Wednesday, February 19, 2014

Ayam Goreng a la KFC

Masa kami berkunjung ke rumah kawan kat Gatineau hari tu, hidangan mkn tengahari ada lauk ayam ala ala KFC.Sedap plak tu. Sejak dok Canada ni, belum merasa lagi makan KFC ni. Kat Kingston tu ada KFC tapi tak halal.  Mama pun apa lagi terus la tanya tips nak masak ayam ni sambil 'tolong tengok' tuan rumah memasak kat dapur hehehe.

Balik je rumah sendiri terus cuba buat. Kali pertama kurang melekat tepungnya sebab mama main campur sekali tepung dgn ayam dlm mangkuk. Kali kedua, Alhamdulillah, ikut step by step baru jadi. Berselera anak-anak makan. Terima kasih Shima Syakir atas resepi yg marbeloss.

Bahan untuk perap ayam

1/2 ekor ayam (dipotong)
1/2 tbs lemon juice
1 tsp salt

Bahan untuk tepung a la KFC
1/2 cup tepung gandum
1/4 cup tepung jagung
2 tbs pepper
1 tbs baking powder
1/2 tbs serbuk halia (*optional)
1/2 tsp oregano (*optional)
1/2 tsp serbuk kayu manis (*optional)
1/2 tsp garlic salt (*optional)
1/2 tsp onion powder (*optional)
1/2 tsp sage powder (*optional)
1/4 tsp clove powder (*optional)
1 biji telur ayam
1/2 tsp salt utk campur dlm tepung
minyak utk mengoreng

Cara
1. Gaulkan potongan ayam dng 1 tsp garam + lemon juice. Ketepikan
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, pepper, baking powder, 1/2 tsp garam dan bahan bertanda * kedlm mangkuk. Gaul sebati.
3.  Masukkan 2 tbs campuran tepung ke dalam mangkuk berisi ayam. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana.
5. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
6. Celup ayam ke dlm telur dan golek kan ke dlm mangkuk tepung sehingga seluruh ayam bersalut tepung. Untuk salutan maksima, elakkan memegang ayam semasa ayam digolek di dalam tepung, nanti  tepung melekat kat jari.
7. Masukkan ayam yg bersalut tepung ke dlm minyak yg panas. Tutup kuali. Goreng ayam selama 20 minit sampai keperangan di atas api sederhana. Masa memasak mengikut saiz ayam. Lagi besar lagi lama.
8. Angkat, tos minyak dan hidangkan. Seeloknya tos selama 5 minit.



Nota: Menurut Shima, kalau ada Custard powder blh campur sekali. Mama takde tepung custard so mama gantikan dgn tepung jagung :) . Dan bahan Optional tu mama letak bila bahan tu ada kat rumah ni. kalau letak lagi sedap.

No comments:

Post a Comment