Tuesday, January 28, 2014

Dedaun Berguguran di Musim Luruh


Musim luruh ni mengingatkan mama pada citer Autumn in My Heart. Cantik sungguh dedaun yg bermacam color. yg paling cantik pokok yg daun bertukar jadi merah. Fiery red. Mama masuk fall term kat Queens so masa sampai end of Ogos hari tu, daun masih hijau. Mid Sept daun dah mula bertukar color. Kat Kingston ni tak berapa ketara sgt sebab area town kurang pokok. Tetapi bila mama  ke lab blasting up north, Subhanallah, sgt cantik sepanjang jalan pelbagai warna pokok. Tak sempat nak snap gambar sebab tak bawak camera. Gambar sekitar Queens pun tak sempat nak ambik. Mama teramat busy last term, mama ambik subject yg semua kena mengira. Otak mama ni dah berkarat so tak sempat nak menikmati suasana musim luruh. Insya Allah, kalau diizinkan, next fall mama akan berfotografi byk2 :)

Nasib baik ada satu park kecik kat depan rumah ni ha. Roden Park. So, petang weekend sempatla bawak anak2 ke park ni. Anak2 suka la dpt main lompat2 atas timbunan daun. Tapi mama personally biasa je, sebab musim daun luruh ni macam daun getah luruh je. Mama kan org kg. Rumah pun dlm kebun getah. Musim luruh ni every year blh tgk, lagi tak suka ada la sebab kena menyapu halaman (bila rajin la hehehe). Huhuhu...rindu pulak kat rumah kat Padang Lati tu.

No comments:

Post a Comment