kurang 1 minit walk terus jumpa spot tu. Ada 2 ekor burung kat situ, bila ditabur bird seed tu, mula-mula tu Chickadees tu malu-malu nak dtg dekat...Then lama-lama terbang makan kat tangan Kakak. Frust Adik dan Nina, burung tak mau dtg dekat diorg. Kakak la paling happy sebab dpt bergambar ngan seekor Chickadee.




Maple Madness at Little Cataraqui Creek

Maple Madness ni antara activity yg ditunggu-tunggu sejak anak2 tertgk gambar Aunty Shima sefamily gi melawat Sugar Bush. So bila dah start March school break dan kereta pun papa dah beli, kami decide utk bawak anak2 ke Little Cataraqui Creek, nak tgk macamana agaknye org sini buat maple syrup ni.

Nak masuk ke Little Cataraqui Creek Conservation Area ni ada fee. Mama tak ingat berapa fee utk dewasa dan kanak2 tetapi max CAD 14 per car. Ada byk parking kat sini so no problem kalu nak dtg ramai-ramai kat sini. Masa Maple Madness ni ada disediakan tractor drawn wagon rides dari parking lot ke Sugar Bush. Anak2 punya la seronok dapat naik wagon tu, walaupun bumpy rides. Asyik ketawa je sepanjang jalan. 




Wagon ride tu sampai drop off point kat top of the hill, so semua kena berjalan kaki turun ke Sugar Bush. Jalan agak slippery sebab salji dah start cair. Yaya suka betul masuk puddle, semua diredahnya. Nasib baik la kasut dia waterproof.

Kat Sugar Bush, kita boleh tgk macamana maple sap tu dikutip. Sekali pandang macam kutip susu getah je. Tetapi ada bezanya. Pokok maple ni tak ditoreh mcm pokok getah, sebaliknya paip ditusuk masuk kedlm batang dan sap mengalir keluar dlm bekas takungan. 



Lepas dah puas tgk pokok, kami gi makan pancake panas disiram maple syrap dan topped with frozen butter. So delicious. Minum hot chocolate. Anak2 kekenyangan. Puas hati dapat experience Maple Madness walaupun sangat sejuk dgn semua tak pakai mitten.


More about  Little Cataraqui Creek Conservation Area Maple Madness, click here


Friday, March 7, 2014

Ontario Driving Licence

Masa nak dtg ke Canada dulu, mama papa gi JPJ dulu untuk renew Driving Licence sampai 2016. Takut terexpired masa kat sini kalu kena ambik test semula. Banyak ongkos nyer nanti. Mama dah la dulu kena ambik driving test sampai 3x baru passed hehehehe. Lepas tu kami apply International Driving Licence. so that bila kami sampai Canada boleh la papa sewa kereta bawak kami sekeluarga gi bersiar-siar tgk negara org. Tetapi International Driving Licence tu valid 90 hari je, so sebelum times up, papa pergi Test Drive kat Cataraqui tu untuk apply Ontario Driving Licence.

Mula-mula papa kena sit for written test, G1, yg ni macam Lesen L la. Lepas G1 ni ada G2 dan G Full. Papa nak terus ambik G full, so papa kena submit surat pengesahan dari Malaysia yg menyatakan papa ni full experience driver. Hahaha..memang papa very experienced pun, kalu tak takde le saman kena bayar sampai RM3k, itupun pun dah lepas diskaun.

Nak dapatkan surat dari JPJ ni yg memakan masa yg agak lama. berbulan-bulan. Mula-mula adik-adik mama yg tolong dapatkan dari JPJ Kuantan. 1st dapat print out komputer generated je. kena tolak sebab bukan format surat dan dlm Bahasa Melayu. 2nd dapat dlm version surat yg discan dan kami print out kat sini. Ditolak gak sebab bukan original copy dan tak cukup info. Lastly papa minta tolok tolong cousin papa dptkan dari JPJ Selangor pulak. Yg ni pos original dari Malaysia. Baru la diterima dan Papa pun berjaya la menduduki test untuk G full. Tapi dukacita sebab tak lulus. Nak tau kenapa tak lulus, sebab papa bawak perlahan di Highway dan dikuatiri menganggu lalulintas. Untuk info, highway kat sini ada limit untuk minimum dan maximum halaju. Penat betul! Nak tergelak mama baca reason kenapa papa fail. betulke?? Macam tak caya je. Bukan ke papa ni pantang dicabar kereta lain terus berdesut kejar kalau kat highway tu...

So Papa pun ambik je la test G2 dulu dan Alhamdulillah lulus dgn jayanyer. Terbang CAD papa nak kena repeat test G full tu. Semalam, papa berjaya lulus G full. Horrayy!

Monday, March 3, 2014

King Cross Factory Outlet, Kingston

First time dtg King Cross Factory Outlet, kami sekeluarga naik bus Kingston Transit je. jauh gak dari rumah. 1 jam drive by bus. Kalu by kereta dlm 15 minit. Sebab sale punya pasal sanggup tu angkut anak2 turun naik bus. Tapi, kanak- kanak ni memang suka sgt bus ride sebab kat Malaysia dulu jarang-jarang dpt merasa. Kemana-mana by car so naik bus ni kira one of their adventures with mama papa. Mencabar gak la nak bawak diaorang ni sebab bukannya bus stop depan kedai, kena meredah jalan bersalji dlm 15 minit, cross 2 jln baru la sampai.

Factory Outlet Kingston ni agak kecik la compared tu Johor Factory Outlet. Kedai pun takde la byk dan menarik hati mama sgt. Kami masuk selected kedai je, macam Tommy, Levis, Columbia, Adidas,  MEXX, & Osh Cosh. Lain-lain kedai tu nanti next time la bila papa dah beli kereta. Kali ni kira sesi suaikenal dulu hehehehe. Harga memang murah compared to Malaysia, tetapi kos pos international mahal la plak huhuhuh..Kalu tak blh plan next agenda.

After dah penat window shopping, dan kedai pun dah nak tutup kami pun berjalan la plak ke bus stop nak balik rumah. The best thing naik Kingston Transit ni, driver bus sgt baik. Sebab dah lewat mlm dan anak2 pun dah tertido dlm bus, dia stop betul2 depan junction nak masuk ke rumah. bus stop jauh lagi kedepan.


Sunday, March 2, 2014

Sukanyer anak-anak dpt swimming di musim salji ni

Masa kat Kuantan dulu, mama papa suka bawak anak2 gi swimming kat Kompleks Belia, Indera Mahkota tu. Lagipun depan rumah ada De Rhu Water park, so anak2 dah dibiasakan dgn berendam dlm swimming pool. Bila dtg Kingston ni, takde plak swimmnig pool yg dekat rumah. Paling dekat pun kat Queens tu. Tapi takde pool utk budak kecik. So, bila Uncle Hafiz offer dtg swimming kat hotel yg dia dok tu, anak2 punya la happy.

Bila dah masuk air, taknak keluar plak. air suam sedapla dok berenang. Pastu kat pool ni ada slide, Nina dok turun-naik slide. Penat swimming, semua lapar, bekal yg bawa dr rumah tak cukup. licin kena makan. Sampai rumah je semua dah ngantuk. Time utk tidur ZZzz....