Saturday, December 7, 2013

A friend in need is a friend indeed

Semasa di Malaysia lagi Papamama buat research sikit pasal Canada, check website and bertanya kekawan yg pernah pergi US dan masih di US. Alhamdulillah ramai yg membantu perkenalkan sahabat-sahabat mereka di Canada kepada kami. Antara yg diperkenalkan ialah keluarga Syakir dan Shima yg berada di Gatineau, Quebec.

Masa sampai di Ottwa's Airport, kami dijemput oleh Syakir dan Abg Din. Dua kereta untuk angkut family SabSal ni. Beg sajer dah penuh 1 kereta. Sampai je kat rumah, kami dijamu makan mee goreng dan nasi lemak. Sedapnyer. Kami berasa bertuah diberi peluang untk mengenali Syakir dan Shima, they're indeed the best host ever. Terima kasih both of you :)


Kami stay kat Ottawa selama 3 hari. Banyak mende kena selesaikan contohnya beli sim card no Canada. Rupanya susah gak nak dapatkan no phone sini. Macam-macam request diaorang mintak. Pastu mama survey sendiri baru terlihat Prepaid. So beli sim card prepaid je la. Nak cari kereta sewa pulak takde, even tiket bus ke Kinston pun sold out. So Papa buat keputusan untuk beli tiket keretapi je.

Anak-anal suka betul dpat naik train. Nina pulak asyik nak melawat toilet dlm train tu je. Toilet sgt bersih dan luas. Lagi diaorg suka bila dpt complementary party pack. Sampai Kingston, Roy dtg jemput. Nasib baik la muat kereta Roy sebab bawak beg sikit je. Train ada limit baggage utk adult and youth je. Children takde.  Dari Train Station, kami direct ke Queens utk ambik kunci rumah. Lepas dapat kunci je terus ke An Clachan. Thanks Roy, really appreciate it :).

Kami sangat bertuah dapat kenal 2 Malaysian family yg dah lama menetap di Canada ni. Banyak info dan tips yg dikongsikan bersama.







Thursday, December 5, 2013

A journey of a thousand miles begins with a single step



Disebabkan ada kekangan berat luggage utk Air Canada kami telah pack secara berhemah. bawa yg mana patut je. tapi bila dah siap tu jumlah beg yg dibawa ialah 6 beg besar+ 5 cabin beg+ 2 strollers + 2 bagpacks. Satu jumlah yg banyak utk 2 adults je yg nak manage. Memang Papamama pening kepala masa tu. Kalau naik MAS all the way ok la tapi kena transit kat Hong Kong dan Vancouver before sampai Ottawa. Masa tu kami tak tau yg Kingston ada airport. Kalau tak dah apply direct to Kingston lagi senang kan. Nasib baik anak2 ok dan kakakadik banyak menolong jaga Nina+Yaya.




Perjalanan kami bermula dari Kuantan. Sedih juga nak tinggalkan Kuantan setelah hampir 5 tahun jadi warga Kuantan. Paling sedih nak berpisah dgn Mek dan adik beradik. Kak + Mail yg always there for every ups and downs. Almaklumlah mama kan dlm kategori PJJ (pasangan jarak jauh). Bila perlukan bantuan segera, Kak+Mail la talian hayat, especially bila kena outstation berhari-hari ke tengah hutan yg takde line phone atau pun bila car broke down (biasanya masalah bateri kong).

Sampai di KLIA, Abah+Eya dah tunggu utk bawak kami ke Klang. Family Papa semua dah tunggu. Atuk insist taknak start makan kalau cucu dan cicit dia tak sampai lagi. terima kasih kepada semua yg hadir dlm majlis tersebut. terima kasih Abah, Mak, Nurul, Said dan Eya serta semua Aunties, Uncles, n Cousins.





Perjalanan dari KLIA ke Ottawa mengambil masa selama 21 jam termasuk transit. Transit pertama di Hongkong dan transit kedua di Vancouver. Bukannya takde flight yg 1 transit tapi Papamama nak jimat cost tiket Yaya. Ni la route paling murah yg 'travel agent' tu blh cari utk Yaya yg blh disesuaikan dgn Waran utk family. RM10k utk satu hala for 2 yrs old. Tiket guna waran takyah citer la, berganda-ganda harganya. Mama rasa kena ada org buat research pasal kos flight yg guna waran ni. bukannya all the way naik Mas pun. Bila minta route through Changi, Singapore tak mau kasi plak tu.



Masa naik Mas anak2 suka betul sebab dapat upgrade Busines bila tukar ke Air Canada, masuk economy class. Tapi anak2 ok sebab dah biasa travel sana-sini dgn Papamama. Yaya je la yg asyik dok menanggis sepanjang flight sebab kena dok asing dari mama dan pakai seat belt. Bila mama minta baby seat belt, stewardess tu jawab ' there no such thing as baby seat belt in this flight". alahai kg nyer rasa. tapi Mas ada plak ek. Anyway, pukul 7am kami sampai di Ottawa. Alhamdulillah