Tuesday, May 24, 2016

Nina demam denggi

Last monday, papa perasan nina demam so papa bawa ke klinik 1 Malaysia kat bawah blok rumah tu, Selepas 3 hari demam nina still ada lagi tapi sebab nina ada exam mama pujuk nina gi sekolah hari tu selepad bagi makan ubat demam. Kebetulan hari tu mama perasan kat kaki Zada macam ada tumbuh something pelik, nak kata alergic too big. So after hantar Nina ke sekolah mama and papa proceed to Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk check Baby Zada.

Bila sampai di klinik tu (dekat aje dalam 10 minit je dari rumah), daftar and saringan rupa-rupanya Zada kena measles. Doctor kata keadaan zada ok je cuma perlu bagi ubat demam bila perlu dan sapu calamine lotion kat spot tu. Lega mama

Sampai je rumah papa dapat calll dari sekolah nina minta datang pick up nina sebab hidung nina bleeding. Adui..risau nyer. Cepat-cepat kami gi sekolah Nina then bawa dia ke klinik kesihatan. Bila dah ambik darah di dapati Nina suspected kena demam dengi. So Doctor yang attend Nina suggested kami bawa nina ke hospital.

So we all pun rushed ke Hospital Sungai Buloh bahagian emergency. First gi saringan, bila pegawai kat situ baca referrral letter klinik kami diarahkan ke bilik dekontaminasi. Kat situ nina kena ambik darah lagi dan masuk wad emergency. Masa tunggu giliran sekali lagi hidung nina berdarah. Bila masuk wad tu Nina di beri IV.

Malam tu comfirm nina kena admit masuk wad, so malam tu kami berdua bermalam kat tingkat 8. Penuh sesak wad kat tingkat ni, Ruang wad yang sepatutnya ada 4 katil di isi 6 katil. Sedih gak la nengoknya. Mama tanya papa ada bawa GL tak sebab kalau submit kot dapat ruang yang selesa sikit. Papa kata dok je la sini, rasa perasaan rakyat marhaen sikit...so redha jer la asalkan nina dapat rawatan.


Wednesday, May 4, 2016

Cuti-cuti di Tanjung Leman

Cuti hari buruh, selepas sebulan bertugas semula. Perjalanan bermula dari Klang, punya la beriya nak bertolak pukul 7am lastly pukul 8.30 am gak baru boleh gerak. Almaklumla nak bergerak anak ramai ni banyak kerenah anak-anak kena layan dulu.

Highway plus ke selatan masih clear, kami singgah brekfast kat RnR Dengkil sekali dengan family Ucu Azmi dan MakSu. Adik first time pergi tandas plus ni dia begitu impressed sebab cantik, besih dan lantai kering. Adik ingat lagi masa kami sampai di Arrival KLIA bahagian international, masya Allah tandas di tempat ambil bag tu sekotor-kotornya dengan bau busuk, tisu berterabur sana-sini, lantai basah lencun lagi Malu weh kat pelancong asing yang first time jejeak kaki ke Malaysia ni. Tandas di KLIA tu walaupun tempat melepaskan hajat kena la di jaga bersih sebab apa guna bina airport world class kalau tandas third kelas.Ok enough isu tandas, tapi memang puji tandas plus. thumb up!

Selepas habis makan, kami terus ke kluang, kena masuk country road 50 menghala ke mersing pulak. Bila masuk je area hutan simpan anak-anak ternampak sign board binatang liar melintas. Papa sporting berenti kat tepi jalan untuk bagi peluang anak-anak berposing jap.


Di situ kami tinggal kat Homestay "Teratak Bapak". Bagus homestay ni besar muat semua ahli keluarga. Nak makan pun banyak kat sekitar area Felda Tenngaroh, kedai makan ada di mana-mana.

The next day, papa bawak family gi bersantai kat Pantai Tanjung Leman. Pantai ni sangat cantik, pasirnya takde la putih melepak macam pantai di Terengganu. Terengganu pantai pasir silika. Pasir pantai tanjung leman ni ada bercampur pasir hitam tapi takde la sehitam pasir pantai batu hitam beserah atau pantai balok. Anyway, pantai sini sememang nya cantik dan landai, nak mandi sampai ke tengah pun masih body tak tenggelam. Cuma kekurangan pantai ni ada banyak jelly fish. Nanti kena jarijemari jelly fish tu adoii sakitnya.

Anak-anak first sampai je nak beli mainan. nampak aje orang jual mainan so yaya dapat bubble and nina dapat topi. macam biasa la mama papa punya rules bila gi mana-mana pun, semua anak-anak boleh beli dua barang sahaja, satu food and 1 bukan food. Diaorang kena fikir dan pilih yang mana paling diaorang nak. tak boleh beli lebih.

Eya punya la happy sebab dapat makan goreng pisang cheese, dah lama dah dia cakap dia tak makan. komen mama papa tooooo sweetttt...sebab banyak condense milk kot.


Lepas dah habis makan-makan dan shopping-shopping, mama dan anak-anak berjalan-jalan di gigi air. Yaya dan Nina sibuk nak celup kaki dalam air tapi bila nampak anak-anak ketam berlari sana-sini atas pasir terus takut. Then bila sampai ke tepi air takut lagi bila nampak jelly fish. Kakak dan adik pulak ajak mama jalan-jalan ke arah volcanic rock yang menjalur ke dalam laut. Bila mama tengok formasi batuan ni terus teringat pantai batu hitam beserah Pahang.