Tuesday, August 5, 2014

Anak-anak beraya di Cornwall

Hari ketiga raya, papa bawak anak-anak beraya didalam suasana kampung di Avonmore. Cantik betul rumah-rumah dan ladang di sini. Kebanyakkan crops kat sini adalah jagung. bila lalu tepi ladang yang ada jerami bulat tu teringin nak berenti bergambar tapi tak kenal tuan punya ladang.

Rumah yang kami pergi beraya tu kepunyaan Abg Hisham dan Kak Nor, yang memang dah lama menetap kat Canada ni. Kat area rumah ni ada reban ayam dan sekandang kambing. Anak-anak ni orang nak beraya pun tak senang asyik nak ajak gi tengok kambing. So lepas makan-makan nasi tomato dan pelbagai juadah raya yang lain, kami semua ramai-ramai pergi melawat haiwan ternakan kat ladang ni.




Terima kasih tuan rumah, raya tahun depan kami datang lagi :)



No comments:

Post a Comment