Saturday, November 30, 2013

Sledding is fun


Seperti yg dijanjikan, semalam papa pergi walmart belikan anak2 sleds. So, hari ni family activity is main sled kat small hill depan rumah. Check suhu sebelum keluar -4C, so anak2 kena pakai double layer full attire. Kakak plak baru teringat tertinggal glove kat dlm locker sek. its ok pakai je double glove dulu. Nak siapkan 6 org ni dah take time hampir 1jam. Kakak tanya mama tak study ke hari ni. Takpe kakak, esok mama cover double. Hari ni nak join anak2 main snow.


Sampai je kat bukit kecik dpn sek adik tu, dah ada 1 family of 3 tgh main, so we all join sekali la. punya la laju sled tu turun bukit. berpusing-pusing. anak2 enjoy. papa pun tumpang sekali, bawa Yaya turun bukit. After awhile, ada family lain dtg. Bila dah ramai, beberapa kali near miss accident hampir berlaku. so memandangkan tangan mama dah kesejukkan sebab kakak dah pinjam glove mama dan Yaya pun menanggis nak susu. Kita tangguh aktiviti ni ke next time.

Thursday, November 28, 2013

Today's Quotes


Kenangan Semalam


Tinggal kenangan. Alfatihah untuk Allahyarham Atuk Murad. Masa ni atuk tengah bagi kata2 nasihat kat kami berdua. Pemergian atuk memang tamparan yg hebat kepada papa. Banyakkan bersabar ye papa. mama masih ingat komen papa " kita pun tak kira berapa hari kita dah kat sini, tapi cuba tanya atuk, mesti dia ada jawapan berapa hari"

Wednesday, November 27, 2013

Today's Quotes


Waking up to find it's snowing


Pagi ni anak2 sgt excited to see snow blanket all over the place. Adik siap keluar rumah in advance sebab nak touch the snow. Mamapapa rasa beryukur sgt sebab dpt peluang bagi anak2 rasa pengalaman ni. Masa nak htr Nina pergi sekolah, she insist on walking on the snow instead of walking on road. Lepas tu bila tgk kekawan dia sliding kat small hill nera her school, siap berangan nak minta papa belikan dia satu sled. Yaya pulak taknak pakai mitten sebab nak pegang snow. A new experience for the whole family :)

Kingston's Santa Parade


Sebelum pergi ke downtown, mama ada borak ngan member pasal parade ni. Dia suggest bawak fordable chair or blanket to sit on. tapi kami tak bawak pun sebab memang takde pun that kind of chair. Dining chair ada la :). Pastu bila sampai downtown, rupanya warga Kingston ni bukan setakat kerusi, siap bawak selimut lagi. semua siap dok sepanjang Princess st. Bila suhu semakin lama semakin sejuk, mamapapa pun wish kami bawak toto gak sebab sejuknya tak boleh tahan. Kakak siap menyorok belakang tiang. Cover dari angin. sesekali angin dtg. mengigil. tapi Yaya rileks je tido dikelilingi org yg mengigil kesejukkan. Adik plak sebab tak tahan asyik tanya mama bila nak abis ni? Kesian plak tgk ramai kanak2 yg join parade ni dlm costume yg tak berapa tebal. tapi papa kata its ok, diaorang dah biasa kot sebab lahir dan besar di sini. sejuk dah sebati dlm darah mereka. macam kita ni dari iklim panas, memang la tak tahan. Anyway anak2 really enjoy the parade. Yg paling mama suka live band by k-rock. sedap betul vocalis dia nyanyi. Nina tgk cheerleader nak jadi cheer leader tgk group gymnastics nak belajar jadi gymnast. Bila dah abis , anak2 kena round up masuk Shoppers panas kan badan. Lepas tu, ingat nak Singgah Tim Horton, tapi cancel sebab mesti ramai org beratur nak beli hot coffee di malam yg sejuk ni, so kitaorg masuk Dollarama , cuci mata sambil kill the time nak tunggu bus sampai. kalu dok kat luar sejuk.

Monday, November 25, 2013

Today's Quotes


Solat Jumaat di Ottawa's Mosque

Alhamdulillah, papa berpeluang solat jumaat di Masjid Ottawa sebelum kami semua bertolak ke Kingston.

Bunga Dandelion

Masa anak2 sampai sini dulu, padang depan rumah tu penuh dgn bunga-bunga dandelion. Aktiviti selepas balik sekolah ialah mengutip dan meniup bunga-bunga ni. seronok tgk anak2 enjoy. Berlari-lari kesana-sini dan berebut bunga sampai bergaduh. terjatuh tergolek atas padang pastu ketawa ramai-ramai.


Sunday, November 24, 2013

Mosaika in Ottawa


Masa landed kat Ottawa akhir bulan Ogos hari tu, kami berpeluang menonton  Mosaika kat Parliament Hill. Kena datang awal sebab nak booking spot best kat padang depan bangunan parlimen tu. Adik dan Kakak siap baring lagi sambil tgk lights show. Nina dan Wafa berlari sana -sini bersama kekawan baru. Kanak-kanak cepat betul dpt kawan.


'Fast fact on Mosaika:
Canada through the eyes of its people tells the story of Canada through music, lighting effects and imagery projected onto the Centre Block of the Parliament Buildings.'

Today's Quotes


Yaya's 1st snow experience


Snow turun kejap semalam. Masa ni mama takde rumah. So papa bawak anak2 keluar rumah. Punya la excited especially budak kecik yg dlm gambar tu. Maklum la 1st time jumpa snow. Kakak2 dia dah biasa keluar masuk rumah snow kat Malaysia dulu. Kat Genting Highland tak pun atuk diaorng bawak ke Icity yg dekat rumah atuk je. Papa ambik gambar banyak2 so that bila mama balik dari blasting lab blhg tgk. Seronok layan anak2 main snow. Bila snow turun lagi , Nina request papa nak buat snowman.

Friday, November 22, 2013

Today's Quotes


Cantaloupes yg manis


Cantaloupe ni memang manis bergula. 1st time papamama makan buah ni masa kat Pasar Nandaemun kat Seoul in 2009. Kami makan 5 slice seorang. punya la tamak. 1 slice 1000 won. Lepas tu bila balik Malaysia, tak jumpa buah honey dew or rock melon yg mencapai standard manis tu. Bila sampai sini mama perasan ada org jual buah ni kat Farmer's Market depan JDUC di Queens. So mama bagitau papa. then papa pun cuba beli. Masa beli tu macam biasa la papa akan sniffed dulu kat kulit buah tu. Petua org tua-tua kalau bau buah manis mesti isi dalam pun manis. Rupa-rupanya gelagat papa dok cium bau buah tu diperhatikan oleh tuan punya stall. That's a new trick! komen dia. mesti dia heran apsal la org ni dok cium buah-buahan dia. Anyway, papa dapat diskaun 50 cents for that fruits :)

Hari Raya Aidil Adha

Kali pertama beraya di negara asing. Sedih. Tapi bersyukur sebab masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidil Adha tahun ini. Mama ada kelas di pagi raya so Papa & anak-anak lepak kat rumah je. Lepas mama balik, kereta sewa pun sampai, so dapatlah anak-anak
pergi beraya. 1st rumah is rumah Roy&Ayu, the only Malaysian family yg dah lama bertapak di bumi Kingston ni. Lepas tu kami semua bertolak ke Ottawa. Nak pergi beraya di rumah Syakir&Shima. Anak-anak suka betul pergi rumah Aunty Shima especially Nina sebab dapat jumpa Wafa, 1st friend dia kat sini.




Tupai -tupai berkeliaran di sana-sini

Masa mula-mula sampai Kingston ni, apa yg mama perasan ialah banyak sungguh tupai-tupai yg bebas berkeliaran disana-sini. Kat sekeliling rumah ni banyak pokok-pokok besar. Kat depan ada Roden Park. Habitat yg sgt sesuai utk tupai. Tak takut org plak tu, tapi kalau pergi dekat mencicit lari panjat pokok. Yaya suka betul kejar tupai, asal nampak je mesti nak kejar.

Luahan hati Kakak

Kakak: " bertuahkan Yaya, mama"
Mama:" kenapa?"
Kakak: " kecik lagi dah blh ke luar negara, kakak ni dah besar baru dpt"
Mama: " Kakak kena bersyukur sebab mamapapa dah tua macam ni baru dpt peluang"
Kakak: " Alhamdulillah"